Sambal Tumis Udang


Kat rumah ni tiap-tiap minggu mesti ada udang..dah jadi favourite anak-anak dan suami…selalunya masak sambal tumis udanglah…..campur pulak dengan petai………..goreng ikan masin dan buat sup sayur/masak lemak kubis………..makan tak ingat dunialah jawabnya….boleh dikatakan semua pandai masak sambal tumis ni…….ni akak punya cara ye…..

Bahan-bahan

1. 1 kilo udang – terpulanglah nak yang besar atau pun kecil
2. 2 papan petai (terpulang pada diri sendiri)
3. 2 labu bawang besar (satu dihiris bulat dan 1 lagi di kisar*)
4. 8 biji bawang kecil *
5. 5 biji bawang putih*
6. 1 inci belacan (optional)
7. 3 senduk besar cili kisar/giling
8. 1 sudu makan jus asam jawa
9. minyak secukupnya
10.garam secukupnya

Cara-cara

1. Kisar semua bahan bertanda*.
2. Bersihkan udang dan tinggalkan ekor dia. Petai di kopek ambil isi.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang di kisar hingga naik bau.
4. Masukkan pula cili kisar. Masukkan garam…..perlahankan api dan tumis sehingga naik minyak.
5. Masukkan jus asam jawa. Masukkan juga udang, petai dan sebiji bawang besar.
6. Biarkan dalam 10 minit. Rasa garam dan bolehlah di hidang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s