Siput Sedut Masak Lemak Keladi

Nilah rupa siput sedut yang belum di bersihkan. Kena tutup …nanti dia lari.

Ada orang geli nak makan siput ni…….mungkin dia kuat jalan kot……pantang lepa aje……dah penuh satu rumah………walaupun akak ni duduk kl tapi macam duduk kat kampung aje…….ialah masa kecil kat Kg Abdullah Hukum, Kampung Puah dan sekarang ni duduk kat Kampung Padang Balang………..dulu masa anak dara jarang masak siput ni….tapi sejak dah kawin dengan cik abang kenalah belajar masak jugak……memang kesukaan suami akak ni………kena campur dengan keladi…….barulah ada umph…..sape tak makan…..tak yah tenguk resepi ni…..

Bahan-Bahan

1. 1 kilo siput sedut
2. 20 biji cili api
3. 2 batang serai
4. 1 inci kunyit hidup
5. 1 inci halia
6. 2 batang daun kunyit
7. 1.5 liter santan (11/2 biji kelapa)akak jarang asingkan yang pekat dan yang cair.
8. 3 batang keladi (ada isi)
9. Garam secukupnya
10. 2 asam keping

Cara-cara

1. Bersihkan siput setelah di potong hujungnya.(stail akak berus, rendam dengan garam dan letakkan cili api yang telah di potong. Biarkan dalam 20-30 minit..barulah di bersihkan.
2. Bersihkan ubi dan batang keladi. Celur dahulu ubi bersama asam keping dan garam…setelah ubi empuk barulah di masukkan batangnya. Toskan.
3. Tumbuk ciliapi, kunyit hidup dan halia. Setelah semua lumat titikkan serai.
4.. Masukkan bahan yang telah di tumbuk bersama siput dalam periuk.
5. Masukkan juga santan dan gunakan api perlahan kacau santan sehingga mendidih.
6. Biarkan dalam 10-15 minit, masukkan garam dan daun kunyit berserta ubi dan batang keladi.

7. Sedia untuk di makan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s