Ke Yogyakarta (bahagian akhir)

Hari Terakhir

Oleh kerana kami akan bertolak semula ke Jakarta pada pukul 6.00 petang (kat sana cepat 1 jam dari Malaysia) adalah masa kami nak jalan-jalan di sekitar bandar . Cadang nak cari baju buatan batik dan cenderamata. Kami tak ambil pemandu hari ni. Kami naik teksi dari hotel dan di bawa ke sekeliling pusat bandar termasuk ke Universiti GadjahMada yang terkenal tu. Pasangan N dan L keluar berasingan. Tak tahulah mereka nak kemana…akak malas nak tanya…

Beca boleh dilihat di mana-mana…
Kami di bawa ke tempat ni juga.. Selepas tu suruh pemandu teksi gi kat Jalan Bantul…dimana terdapat banyak yang jual perabot jati…………Suami bagi deposit nak beli katil, sofa dan meja makan. Nanti akan di hantar ke Jakarta….. Akak pun… suka hatilah….orang nak beli…..kita terima ajelah…kemudian kami naik taksi ke Jalan Malioboro.

Macam nilah suasana di Pasar Beringharjo…..macam-macam ada………

Di Pasar Beringharjo di Jalan Malioboro…kami beli cenderahati seperti t-shirt, baju batik, topi dan segala macam barang dari batik. Di sini kena pandai tawar menawar..suami akaklah yang menawar tu….akak tak pandai. Suami akak beli baju batik untuk diri sendiri dan 3 orang anak lelaki. Yang perempuan akak belikan t-shirt. Suami akak beli juga topi jawa tu..di panggil belangkon…pastu sedikit cenderahati.

Jalan punya jalan perut pun dah lapar..tenguk jam dah pukul 12.00 tengahari..banyak betul orang jual bakso dan mee urat….kat jakarta ada dah makanan ni…jadi akak dan suami gi kat tempat orang yang jual gudeg….jalan kaki aje ke tempat makan tu……….

Ni memang banyak orang jual kat sini………..

Ni jugak salah satu pemandangan kedai makan (lesehan) yang banyak terdapat dijalan-jalan utama di yogyakarta ni………..kalau nak makan burung dara (puyuh) atau pecal lele (ikan keli)
memang banyak………..minuman dalam botol tu di panggil teh botol………….tapi ni ada di waktu malam aje……..masa makan adalah pengamen (org minta sedekah tapi dengan cara terhormat selalunya dia orang nyanyi lagu sambil bermain gitar)bagi ajelah upah dalam Rp5,000 (RM2.00)..

Nilah salah satu bahan yang dimakan dengan gudeg tu…..ada telur…hati ayam..serunding…dan semua di makan dengan nasi…………akak tak ambil tu semua….sebab tak biasa dengan tekak.
Jadi nilah makanan kami tengahari tu…makan dengan nasi dengan ayam kampung bakar.Mcm nilah lebihkurang makanan kami hari tu……air pulak minum air suam..takut…pasal petang nanti dalam keretapi … takut cirit birit. Ada yang beli bawak balik gudeg ni ke jakarta..dimasukkan kedalam pasu tanah………

Dah kenyang perut kami naik kereta kuda(andong) ni balik ke hotel…suami akak tawar menawar dengan pemandu andong ni….dapatlah dalam Rp15,000 (RM5.50)..best jugak naik ni…kami suruh pemandu dia bawak jalan jauh sikit……..
Sampai aje kat hotel……bersihkan diri dan solat..pastu tidur sekejap sebelum check out……nak extend ke pukul 4.00 petang tak di benarkan kerana bilik penuh…….masa akak sampai kat bilik pasangan N dan L belum sampai lagi………sakan diorang berjalan……….

Dalam pukul 2.00 akak anak beranak dah tunggu kat lobby hotel….nampak pasangan ni baru balik….kelam kabutlah di buatnya…..nasib baik mereka dah kemas barang dia orang….cuma nak bersihkan anak yang kecil tu…………janji dengan pemandu di hotel suruh hantar ke stesyen keretapi tugu tu………..

Selepas semua dah settle……ajak pulak pemandu pergi beli bakpia sejenis makanan khas (asal)yogyakarta…. inti di perbuat dari pes kacang hijau di campur gula (ala mcm inti kacang hijau) dan di salut dengan tepung gandum dan di panggang…….yang asal memang dari inti kacang hijau ni…..tapi sekarang ni mereka dah buat rasa keju dan inti coklat…memang sedap bakpia kat sini…tak sama macam kat jakarta………..

Nilah contoh bakpia tu…….memang sedap….

Lepas tu beli pulak geplak yang di perbuat dari kelapa kering dan gula dan di bubuh pewarna.
Geplak ni memang manis rasa dia….kat malaysia ada jugak geplak ni..lupa lak apa namanya.

Setelah membeli bakphia pathuk dan geplak, kami dihantar ke stesyen keretapi Tugu. Oleh kerana masa banyak lagi…kami menunggu aje kat stesyen ni…..

Bila dah pukul 5.00 petang…perut pun dah lapar…kami makan nasi goreng aje di kedai makan yang ada di stesyen ni…..

Dalam pukul 6.00 petang, kereta api pun sampai dan bermulalah perjalanan pulang semula ke Jakarta……..nasib baik tempat duduk bernombor…………jadi tak payahlah nak berebut-rebut..
Bila naik keretapi ni…kami terperanjat……….nama aje koc bisnes….ingatkan tempat duduk macam naik bas transnational tu…..tapi tempat duduk macam zaman 80..an di malaysia..ala kerusi yang di perbuat dari kayu dan di salut dengan plastik hijau tu dan boleh di tukarke dua hala……kalau ke selatan boleh di tolak ke selatan………..(teringat masa zaman persekolahan dulu)…..dahlah tingkap susah nak diturunkan……pastu panaslah pulak……….nak buat macam mana………terima ajelah…………..kesian anak kecil pasangan N dan L tu…bila tidur ashik terjaga pasal tak selesa……..

Setiap kali berhenti distesyen…menyerbulah peniaga yang menjual air kopilah, mee segeralah…macam naik keretapi zaman 80..an dululah………….lepas tu banyaklah pulak pengamen (peminta sedekah)…tension betul di buatnya……..bayangkan perjalanan sepanjang 8 jam tu……….berapa banyak peminta sedekah………….akak buat taktik……..bila ada aje dia orang akak pura-pura tidur………….kebetulan di salah satu stesyen tu naiklah orang yang jual kipas yang di perbuat dari buluh………alhamdulliah…..suami beli 3 dan pasangan N dan L pun beli 3….nak tahu harganya Rp2,000 (RM0.70) tu pun suami akak tawar…dapat pulak tu…dalam RM0.50 sen satu………..dah ada kipas…bestlah sikit…..dapatlah digunakan sepanjang perjalanan…..(akak seriklah nak naik lagi keretapi bisnes ni lagi………..bukan nak berlagak………tapi tak sesuailah)

Akhirnya dalam pukul 2.00 pagi kami selamat sampai di stesyen ni……….waktu pagi ni teksi pun letak harga mahal……….alhamdulliah dapat bapak teksi yang baik……..dia setuju dengan harga yang kami bagi……….dalam pukul 2.30 pagi sampailah balik ke rumah…..di apartment ambasador..jakarta selatan….penat giler dan mata pun mengantuk………..apalagi…….zzzzzzzz

Jika orang yang sukakan suasana relax dan minat dengan sejarah…memang sesuai ke sini…makanan, hotel dan cenderahati memang murah sangat….tapi hati-hati dengan beg tangan dan dompet kerana banyak pick pocket dan banyak jugak peminta sedekah…….sekarang ni dah senang nak ke sini ………..kerana air asia ada buat penerbangan terus ke sini……..kalau orang yang suka shopping gilah ke bandung dan jakarta…..

Bilalah lagi nak gi lagi ni…………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s