Sambal Udang Malbari

Tenguk kat rumah hana tu…dia buat sambal udang..tgk bahan-bahan pulak…simple sangat..cara memasak pun senang ……buat apalah nak susahkan diri sendiri….janji sedap di makan sudahlah…resepi ini hana ambil dari rumah ummi dan akak salin dari rumah hana ..hb pun puji sedap….macam kat kedai mamak……tuan punya resepi jangan marah tau..akak modified sikit….

Bahan-Bahan

1. 1kg udang (akak masak tak sampai sekilo pun)dibersihkan.
2. 3 sudu makan serbuk kari ikan (akak guna babas)
3. 2 sudu teh biji sawi(akak gunakan tumisan ikan…ala..yang ada campuran halba, jintan putih & biji sawi tu)
4. 2 biji bawang besar (1 akak dadu..1 akak potong bulat)
5. 2 senduk besar cili giling (akak masukkan 2 sudu makan aje)
6. 1 sudu makan tomato puri (stok tak ada..tukar 4 sudu makan tomato sos)
7. 2 biji tomato (satu akak potong dadu..satulagi potong bulat)
8. daun kari
9. garam
10.1 sudu teh serbuk kunyit
11. 2 tangkai daun kari

Akak tambah

1. 5 biji bawang merah dikisar/tumbuk
2. 4 biji bawang putih di kisar/tumbuk
3. 1 inci halia di kisar/tumbuk
4. 1 sudu teh jus asam jawa…

Cara-caranya

1. Gaul udang dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng sebentar..

2. Angkat dan gunakan minyak yang baru..tumiskan tumisan ikan dan daun kari…part ni yang best ni….(bau dia punyalah harum)… lepas tu masukkan juga bahan kisar, bawang besar dan tomato yang telah di dadu. Kacau sebentar.
3. Masukkan cili giling dan rempah ikan sambil di kacau dan kecilkan api..masukkan air sedikit..biarkan selama 5-10 minit sambil di kacau. Masukkan juga garam.
4. Setelah tumisan naik minyak, masukkan sos tomato dan biarkan pekat sedikit baru masukkan udang, bawang besar dan tomato.
5. Masukkan jus asam jawa dan terus padam api. Sedia dihidangkan..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s