Sup Tulang

Sup tulang…memang kegemaran akak tau……bestkan dapat makan sup bila cuaca sejuk..makan panas-panas…kalau bihun di campur sup jadilah bihun sup.. mee di campur sup jadilah mee sup……kalau makan dengan nasi ….nak panggil apa ye….sup nasi atau nasi sup…..suka hatilah nak makan macam mana…sejak dah kawin dengan orang johor ni…kalau makan sup mesti ada sambal kicap….
Masa tinggal di Jakarta…ada seorang kawan di sana kalau masak sup dia mesti buang air rebusan yang pertama…katanya nak buang segala kekotoran…..jadi sup di agak jernih sedikit..kalau akak pulak…suka yang macam ni…….
Bahan-bahan
  • 1kg tulang lembu (kalau nak tulang kambing pun best)
  • 1 biji bawang besar (di potong dadu)
  • 6 biji bawang kecil (kisar)
  • 4 biji bawang putih (kisar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • 1 sudu teh lada hitam(tumbuk halus)
  • 1 kiub stok daging maggi
  • 3 sudu besar rempah sup
  • 1 peket sup tulang adabi
  • 2 biji ubi kentang
  • daun sup dan daun bawang
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu makan jus asam jawa

Bahan tumis
  • 3 biji bawang kecil di hiris halus
  • 1 biji bawang putih di hiris halus
  • 1 batang kayu manis
  • 3 biji bunga cengkih
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga

Cara-cara

  1. Basuh tulang…masukkan air hingga 2x ganda dari tulang dan rebus. Bila mendidih..kecilkan api dan tutup dengan penutup.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumisan termsk bawang besar.
  3. Setelah berbau wangi masukkan bahan yang telah di kisar termasuk lada hitam.
  4. Masukkan juga sup bunjut adabi dan rempah sup yang telah di campur dengan sedikit air.
  5. Tumis sehingga naik bau dan masukkan kedalam sup tadi.
  6. Ambil akar daun sup dan daun bawang..basuh bersih dan masukkan kedlm sup.
  7. Masukkan juga stok daging. Akak kalau rebus selalunya 1-1 1/2 jam bergantung kepada tulang apa yang kita guna..kalau tulang rusuk..cepat empuk..kalau tulang leher…memang lama nak rebusnya..tapi yang sedap tang nilah…
  8. Setelah daging empuk baru dimasukkan ubi kentang.
  9. Biarkan ubi kentang empuk dan masukkan garam.
  10. Selepas itu masukkan jus asam jawa dan terus tutup api.
  11. Taburlah dengan daun sup dan daun bawang..kalau rajin…hiris lagi 4 bawang kecil dan 1 biji bawang putih.kemudian gaul dengan tepung jagung…barulah bawang goreng tu tak lembek…. tabur bawang goreng buatan sendiri ……..lagi best………….


p/s kadang-kadang akak masukkan lobak merah dan celery. Kalau rajin lagi buatlah pegedil…..akak malas nak buat masa ni……

2 thoughts on “Sup Tulang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s