Roti Naan Lagi

Makan roti naan ni bestlah…tak macam roti canai…berminyak… roti ni memang bagus untuk kesihatan kerana rendah kolestrol……sesuai untuk peringkat usia macam akak ni….

Kali ini akak gunakan resepi orang lain pulak …Resepi DianaA dari My Resepi……makan pula dengan Udang Masak Malbari ….. resepi dari Ummi kat Kuantan tapi akak salin dari rumah Hana kat Jepun tu….

Bahan-bahan

1. 4 1/2 cawan tepung gandum
2. 1 peket yis kering (akak suka guna mauripan)
3. 2 sudu teh gula
4. 1 cawan air suam
5. 1 biji telur (dipukul dulu)akak guna gred A
6. 1 1/2 sudu teh garam
7. 1 sudu teh baking powder
8. 2 sudu besar minyak zaiton/mentega cair/minyak sayur
9. 4 sudu besar tairu (tairu tak ada kat rumah)akak ganti dgn susu cair campur 2 biji limau kasturi…biarkan dalam 5 minit..jadilah tairu
Cara-cara

1. Masukkan gula kedalam air suam.Kacau baru masukkan yis.
Tunggu 5 minit hingga berbuih (kalau berbuih tanda yis tu masih elok lagi)
2. Masukkan tepung gandum, garam, baking powder. Gaul sebati.
3. Masukkan minyak zaiton, telur dan campuran yis tadi.

4. Uli sehingga lembut dan licin.

5. Tutup dengan plastik dan biarkan naik sekali ganda.
6. Oleh kerana nak cepat…..pasal anak nak pergi ke sekolah…lepas tu pulak hari hujan..cuaca pulak sejuk…terpaksalah di masukkan ke dalam oven…cepat pulak naiknya…dalam 30 minit..dah 2x ganda.

7. Nilah rupanya adunan yang dah naik 2x ganda. Bahagikan adunan dalam 70gm setiap satu. Akak tak timbang pun..pakai agak-agak aje..dapat banyak jugak dalam 12 biji.

 
Canai dan boleh bolehlah di bakar dia atas non stick pan. Kalau keluar gelembung kecil tu tandanya roti naan jadilah tu…


 Anak lelaki akak letak cheese macam ni….


Ini akak punya….jemput makan ye…

p/s Rasanya resepi ni sedap dari yang pertama dulu…. Lebih lembut dan ada rasa masam-masam sedikit….mungkin pasal letak tairu…Kalau tak habis..masukkan ke dalam peti ais dan di balut dengan plastik ataupun aluminum foil.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s