Almond Donut Sticks


Buat untuk makan petang….kena bubuh coklat baru sedap….sekarangkan cuti sekolah…………lepas tu..bila petang aje hujan…tentulah perut cepat lapar…..tenguk pulak macam senang sangat nak buat……minta tolong goreng….ambil resepi dari my resepi…tuan punya resepi ……yani…terima kasih ye….

Bahan-bahan

1. 1 biji telur
2. 40gram gula perang
3. 60ml susu segar
4. 25gm mentega di cairkan
5. 220gram tepung gandum*
6. 1 sudu kecil baking powder*
7. 30gram almond cincang (nibs)
8. Coklat masakan secukupnya (double boiled atau masuk mikrowave)
9. serbuk kayu manis dan gula secukupnya(satukan)

Cara-cara

1. Pukul telur sehingga kembang.
2. Masukkan susu segar dan mentega cair. Kacau sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak dan juga almond cincang. Uli sehingga menjadi doh.
4. Masukkan doh ke dalam plastic wrap. Balut dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
5. Keluarkan doh dan canai lebih kurang 1-1.5cm tebal. Potong memanjang seperti di dalam gambar.

6. Ambil satu potongan dan putar seperti di dalam gambar.

7. Goreng didalam minyak panas sehingga perang.
8. Bolehlah di salut coklat atau di gaul dengan campuran kayu manis tadi.
9. Sedap di makan panas-panas bersama-sama air panas (teh ke..kopi ke..koko ke..milo ke….suka hati koranglah….)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s