Nasi lemak

Nasi lemak buat bidara
Sayang selasih hamba turut
Buang mak buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan
Hari sabtu akak masak nasi lemak…sambal tumis ikan bilis petai dan ayam goreng berempah..
Masak sekali sampai ke petang..nak bawak anak-anak yang 2 orang tu gi pertandingan mewarna anjuran Honda di Mid Valley….Rasanya semua pandai masak nasi lemak ni…ni nasi lemak versi akak…..tak guna daun pandan.

Bahan-bahannya

  • 4 pot beras (cawan)
  • 1 biji kelapa (ambil santannya)
  • 1 batang kayu manis, 2 biji bunga lawang dan 2 biji bunga cengkih
  • 1 labu bawang besar, 2 biji bawang kecil dan 2 biji bawang putih
  • (dihiris halus)
  • 1 sudu teh garam


Cara-caranya

  1. Beras dibasuh dan tos airnya. Masukkan santan separas beras tapi lebihkan sedikit.
  2. Masuk semua bahan diatas.
  3. Masa memasak nasi ni akak selalu kacau (akak gunakan periuk letrik aje)
  4. Selepas masak tunggu sehingga 10 minit sambil di kacau lagi…
  5. Selepas tu bolehlah di hidang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s