Spageti Bebola Daging Lagi

Cara masak sos dan rebus spageti semua sama.. tapi akak tambah cendawan butang yang telah di hiris ke dalam sos spageti ni…….sapa nak buat rujuklah balik ye…..tapi kali ni akak cuba pulak buat meat ball guna resepi lg dari salam2benua….saje-saje nak cari kelainannya……memang dapat banyak meatball ni…..pasal akak tambahkan se kali ganda…almaklumlah yang nak makan ramai…….tapi dapat banyaklah pulak……..sampai kena simpan dalam peti sejuk…..bagus jugak…nanti buat sop bolehlah guna lagi…..

Bahan Untuk Meatball

1. 500gm daging kisar (akak guna ramly punya)
2. 1 biji bawang holland (kuning)
3. 1 batang lobak merah
4. 1/2 cawan cendawan butang (kalau taknak tak apa)
5. 2 keping roti (akak toast sikit dan ramas kasi hancur)
6. 1 biji telur
7. 1 sudu makan pes tomato (tomato puri)
8. 1 sudu kecil lada hitam (lada sulah)
9. 1 sudu kecil garam

Cara-cara

1. Akak gunakan food processor. Kalau tak ada cincang kecil lobak, cendawan butang dan bawang besar.
2. Masukkan semua bahan ke dalam daging kisar.
3. Gaul sebati dan bentukkan jadi bebola(suka hati nak besar mana)dan susun di dalam dulang pembakar.
4. Renjis dengan sedikit minyak dan panggang dalam oven. Kalau nak goreng pun
boleh. Bila dah masak masukkan ke dalam sos spageti.
5. Masukkan kedalam sos spageti.


2 thoughts on “Spageti Bebola Daging Lagi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s