Ehmm Entahlah……..

Terharu pulak tenguk gambar ira dan member dia di tampal di papan kenyataan sekolah….

Hari Isnin lalu akak 3 beranak pergi ke sekolah kebangsaan si ira ni……nak settle borang masuk ke Kelas Aliran Agama(KAA) dan Sekolah Menengah Agama Kuala LumpurLumpur(SMARKL)………..sampai ke pejabat………..jumpa kerani……nasib baik akak seorang aje…………

Puan…. akak nak hantar borang sekolah asramalah..tapi salinan sijil dan koko belum disahkan…ada tak sape-sape yang boleh sahkan….lagi satu dia tak dapat lagi sijil pengawas perpustakaanlah….dulu masa mohon sek berasrama penuh cikgu dia bagi satu salinan aje…

Dia ambil borang dan lihat salinan…..

Puan……….guru besar tak ada sekarang ni……puan boleh pergi ke mana-mana sekolah untuk buat pengesahan. Cikgu yang uruskan sijil pengawas perpustakaan tu..tak ada..dia pergi kursus..minggu depan baru balik………
Laa….. saya kan dah datang sini…pastu nak pergi sekolah lain pulak….penolong kanan tak ada ke?...(masa tu akak memang perasan penolong kanan tu ada dalam pejabat). habis tu sijil tu tak boleh dapat hari ni ye…rugilah tak dapat point nanti…dalam borang kan suruh isi..banyak pulak point untuk pengawas perpustakaan tu…..8 pulak tu (memang setiap aktiviti tu dikira utk layak atau tidak masuk ke sekolah tu nanti)
Oh ye ke…. akak bagi nama dan kelas dia…kalau dah siap sijil tu saya call akak ….. saya suruh penolong kanan untuk buat pengesahan…

Kerani tu mintak sijil asal dan salinannya…………..lepas check satu persatu……dia bagilah kat Penolong Kanan tu……….kebetulan pulak 2 orang guru masuk……

Anak akak dapat berapa…..nak hantar borang ke….akak mohon ajelah semua sekolah..dapat tak dapat kemudian cerita…..
Dapat 4A aje….ni tengah buat pengesahaan……..lepas ni nak gi pulak ke Jabatan Agama Islam Negeri Selangor……..nak isi borang….betul tu cikgu..kalau ada rezeki…insyallah dapat..ira ni memang nak sangat duduk asrama……..
Ye ke…..anak buah saya dapat 3A dan 2 B tapi sekolah agama dapat 7A….nak tanya macam mana nak mintak sekolah agama negeri selangor tu………

Akak pun ceritalah seperti mana yang ustazah dia bagi tau….
.selepas siap semuanya…kerani tu pulangkan balik salinan sijil tu………….

Kenapa pulang balik salinan ni………
Kami ambil borang aje……..salinan sijil ni bawak masa temuduga nanti..anak puan kena datang temuduga di smakl pada 3hb. Disember pukul 7.30…pakai baju sekolah…bawa alatan tulis…
Okeylah macam tu….terima kasih…….

Akak pergilah ke Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS)…sampai kat Masjid…carilah pejabat jais ni….pusing-pusing tak jumpa….tanya dengan seorang perempuan yang sedang jalan kaki……..

Assalammualaikum…tumpang tanya…tahu tak jais kat mana?
Tak tahulah cik……….

Kat depan sikit tanya dengan seorang lelaki………..

Boleh tanya tak? Mana pejabat jais…….
Kat Kompleks PKNS kot……….

Sampai kat komplek pkns tu……..tak nampak pun signboard tulis pejabat jais..eh..eh..bukan kat sini ni………kebetulan akak berhenti kat gerai makan…turun tanya…

Assalammualikum…….dik..nak tanya mana pejabat jais………
Budak lelaki dan girlfriend dia bagi tau….makcik pergi ke Masjid…ada traffic light..ke kanan..
nanti nampaklah…..jais tu…….jalan nak menghala ke Concord Hotel…..
Terima kasih ye…

Nasib baik jumpa..betullah cakap budak tu…..sampai kat jais..kena pergi ke tingkat 2. Adalah 2-3 orang di situ..kena tulis nama dulu..lepas tu tunggu..sampai giliran akak……….

Tumpang tanya…macammana nak masuk sekolah agama kat selangor ni..yang ada asrama…boleh tak bagi senarai nama sekolah yang ada……….
Anak akak ada isi borang tak? Kalau ada isi borang kat sekolah agama..tunggu aje keputusan dalam pertengahan bulan disember…….
kalau macamtu…tak payah buat apa-apalah……..tunggu aje ye…..

Entahlah…..akak yang salah faham ke…atau ???????????????????????

Oleh kerana masa banyak lagi…. ajaklah anak ke Muzium Negeri Selangor…dahlah susah dapat parking…….pastu tenguk papan tanda TUTUP SETIAP HARI ISNIN…..kesian akak tenguk ada 2-3 buah bas rombongan yang bawak budak-budak sekolah tak dapat masuk hari tu…..kami ambil gambar di luar ajelah…………


Berangan nak jadi pemandulah tu……….
Aduh beratnya rantai ni……….
3 beranak kat depan gerabak keretapi….
Ni semua replika kat stesyen keretapi di kelang………..masing-masing posing ajelah…

Balik semula ke Kuala Lumpur …gi makan…..pastu sampai kat rumah dalam pukul 2.00 petang.

Hari Selasa akak saje telipon kerani sekolah tu lagi……….

Dik betul ye..tak payah bagi salinan sijil tu….
Tak payah puan…..satu salinan puan bawak masa anak puan interview nanti di SMATKL…
satu salinan lagi puan simpan………
Okeylah macam tu………

Dalam pukul 2.00 petang…akak dapat panggilan dari guru/kerani sekolah tu….

Assalammualaikum puan…..saya dari sekolah athirah…..boleh tak hantar 2 set salinan sijil tu…
Laa…kata tak payah hantar…saya dah call pagi tadi…
Dulu-dulu tak payah…tahun ni mereka nak pulak……
Boleh tak saya hantar hari Khamis……hari rabu ada hallah…..
Boleh…nanti saya bagi fail peribadi dan sijil pengawas perpustakaan athirah tu….lagi pun semua borang nak submit ke Jabatan Pelajaran hari Jumaat………..(Eh….kata cikgu pergi kursus….balik minggu depan….macamana pulak sijil pengawas perpustakaan dah ada…peliklah pulak)
Insyaallah saya datang hari Khamis pagi………terima kasih ye……..

Kena ulang aliklah ke sekolah lagi……..apa nak buat….demi anak……………

HEMMMMMMMMM ENTAHLAH……..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s