Roti Berinti Kacang Merah dan Coklat

Kwang..kwang..kwang…tenguklah tu roti terhangus atas dia sikit….tu inti kacang merah dan yang okey tu inti coklat…Teringinlah pulak nak makan roti bila hujan petang kat kl ni….perut pun memang cepat laparlah apabila cuaca sejuk………tak ingat ambil kat blog sape…………lupa pulak…………..Bahan-Bahan

  • 400gm tepung roti
  • 100 gm tepung kek
  • 90gm gula halus
  • 10 gm susu tepung
  • 11gm yis kering/sebungkus (mauripan)
  • 220ml air suam
  • 1 sudu teh garam
  • 70gm mentega (suhu bilik)/shortening(lemak sayur)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh bread improver
  • Pes kacang merah dan coklat masakan (dadu)

Cara-cara
1. Masuk semua bahan kecuali mentega/shortening.
2. Uli sehingga lembut dan licin.
3. Masukkan mentega dan uli lagi dalam 10 minit.
4. Rehat 10 minit.
5. Bahagikan 20 hingga 24 biji (terpulang kepada diri sendiri..nak besar mana)
6. Masukkan inti yang dikehendaki. Gris loyang dan masukkan roti.
7. Rehatkan lagi 30-40 minit.
8. Bakar roti dengan suhu 180 C dan bakar dalam 15-20 minit bergantung kepada oven masing-masing. Bolehlah dimakan panas-panas…….

Ni masa dalam oven lagi………kat atas tu inti kacang merah (buat sikit pasal akak dan suami aje yang suka makan) yang loyang bawah tu pulak inti coklat…….kesukaan anak-anak……….loyang yang kat atas tulah…atas roti terhitamlah sikit..tak perasanlah pulak…tiba-tiba baru hangit..nasib baik boleh di makan lagi………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s