Anak Ke 3 (anak yang tak di jangka kelahirannya)

Bersama ayah dia di jambatan pulau pinang…masa ni umur dia belum 1 tahun lagi….

Kali ni kisah anak perempuan akak yang pertama…nurliyana….

Selepas melahirkan Firdaus akak memang fobia nak mengandung dan bersalin lagi…kan semua dah baca pengalaman yang menyakitkan semasa melahirkan dia dulu…….tapi takdir allah swt sape yang boleh tolakkan…Kononnya nak merancanglah dulu…mungkin 2 atau 3 tahun barulah dapat lagi satu.

Selepas habis pantang.dalam pertengahan bulan november tahun 1988 ..Akak pun ke lppkn..tapi kat cawangan di jalan genting klang….masa tu memang tak ada kenderaan….jadi naik bas ajelah….firdaus dan cd tinggal dengan mak. Setelah mendaftar…kena ambil nombor giliran….tak payah jumpa doktor pun…jumpa nurse aje…akak pun berbincang macammana cara yang baik dan tidak menyusahkan untuk merancang. Setelah di syorkan mcm-mcm cara..akak berminat nak ambil cara suntikan. Masa tu murah aje..dalam RM30.00 sahaja sekali suntikan untuk 3 bulan…………setelah dibuat suntikan akak pun balik..

yana dan abang dia yang pertama..masa ni umur dia tak sampai 2 tahun…

Kehidupan pun di teruskan…..biasalah suri rumah tangga…..setelah cukup 3 bulan pergilah balik ke lppkn nak ambil suntikan kali ke 2 dalam pertengahan bulan Febuari 1989. Selepas 2 bulan lebih…selepas suntikan…….rasa lain macam…badan sakit-sakit….tapi tak muntah..gi kat klinik…..doktor buat medical check up dan tanya period terakhir………buat urine test…..rupa-rupanya dah mengandung dalam beberapa minggu……….ya allah…..akak panik…..panggil cik abang kat luar klinik (pasal jaga 2 org anak)…dah masuk ke dalam…doktor kata………

Berita baik….isteri tuan telah mengandung dalam 2 minggu………
Alhamdulliah……….dah rezeki………..relax aje hb akak ni..yelah dia tak merasa..mana dia tahu….

Akak pulak…………alamak…sakitpasal jahitan dulu masih terasa……ni nak bersalin lagi.. oleh sebab merancang cara suntikan……..akak tak sedap hati…yelah dengar mcm-mcm cerita tentang kejadian yang tak di ingini bila merancang….takut apa-apa jadi pada baby dalam perut…… esoknya pergi balik ke lppkn….masa sampai kat sana ..akak ceritakan hal ni….mereka hairan jugak macam mana benda ni boleh terjadi…akak tanya ada tak risiko tak nanti bila baby lahir? mereka pun susah nak jawab…..

Setelah cukup kandungan sebulan lebih….gi buat check up kat pusrawi…..masa tu kat jalan ipoh (masa ni hb dah dapat kerja yang lebih baik… jadi company bagi duit medical) jumpa doktor pakar gynae dan cerita pasal hal ni….doktor kata insyallah..tak ada apa-apa….lega rasa hati akak……….tapi sebenarnya sepanjang mengandungkan yana ni hati tak berapa gembira. ashik nak marah aje….lepas tu tak boleh bau badan suami…..nak muntah pulak rasanya..jadi tidur pun lain bilik…..nasib baik benda ni tak lama…..kandungan dah masuk 4 bulan dah okey balik……tension juga pasal firdaus masih kecil lagi dan tak pandai jalan lagi…..walaupun macam tu senang nak jaga 2 beradik ni…tak banyak kerenah. Masa ni jugak akak buat perjanjian dengan suami……

Abang…boleh janji dengan ina tak?
Kenapa pulak……janji apa pulak ni….
Kalau boleh….ina nak bersalin kat hospital bayar ye…takutlah jadi macam masa bersalinkan firdaus kat hospital besar dulu ….boleh ke tidak? ina kalau ikutkan malas dah nak bersalin tau….fobialah….tapi apa nak buat…….allah swt dah nak kasi….
Insyallah boleh…..abang cuba kumpul duit…..jangan cakap macam tu…anak tu kan pembawa rezeki………..

Alhamdulliah…sepanjang kehamilan ni…banyaklah pulak overtime..jadi lebatlah sikit…..company cuma bayar duit bersalin RM1,000…lebih kena tanggung sendiri….tu pun rasa syukur sangat…. masa kandungan dah masuk bulan ke enam….selalu kena gastrik……..asyik sakit perut aje..terpaksa pulak call hb suruh balik……hb bawak ke pusrawi….nurse bagi makan ubat gastrik aje tiap kali kena……kesian hb akak …selalu kena balik…nak buat macammana..masa tu akak tak pandai lagi bawak kereta…pastu ada 2 anak yang masih kecil.

Masuk bulan ke 7..sakit gastrik makin menjadi-jadi sampai ada masa tu kena masuk wad kat hospital pusrawi………boringlah duduk hospital ni………ingat anak kat rumah..nasib baik mak tolong jaga masa hb gi kerja……

Yana bersama sepupu dia..masa ni umur dia dalam 3 tahun…

Bulan ke 8….tukar pulak ke poliklinik kota raya kat taman melawati…masatu dr amir..doktor pakar yang agak popular masa tu………gi check up kat sana pulak…pasal bayaran bersalin tak semahal kat pusrawi…masa ni dah boleh scan dah…tapi doc tak nak cakap jantina baby…..rupanya hb dah pakat dengan doc ni…..tak bagi tau….masa ni jugak darah tinggi dah ada….apa lagi kena makan ubatlah jawabnya…….

Masuk ke bulan sembilan..dalam bulan disember 89..kaki dah bengkak dan jari tangan dah kebas…..rupanya bp naik….gi buat medical check up…doktor amir bagi cadangan………

Puan, kandungan dah sempurna sifatnya…..nak bersalin awal ke tidak?lagi pun bp makin tinggi ni…takut nanti jadi apa-apa pada kandungan…..
nanti saya bincang dengan hb dulu….ajak suami masuk ke dalam bilik rawatan dengan cd dan daus……doktor bagi tau pasal hal ni……..dah bincang pro dan kontra……pastu malas dah nak bawak perut…dan takut ada risiko terutama kepada baby, akak minta tempuh satu hari…pasal nak balik rumah dulu dan nak settlekan beberapa perkara….

esoknya ..hantar anak ke rumah mak….gi ke klinik dan masuk ke wad…doc nak turunkan dulu bp baru dia nak induce…….kena makan ubat…..pastu rehat kat klinik dalam 2 hari…barulah bp turun….pada pagi 11hb disember 89 tu..doc nak cepatkan bersalin…..dia masukkan ubat ke dalam……….dah masuk ubat barulah resa nak bersalin datang…..biasalah resa ni……….sekejap sakit..sekejap relax…..dalam 2 jam doc tenguk lambat sangat nak bukak rahim…dia masukkan pula air (drip)……..aduh masa ni memang sakit kerap datang…kebetulan masa ni hb kat tempat kerja lagi…..(pasal dia tahu akak ni selalu lambat bersalin)……..bila dah petang makin kuat pulak sakit …bidan check (apalagi seluklah)………dah 6cm…malam ni mungkin bersalin katanya……..hb masa tu dah pulang kerja..tapi balik rumah dulu pasal nak tenguk anak kat rumah mak………lepas maghrib barulah dia sampai …naik motor buruk aje masa tu…masa nilah kali pertama dia dapat temankan akak kat dalam bilik bersalin……….resa makin kuat….doc suruh sedut (apa ke namanya) pakai kat hidung…..nak kurangkan rasa sakit katanya………suami pun bagi semangat dan pegang tangan akak…..bila dah sampai masa…….akhirnya pada pukul 11.11 malam hari Isnin lahirlah si liyana ni………..yang seronoknya bila doktor tunjuk kat akak…………

ni yana umur 1 setahun lebih dan daus 2 tahun lebih………

puan teka ..dapat baby girl atau baby boy…tak kisahlah janji sehat doktor….puan dapat baby girllah……….hb puan dah tahu..tapi dia suruh saya rahsiakan…….nak bagi puan kejutan….dan dia sempurna….(senang hati akak masa tu)
alhamdulliah………..dapat juga anak perempuan….hilang semua sakit rasanya.…ala..ruginya doktor… kalau lahir selepas pukul 12.00 malam …..bolehlah sama tarikh lahir dengan saya……..ni sama pula tarikh lahir dengan abang dia…………(benda ni mana boleh tahankan)
elok jugak ni….lahir pukul 11.11 dan tarikh keluar pulak 11.12.1989…..no. cantik ni…boleh cuba ambil no ekor ni …..ntah2 dapat first prize…(saje gurau aje doktor ni)……..kebetulan nurse dia cina…..yelah doc…boleh ambil no ni…pusing-pusing…… ada onglah ……..

Doktor pun jahit tempat yang luka…….lega hati akak…tak rasa sakit….pasal dia bubuh ubat bius..kat sini setiap pagi ada bidan yang datang cuci jahitan tu dengan dettol dan bubuh ubat sapu… lepas tu bubuh lampu sportlight …katanya nak cepat keringkan luka jahitan…

bersama sepupu dia kat rumah mak kat gombak………

Bersama-sama dengan atuk….masa ni cucu abah baru 5 orang …skrg ni dah 17 orang....

Setelah baby di bersihkan……..hb pun jalankan tanggungjawab sebagai bapa…..akak pun berehatlah…baby…nurse jaga…..(almaklumlah hospital bayar)……besoknya pulak akak tak boleh buang air kecillah pulak……..peranakan akak bengkak….doktor kata mungkin kepala baby langgar kot…….huwaa…….kena pasang tiub…ada kantung kencing pulak yang kena pakai……..ya allah…mcm-mcm dugaan……..tanya dengan seorg bidan melayu….dia cadangkan akak minum air barli……….call mak suruh mak masak air barli…hb bawa ke klinik…….puaslah togok air barli ni pun… masih susah nak kencing secara normal………….kena pakai tiub dan kantung dalam 1 hari..lepas 1 hari 1 malam ..doktor rasa peranakan akak…dah okey katanya……..bila dah tak bengkak dia suruh nurse bukak tiub ….bidan melayu tu suruh pulak gi bilik air…cuba buang air secara normal……suruh akak buka paip laju-laju…..nanti terasa nak kencing katanya……memang betul………..duduk dalam bilik air tu rasa nak kencing…tapi kencing macam tak lawas..gembira jugak…..walaupun sedikit……janji dapat kencing………..alhamdulliah………doktor kata petang boleh balik……mak datang dengan suami petang tu…suruh jiran kat rumah tolong ambil akak di klinik bersalin ni…….bila dah sampai kat rumah…hati pun lega…………dapat tenguk anak yang 2 orang tu…….

masa ni yana umur 3 tahun dan daus 4 tahun….masa raya..

kat pd masa umur lebih kurang umur 4-5 tahun..dah lupa……..di port dickson…

ni kat kampung di segamat bersama dengan cucu yang arwah mak mertua bela..sekarang ni dah duduk balik dengan mak dia kat melaka..

kat pulau langkawi……..family day office hb…….

masa ni yana dah umur 7 tahun …dah sekolah dah masa ni………..tengah kendung adik dia si ira..

bersama mak akak …ni dalam perjalanan nak gi ke pulau besar di mersing, johor.

bersama sepupu dia jugak…

masa ni umur dia 5 tahun…

umur 6 tahun

kat hotel impiana di cherating, pahang

kat taman tasik titiwangsa

masa penyampaian hadiah di sekolah rendah….

kat terengganu…….

masa ni si imran dah ada……masa perkawinan anak buah yang pertama di segamat, johor.

gambar dalam tahun 2001 selepas melahirkan si imran…bersama sepupu di rumah akak..

kat dalam kereta…….

masa ni dah sekolah tingkatan 4 di sekolah seri putri, jalan kolam air, kuala lumpur..

ni pun sama…………..tingkatan 5…

masa penyampaian sijil spm dan hadiah di sekolah seri putri……..masa nilah dia dapat RM500 pasal dapat keputusan yang baik di sekolah ni…sumbangan dari datuk……….lupa lak nama dia…

Masa lawatan ke Sarawak…terjumpalah si tiara ni……..

acah aje tu……..entah makan ke idak ………tak tahulah…..kat sarawak….

masa sukan di sepang….

Ni masa majlis perpisahan dan makan malam di hotel……..anjuran sekolah sri putri…dah pandai pakai make up……..mak dia tak pandai-pandai lagi……lagipun hb tak bagi akak pakai……….

Ni kat genting highland..

Masa ni kat bandung. indonesia….tahun 2007

Selepas kelahiran beliau… suami pulak bekerja di jakarta, indonesia selama 6 bulan…jadi akak dan anak-anak semua duduk kat rumah mak….masa dalam pantang …yana ni kuat menangis……menangis malam pulak tu…..tension di buatnya…siang tidur ..malam berjaga….kadang-kadang tak tahu kenapa..dia melalak….kdg-kdg kuat..kdg-kdg merengek macam…..kembung perut ada..macam lapar pun iye.. …rasanya akak dan mak dah buat yang terbaik untuk beliau…sampai pergi jumpa makcik yang pandai mengubat secara tradisional…beliau sembur dan letak calitkan kunyit hidup kat pusat dia..bagi air suruh buat susu….dahlah suami tak ada…kena jaga anak 2 orang tu lagi…..nasib baik keluarga banyak membantu semasa suami tiada di sisi.

Selepas suami balik dari jakarta dan mendapat pekerjaan yang lebih baik lagi dan kami mampu membeli sebuat kereta proton berwarna merah. Jadilah..nak bawak anak 3 orang balik kampung dah senang…tak payah naik bas atau keretapi….memanglah orang kata setiap kelahiran anak tu membawa rezeki…

Tulah..rasanya walaupun menjaga 3 orang anak..pasal kerap….umur pun tak banyak beza…senang rasanya……. tapi rasanya tak sama dengan jaga dengan si ira dan imran……..memang lain dulu dan sekarang…anak-anak sekarang ni lainlah perangai mereka….

Anak lelaki tak kena gi lpkn..tapi anak perempuan ni kena pergilah pulak…ke raub, pahang…

bersama member di kem

Kat dalam dorm di kem plkn..

masa kat melaka bulan febuari tahun ni..jalan-jalan ke melaka……

ni kat shah beach hotel kat melaka…..

di taman buaya di melaka…macam budak kecik aje…..

ni masa jamuan hari jadi dia dan kawan-kawan di kolej …

potong kek bersama member yang lahir bulan disember…

sama ke muka akak dengan anak akak ni….?

Kat depan masjid putra di putra jaya.

dalam perjalanan nak hantar dia balik ke kolej …. selepas gi ke putrajaya.

Sekarang ni yana jarang dapat join kalau keluarga akak gi mana-mana…sibuk dengan pelajaran dia….apa nak buat….pelajaran tu lebih penting…..sekarang ni dah habis final exam…kena gilah pulak ke biro tata negara di maran pahang…kena brain washlah kat sana selama seminggu. minggu depan bercutilah dia lebih kurang 3 bulan sementara nak tunggu keputusan exam dia…katanya nak cari kerja…..

Tenguklah banyaknya harta karun yang di bawak balik minggu lepas..Penuh bonet kereta…

Alhamdulliah walaupun kelahirannya tak di jangka…tapi akak bersyukur kepada allah swt kerana beliau setakat ni telah menggembirakan kami sekeluarga di atas kejayaan cemerlang yang beliau tunjukkan sehingga sekarang….kami semua berdoa agar beliau dapat mencapai impian beliau menjadi seorang doktor gigi….doakan semua sekali ye….

15 thoughts on “Anak Ke 3 (anak yang tak di jangka kelahirannya)

  1. syahdu je baca part yg mule2 tu kak, beso pengorbanan seorg ibu turun naek bas, susah senang, sakit jereh perit semua tanggung kn kak..kdg2 nk je slhkn org lelaki ni mcm xfhm je prasaan kite pompuan ni..walopn bkn slh diorg, mmg kite wanita ni istimewa ditkdirkn utk mlahirkn chya mata..mmg benar stiap ank itu ada rezki mereka sndiri.alhamdulillah kak ye, dari apa yg lov bca cerita akak ni,yana mmg seorg ank yg bjaya dari kecik lagi..tahniah sgt kt akak pandai jga ank..tahniah juge kat yana coz tnpa usahanya xmungkin dia akn bjaya..dia bjaya coz ada ibu dan ayh yg best yg sntiasa mnyokongnya xkire susah n senang..aduhh nk nanges plak..cerite mcm ni mmg manes sgt utk dkongsikn..sronok dpt baca..tengkiu akak sudi kongsikn..

  2. panjang kisahnya.suka baca ;)anak2 saya 3 orang tu,,anak sulung je yang mengandung tak dirancang.bunting pelamin..so buat perangai sikit masa mula2 peknen..sib baik suami rajin melayan.lama2 baru okey.no 2 dan 3 mmg dirancang..so semuanya okey.dugaan peknen ni rezki masing2 mgkin tak sama.ada susah ada senangcomel anak dara kak ina ni🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s