Jalan-jalan cari makan

Malam sabtu yang lalu…suami ajak anak-anak makan luar…..seronoknya…dari tengahari hingga ke malam…….tak masak………..pagi breakfast roti aje…..pastu penyakit rajin datang..ulilah roti japanese sweet tu…….dalam pukul 10.30 pagi hantar anak ke one utama…mereka nak tenguk wayang……..si liyana nak lepas tension sebab dah habis exam………dia belanja adik dia tenguk cerita Madacascar 2…..akak malas nak tenguk cerita tu …kan cerita kanak-kanak………malu aje orang tenguk orang tua tenguk cerita katun……….

Ni imran dan ira kat depan sepanduk cerita tu…anak-anak kata bestlah pulak………

Lepas hantar anak-anak…akak gi kat ikea…..jalan-jalan…dan window shopping..nak habiskan masa 2 1/2 jam tu…..letih di buatnya…..gi beli pun barang runcit sikit-sikit kat supermarket yang ada kat situ…..tulah kalau dah keluar mesti rm pun keluar……..biasalah orang perempuan nikan……………pastu perut dah lapar..makan nasi kat situ….

Oleh sebab tak nak bayar parking……….kenalah beli benda di ikea tu….cadang nak beli benda di bawah RM10.00 tapi bila tenguk pokok bunga akak tak tahan………habislah duit lebih dari Rm10.00…..aiseh…..keluar lagi duit……….tak lama liyana call…movie dah habis…..akak pun terus gi kat kereta……….ambil masa jugak nak u turn balik ke jalan one utama ni………..semua dah naik kereta…..imran kata laparlah pulak……singgah beli kueh dan air…………

Nilah pokok bunga ros yang akak beli kat ikea tu……tertarik pasal warna dia oren..

Dalam perjalanan balik ke rumah….baru teringat belum lagi beli baju t-shirt putih dan baju sekolah liyana………..kena pakai masa nak kebtn di maran pahang…gi beli kat kedai hari-hari di selayang …ala……..beli yang murah pasal nak pakai cuma seminggu………..(geram betulkan…buang duit aje)………..sampai kat rumah dah petang………makan roti yang akak buat dan minum air aje…

Lepas maghrib gilah keluar……….si imran nak makan pizza……….akak dan anak-anak nak cuba makan kat restoren amy search…..saje nak rasa….manalah tahu dapat jumpa amy nanti..(beranganlah plak akak ni)

Ni pandangan dari luar….ramai jugak yang masuk kat sini…walaupun nama restoren ni tercemar oleh insiden anak pelanggan tersimbah kuah tomyam hari tu…tapi rasanya orang tak hirau pasal kejadian tu….nak buat camna kan benda dah terjadi…tak tahulah jadi ke idak bapa budak tu nak saman………dah senyap dah berita ni……..

Ni pemandangan di dalam restoren ni.. ambil dari web ni…….tempat memang luas..lagi satu tandas memang bersih…macammana akak tahu……..mestilah akak dah tengukkan…………masa makan tu…..tak teringatlah pulak nak ambil gambar…pasal tak bawak kamera….dah habis makan barulah yana kata dia punya hp ada camera..(kurang asam tul)…..makanan memanglah sedap…….cara masakan cina islam….oleh sebab masa kami sampai, orang tak ramai……jadi cepatlah makanan tu di hidang….. si imran nak jugak makan pizza terpaksalah abang dia gi beli pizza kecil untuk dia…nasib baik pizza hut dekat…orang ramai pulak di pizza tu …jadi abang dia lambatlah sampai balik……….akak, suami, ira dan yana…makan dulu….

Pekerja dia semua lelaki..tak nampak orang perempuan pun….kata semuanya berasal dari sabah…..masa nak habis makan …. masuk lah pulak dr fatima al zaharah…yang dalam oasis tu…pakar motivasi …mula-mula anak nak ambil gambar akak dengan dia…. tapi akak tgk org lain tak peduli pun….jadi akak malulah nak ambil gambar ….sampai kat kereta…baru menyesal….takkan nak masuk balik…….malulah……..
Nilah antara makanan yang kami order tu…kami ambil yang package punya…..murah sikit harganya……makan untuk 4-6 orang dalam RM106.00…suami kata dah naik harga makanan kat sini…dulu member dia makan dalam RM99.00 (apa yang tak naik kan…sejak minyak dah naik ni…minyak turun ..harga makanan tak turun jugak) menu katanya bertukar selalu….gambar ni pun ambil dari web jugak….

Rasa makanan kat sini memang sedap……suami kata berbaloi…semua ada…tomyam…ikan siakap…sayur campur…ayam masak dengan gajus…..telur hancur, tapi lainlah rasa dia…….tahu telur dia masak atas plate panas pun campur telur tu memang sedap…..sebenarnya makanan ni boleh order asing-asing…..tapi kami ambil yang package aje….air pulak… chinese tea free tak yah bayar…..kalau order air lain…mahallah rasanya…jus oren yang akak order dekat RM4.90 …. anak-anak order air yang nama pelik-pelik RM7.90…sekali-sekali tak apalah kan…..

Lepas makan posinglah kat depan gambar laksamana cheng ho…

Tuan Guru Nik Aziz pun pernah datang makan kat sini…..

Nilah lambang restoran amy search tu……….

Masa akak makan tu si amy tak adalah pulak………..kalau idak kan best…………

Alamat dia kat bawah ni…..sape lagi nak tolong orang melayu…..kalau tak kita sendiri. Dibuka setiap hari……….sape yang turun kl..jangan lupa singgah ye…
Block 3b-15-17g, Belakang Pasaraya Carefour, Seksyen 4, Wangsa Maju.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s