UPRSAlah pulak……..

Semalam sibuk sokmo………dari pagi hingga petang uruskan hal anak dara akak tu..sape lagi si iralah…Nak mintak sekolah berasrama ni banyak pulak borang yang perlu di isi dan diphotostat….borang dah di ambil selepas keputusan upsr keluar hari tu di sekolah kebangsaan ..
Oleh kerana ira ni berminat nak duduk kat asrama … akak mintalah borang untuk masuk ke Sekolah Menengah Agama Harian (sekolah ni tak payah interview) dan Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (yang ni kena interview dan ujian bertulis) pelajar yang mohon aje dah beratus-ratus orang…….mohon ajelah……kalau ada rezeki dapatlah…….. kalau tidak pergilah ke sekolah menengah kebangsaan aje………..Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains Mara pulak kena dapat 5A…..dia tak layak…….apa nak buat rezeki tak berpihak kepada dia…………

Pagi lagi………dah keluar dengan si imran (dia dah mula cuti) buat salinan segala sijil yang berkaitan dengan permohonan dia…………kemudian ke Jabatan Pelajaran Negeri Selangor…..pejabat dia pulak di Selayang……..nak buat pertukaran sekolah…….dari Sekolah Menengah di Wilayah ke Sekolah Menengah di Selangor kena isi borang yang telah di tetapkan…ira ni dapat Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Batu Muda, Kuala Lumpur…kalau nak gi sana memang payah…dengan jalan jem kat Jalan Sentul tu…….dan tak sama jalan dengan sekolah adik dia..memang kena merayu buat pertukaran….kalau tidak tension dibuatnya nanti bila penggal persekolahan bermula tahun depan……..terpaksalah mintak sekolah area Gombak……….sama ada SMK Seri Gombak, SMK Gombak Setia dan SMK Sg Pusu…….

Di JPN … tu kena ambil nombor giliran kononnya……tapi akak bengang jugak…orang yang sampai kemudian ke kaunter dulu…….ni tak boleh jadi ni………..terus aje akak ke situ….lepas submit borang pertukaran yang telah di siapkan (dah lama dah borang ni siap…tapi kali pertama gi kat situ…dia suruh balik dulu…datang seminggu sebelum cuti persekolahan…leceh tul….berapa kali nak gi ulang alik da…) Tanya tentang Sekolah Menengah Agama Negeri Selangor yang berasrama………budak perempuan tu kata…………

Kak……saya tak tahulah pasal Sek. Agama N.S. ni………..
Takkan tak tahu….kamu kan kerja kat sini………
Tolonglah tanya sesiapa yang tahu kat sini………….
Dia tanya kawan sebelah dia pun……….kawan cakap tak tahu…….geram jugak dibuatnya…..lepas berbincang dengan member sebelah dia tu………barulah dia cakap……………
Akak duduk dulu ye…….nanti saya tanya pegawai saya……..sekarang ni mereka semua ada perhimpunan kat bawah…………
Okeylah kalau macam tu……..

Akak dengan imran duduk kat tempat yang di sediakan….lepas baca suratkhabar.. utusan dan berita harian…dia tak panggil lagi…..eh…apasal lama sangat ni…akak gi lagi tanya…….

Macammana ni dik…..akak dah lama tunggu ni…………
Nanti kejap saya telephone dulu…………..(la……..baru nak call………)
Kak………minta maaflah ye…pegawai tu tak ada pulak……….dia pergi kursus ke Melaka..akak jangan call hari ni tau…call hari isnin……….(kurang asam betul..orang nak submit hari isnin..dia suruh call hari isnin pulak……………)
Okeylah macamtu..bagi akak no telephone pegawai tu………

punyalah lama nak uruskan benda sekecil tu……..buang masa betul…….geram dibuatnya………setelah dapat no tel pegawai tu…bergegas pulak ke Maidin…..kebetulan dekat aje dengan JPN tu…………pasal stok barang dapur banyak yang habis…..dah masuk sini…rambang mata dibuatnya………………sedar tak sedar dah pukul 12.00 tengahari…….

Dah buat kerja rumah(terutama kena sidai baju dulu yang ada kat dalam mesin basuh) yang terbengkalai………..rehat kejap…… solat………makan pun mee goreng untuk sarapan pagi tadi…

Dalam pukul 2.00 petang gi lah pulak Sekolah Agama si ira ni….ada penyampaian sijil untuk pelajar-pelajar……………..ira ambil bahagian……….menyampaikan 2 lagu nasyid….Layan aje dulu ye………….

dengar tu suara penyanyi utama tersalah nyanyi… hahaha…mungkin gabra kot…..

Setelah upacara penyampaian untuk kanak-kanak tadika, pelajar tahun 1 hingga 5…upacara penyampaian sijil untuk pelajar cemerlang tahun 6 pulak di umumkan……….(yang cemerlang…..di panggil mumtaz)…cuma ada 3 orang sahaja yang dapat markah dalam 90% keatas………..tahun 2007 cuma 2 orang aje…..yang peliknya di Wilayah Persekutuan markah 80-90% masih pangkat A tapi di Selangor pulak 90-100% baru dapat A…..maknanya gred di Selangor lagi tinggi dari Wilayah Persekutuan..yelah…lain negeri lain sistem pengajarannya……
Athirah dapat 84.6% …..alhamdulliah……..bahasa arab dan tajwid dapat A….punyalah suka dia… kalau nak diikutkan akak risau jugak pasal dulu dia tak gi kelas agama ni 2 tahun…masa darjah 3 dan darjah 4……..pasal ikut akak ke Jakarta………oleh kerana markah dia di atas 80% dia layak minta Sekolah Menengah Agama Negeri Selangor yang ada asrama.. (ira belajar sekolah agama kat Negeri Selangor… sekolah kebangsaan pulak di Kuala Lumpur..tulah sebabnya leceh sikit..) Akak pun tanyalah kat ustazah macamana procedure nak masuk ke sekolah berasrama negeri selangor………….


Ustazah…..nak tanya boleh tak…….macammana nak mintak borang pergi sekolah menengah agama negeri selangor……ada borang kat sekolah tak?
Borang memang ada..tapi sekolah dah isikan dan akan di hantar ke jais …..tapi lebih baik akak gi terus ke sana dan isi borang lagi ……lepas tu terus hantar balik pada hari yang sama… siap-siaplah bawak salinan sijil yang telah di sahkan dan sijil asal…..tapi kena cepat…..mereka bagi masa 10 hari bekerja…selepas keputusan UPRSA keluar……..lepas tu permohonan tak akan di layan………
Okeylah macamtu…hari Isnin ni akak gilah JAIS tu…boleh bagi tak no. tel kat sana tu…akak tak berapa tau tempat tu……..

Ustazah tu pun bagi guide macammana nak gi sana dan juga nombor tel jais tu……….(akak pasal sekolah anak ni memang nak cepat aje settle …….. kalau lambat nanti lagi susah urusannya……kecuali ada kenal dengan orang dalam (cable)…………oh…….rupanya senang aje prosedur dia..…. tulah…..kadang-kadang menyampah nak gi office gov ni………kakitangannya dia macam tak tahu buat kerja aje…….tapi bukan semua tau………jangan marah a………. sape yang kerja kat gov office……………………….padahal akak dulu pun kerja dengan kerajaan….hi…hi..hi… kemudian kena tunggu guru besar pulak pasal nak buat pengesahan sijil…….dah pukul 5.00 petang…………..barulah sampai balik kat rumah……………………………… layanlah gambar sekitar hari penyampaian sijil hari tu………

Cutenya dan comel kanak-kanak tadika 5 dan 6 tahun menyanyi lagu kanak-kanak……sekolah ni pun ada tadika islam……….
Ustaz sedang mengalunkan ayat-ayat suci…………sedap suara ustaz ni……………….
Nilah ustazah Sastina yang telah mengajar ira di tahun satu..dua….dan tahun enam bersama 2 dari 3 orang anak dia(tahun lima die ngan ustazah lain)…………gambar blur……skt……….
Athirah bersama member-member kamcing dia di sekolah agama..


Memang hari yang memenatkan……….nasib baik mak bagi akak lauk rendang ayam……….akak cuma masak nasi dan telur dadar…………Pukul 10.00 malam dah ZZZZZZZZZZZZ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s