Kek Coklat Kukus

Kek ni buat masa hari jadi suami tersayang…dah tuakan umur dia… dia lahir bulan jun..tenguklah macammana decoration akak tu…comot…first time isteri dia buat sendiri..
resepi ni sumbangan dari nor my resepi…

Bahan-bahan

250gm mentega
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
4 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan susu segar suam
3/4 serbuk koko
1 1/4 tepung gandum

Coklat Ganache

150gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas
1 sudu besar mentega

Cara-cara

Gris loyang dengan butter dan tepung.
Panaskan kukusan. Ayak tepung gandum dan serbuk koko.
Pukul mentega bersama gula castor dan gula perang hingga kembang.
Masukkan esen vanila dan kacau sebati.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga kembang dan gebu.
Masuk tepung yang telah di ayak dengan serbuk koko.Kaup balikkan biar sebati.
Masukkan dalam loyang, tutup dengan alumanium foil dan kukus sehingga 1 1/2 jam.
Biarkan sejuk dahulu sebelum di hiaskan.

Untuk membuat choc ganache

Dadukan coklat masakan kecil-kecil.
Masukkan juga air panas dan susu pekat.
Masak secara double boiled sehingga coklat cair.
Padamkan api dan masukkan mentega sehingga cair dan kacau sebati.
Tuangkan keatas kek yang telah disejukkan.
Hiaskan ikut selera sendiri.

Suami sedang potong kek buatan isteri dia….semuga berkekalan rumah tangga kita ye bang… dan diberikan kesihatan yang baik…dan anak-anak kita berjaya di dunia dan akhirat…amin….amin..amin…..

Posted in Kek

2 thoughts on “Kek Coklat Kukus

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s