Peach Pie/Tart

Pergi ke rumah masz …tenguk peach tart/pie……amboi mengancamnya..apalagi hati akak berkobar-kobar nak buat…..selalu buat blueberry chesse tart aje…ni lain sikit..pastry dia macam best aje….kebetulan stok ada dan semua anak ada kat rumah…jadi dapatlah semua merasa…..resepi di ambil dari rumah Suhana’s Sweet Savory…………terima kasih ye suhana…..oleh kerana resepi dia dalam bahasa inggeris..terpaksalah akak translate kat sini….mesti ayat tak sama…janji semua orang faham udahlah……..

Tenguklah potongan tart akak ni…potong masa panas…pasal anak dara nak bawak balik ke kolej…..tak lawalah pulak…tak lawa pun tak apa…rasanya memang sedap sangat….tak cukup satu loyang……nanti kena buat lagi…..pasal akak guna badam cincang…masa makan …. kruck…kruck….lah pulak….lagi satu sepatutnya letak filing dulu baru susun buah peach..akak pulak susun buah peach baru letak filing….kwang..kwang..kwang…..tersalah bacalah pulak……..nasib baik jadi…cuma tak lawalah..tak nampak buah peach tu…………

Bahan Untuk Pastri

1. 250gm tepung (akak guna tepung serbaguna)
2. 50gm badam kisar(halus)
3. 60gm gula castor
4. 125gm mentega (suhu bilik)
5. 1 biji telur (suhu bilik)
6. 1 sudu teh esen vanilla.

Caranya

1. Gunakan senduk kayu pukul gula dan mentega sekadar sebati.
2. Masukkan badam kisar, tepung , telur dan esen vanilla.
3. Gaul sebati sahaja.jadikan doh….jangan lama sangat gaul ye…(Do not overknead or pastry won’t be flaky)..betul tak terjemahannya…tak betul tolong bagi tahu tau… takut nanti pastri jadi keras. Masukkan doh ke dalam plastic cling dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit atau lebih.
4. Selepas 30 minit atau lebih keluarkan doh dan canai lebih kurang 18-20cm. Sapu bekas tart dengan mentega. Hati-hati masukkan pastri dan kemaskan tepinya.
5. Simpan semula kedalam peti sejuk selama 20 minit.
6. Selepas 20 minit keluarkan dari peti sejuk dan cucuk pastry dengan menggunakan garpu.
7. Bakar di dalam oven suhu 180C lebih kurang 12 minit ataupun perang.
8. Sejukkan sebelum di masuk filing.

Filing

1. 20gram tepung serbaguna
2. 120gram badam kisar(akak guna badam cincang)
3. 100gram gula perang
4. 125gm mentega (suhu bilik)
5. 1 biji telur

Cara-cara

1. Gunakan whisk dan kacau kesemua bahan diatas sekadar sebati sahaja.
Ketepikan.

Bahan untuk dimasukkan ke dalam filing.

1. 1 tin buah peach (toskan)
2. Gula aising (diayak keatas tart)

1. Tuang filing ke dalam kulit pastri. Susun potongan buah peach yang telah ditos.
2. Bakar di dalam suhu 170C selama 40 minit bergantung kepada oven masing-masing.
3. Cucuk dengan lidi (cake tester) di tengah untuk pastikan filing sudah masak ataupun belum. Jika bersih maknanya filing dah masak. Ayakkan gula aising diatasnya.

ada lebihan kulit pastri akak buat yang kecil aje untuk si imran…

Ni untuk si athirah…..tak cukup satu…nak lagi satu……….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s