JOM JALAN-JALAN (1)

Ni lepas dari pintu masuk…peniaga asongan (peniaga jalanan)takboleh masuk kat sini…….ada orang jaga…

Ni masa kat bawah lagi ni..belum capek lagi (penat)masih boleh senyum lagi….

Ni muka dah penat..nak senyum pun dah tak larat dah…….
Hari ni nak cerita pulak jalan-jalan ke Yogyakarta, Jawa Tengah, Indonesia.

Masa akak tinggal di Jakarta..akak dapatlah jalan ke sini.Kami bertolak dari Jakarta pagi-pagi lagi. Masatu cuti hari raya cina( kat sini di panggil Tahun Baru Imlek) bulan Februari 2006, pergi pulak last minute punya pogram. Sebab tiket kapalterbang (kat sana panggil pesawat) dan habis cuma tinggal tiket keretapi..kamipun tak ada pilihan lagi. Nak naik bas tak sanggup pulak rasanya pasal pergi dengan satu pasangan malaysia yang ada 3 orang anak yang masih kecil.

Dari rumah di Kuningan kami bertolak dalam pukul 7.00 pagi. Naik teksi ke stesyen(stasion) keretapi di Gambir, Jakarta (disana panggil kereta dan kereta pulak panggil mobil).Kononnya ambillah tiket executive pergi dan balik tiket bisnes. Sampai kat situ punyalah ramai orang..yang nak bercuti..nasib baik tpt nak naik yang keretapi executive tu ada lorong dia sendiri. Jadi tak payahlah berebut. Ingatkan mcm dalam kapal terbang tu rupanya.dan pun executive dan harga tiket yang mahal…rupanya mcm naik keretapi di malaysia aje..cuma tempat duduk dia besar sikit.. dan makanan dan minuman yand disediakan pula……bolehlah untuk menahan lapar dan dahaga. Nasib baik ada bawak bekal nasi goreng dan air kotak..jauhnya..anak-anak dah penat dalam keretapi..tidur dah..main dah..makan dah..tak sampai-sampai lagi…

Setelah menempuh perjalanan dari jam 8.00 pagi hingga ke pukul 3.30 petang (jauhkan)
pekerja hotel telah tunggu di stesyen keretapi Tugu. Kami semua menginap di Hotel Saphir Yogyakarta. Masa tu pemandu tu tanya :-
Pak Supir : Bapak mahu mobil ngak…Kalau bapak mau..saya bisa urusin…
Kata N :-Mobilnya bagus ngak…Harganya berapa?
Pak Supir : Kalau bapak mau…saya ada teman..mobilnya jenis kijang (mcm unser tapi yang lama)..Harganya bisa di tawarin….
N : Bapak bagi aje no h.p.nya..nanti saya akan tanya sama dia…
Pak Supir : Ni no h.p.nya..Nanti bapak bagitau nama saya ya..ni kad saya..(dia ni dpt komisen nanti)
Kami malas nak cari lagi van ni pun setuju aje. Dia pun bagi no phone. Selepas mandi N call orang yang setuju nak sewa van dia. Harga dalam Rp250,000…Setelah berbincang kami setuju
dengan harga ni…Dah tak boleh tawar menawar lagi..
Dah settle dah pasal pengangkutan nak jalan-jalan untu esok hari. Lepas maghrib kami di bawa makan ke satu tempat yang di panggil Rumah Makan (sebenarnya restoren) dalam 2 km dari hotel tu. Memang sedaplah…Makan ayam kampung dan nasi berserta sambal belacan (sambal terasi).
Bila sampai bil…hem…msg-msg tergelak..ingatkan mahal sgt pasal kami makan ayam dalam 4 ekor (kan ayam kg kecil) rupanya murah giler…tak apalah mcm tu…jimat belanja…

Nak balik ke hotel, van hotel dah balik. Pasal kami tak suruh tunggu. Jadi pasangan N dan L berserta anak dia tak larat nak jalan kaki balik ke hotel. Diaorg naik teksi.Akak sekeluarga jalan kaki aje..saja nak tgk pemandangan malam. Sepanjang jalan tu tkg beca ashik panggil aje..agaknya dia hairan..apa pasal bawak anak kecil jalan malam-malam..dia orang tau kami orang luar..pasal kat sana mana ada orang pakai tudung stail akak pakai….tapi kami buat tak tahu aje…Letih jugak jalan malam ni..singgah beli kacang rebus dan jagung bakar. Sampai ke bilik semua cepat tidur pasal dah penat.

Hari kedua…..Masa tu van yang dibooking dah ada depan hotel. Lepas bf kami pun ingat nak jalan-jalan ke Candi Borobodur dan Candi Pramban…sebenarnya banyak candi di jogja…..tapi yang popular 2 candi ni. Masa tgk van ni dari luar okey aje…..tapi bila dah jalan…alamak aircond kat tpt penumpang rosak. Terpaksalah bukak tingkap..Kami semua dah naik angin..suruh tukar aje van yang lain. Mungkin dia org ni saja nak sabotaj kami..dia kata van lain org lain dah book…

Sambil merungut tu…dan kepanasan dalam van…sampailah di Candi Borobudur kat Magelang.Kat Borobudur ni tempat sembahyang orang Buddha..Bila Hari Wesak..penganut dia sambut secara besar-besaran. Nak masuk sini kena bayar dalam Rp9,000.00 (Rm4.20) masa dulu.. Kalau org tempatan harga lain..kalau org luar seperti pelancung mat salleh lagi mahal harganya..berganda-ganda. ..banyak pulak beza tu….nasib baik tukang supir (pemandu) baik hati..dia belikan tiket utk harga org tempatan. Baru aje masuk ke dalam…….aduh dah di serbu oleh peniaga asongan dan pengamen
(peminta sedekah)… peniaga ni nak suruh beli barangan cenderahati dan sewa payung (hairan jugak buat apa dia org ni suruh sewa payung).Yang pengamen pulak minta sedekah… Kalau boleh jangan di layan peniaga asongan dan pengamen ni..kalau beli kat satu peniaga..berduyun lagi yang datang..lagi satu jangan nak beri sedekah kat sini..bagi kat seorg..nanti ramai yang datang.. Pasangan N dan L sewa payung pasal dia ada anak dia kecik atas kereta sorong bayi tu. Kita org ni berlagaklah konon..malas nak sewa..pada hal bukannya mahal pun…Rp2,000 dalam RM1.00. Mungkin masa cuti..jadi orang agak ramai.

Suami akak malas nak naik atas..dia tunggu kat bawah aje..Kesian tgk N sekeluarga..Dahlah tempat tu tinggi…. dgn kereta sorong bayi yang berat..Pelan-pelan akak memanjat dgn anak akak.. Tgk-tgk tingginya lagi… . cuaca mula panas terik ..Patutlah dia org buat perkhidmatan sewa payung..rupanya memang payung tu berguna untuk menahan pancaran matahari..Padan dgn muka akak..Tadi berlagak.. Aduh naik longgar kaki akak…tapi tgk pasangan tu boleh naik dgn kereta sorong dan anak kecil lagi..akak pun kena kuatkan semangat. Sebenarnya candi ni candi buddha..kalau hari wesak….orang buddha sembahyang kat sini…Disekeliling tu penuh dgn ukiran patung-patung. Kalau nak penterjemah kena bayar tau..Tapi kena pandai tawar menawar..Kalau diaorg tgk org luar lagi dia org cekik harga. Tukang ambil gambar pun ramai.

Berpeluh dah atas bawah..barulah sampai kat atas…Hush…nasib baik pemandangan cantik….Masa tu tak ada kamera..harap belas ekhsan pasanganni…Kalau tidak..orang tak percaya yang akak dan anak dah sampai di 7 tempat ajaib di dunia..Dah puas bergambar akak dan pasangan N turun….kalau nak turun gunakan balik jalan masa naik ni…kalau tidak nanti sesat…..Nak turun laju pulak tu..Cari tempat orang jual air…Dah minum kemudian jalan-jalan kat tempat orang jual barangan cenderamata..belilah baju t-shirt dan benda yang banyak dijual adalah replika borobodur dan replika kepala buddha….(ni akak tak beli…pasal hb tak bagi)

Dah keluar dari tempat tu pun kena serbu lagi dgn peniaga jalanan ni…nasib baik pemandu tu bawak van cepat..kalau tidak..tak tahulah..dia orang mcm memaksa kita suruh beli…Iyelah dia orang cari makan dengan cara ni….Perut pun dah lapar..suruh pemandu cari tempat makan yang best..dia bawak gi tempat makan di tepi jalan..best..tepi sawah padi…bersih dan duduk atas lantai aje..(lesehan)..Rasanya dalam jalan-jalan cari makan akan tunjuk tempat ni. Ikan yang popular kat sini ikan gurame (ikan kaloi) dan ikan keli (dipanggil ikan leleh). Kami suruh tkg masak bakar ikan ni… dan cicah dgn sambal yang disertakan dengan timun…..dan kacang panjang mentah….yum..yumm..memang sedap .Pastu order pulak ayam kampung…kat sini memang guna ayam kampung… jarang jumpa orang jual ayam bandar…anak-anak pun suka makan ayam….ayam tu digoreng dan akak teringin nak makan sup buntut (sup ekor). Air pulak air es dawet (mcm cendol) es jeruk (air limau) dan air alpukat (ovacado campur coklat).dan juga es teller (segala jenis buat ada kat dalam ni..mcm kelapa..nangka…).Kat sini avacado murah giler….Yang bagusnya ..ada tempat solat Memang kelas makanan dan kebersihan kat tempat ni..Pasal kalau tak biasa makan dan kebersihan tak di jaga seperti makan di sebarang tempat..kalau perut tak tahan….alamat kena cirit birit..kalau gi sini kalau boleh beli air dalam botol..jangan suka-suka minum air tepi jalan..ni nasihat akak…pasal banyak dah orang terkena penyakit ni..almaklumlah kalau dah kena cirit birit..tak boleh buat apa- apa..nak jalan-jalan pun dah tak larat…ashik ke toilet lah jawabnya….Sayang si N tak ambil gambar masa kita orang makan kat sini. Selepas perut kenyang dan solat kami pergi ke satu lagi candi yang popular..Candi Prambanan…

Candi Prambanan ni letaknya tak jauh dgn candi borobodur .Ni tempat sembahyang orang hindu zaman dulu. Nak masuk kena bayar jugak tapi taklah mahal mcm kat Candi Borobudur.. dalam Rp8,000.00 (RM3.00) .Kat sini ada 3 candi yang terbesar..Candi Sewo, Candi Plaosan dan Candi Kalasan..yang bestnya kat sini tak ada gangguan dari peminta sedekah dan peniaga asongan…Mcm-mcm makanan ada di jual kat sini..tak akak tak ada seleralah nak makan…Kat sini orang tak seramai di borobudur.Tapi tempat dia lagi luas…jalan memang penatlah….yang bagusnya tak payah panjat memanjat…Oleh kerana hujan kami terpaksalah sewa payung…Dah puas bergambar…kami ke tempat jualan cenderamata. Belilah skt-skt cenderamata sebagai kenangan…

Dalam perjalanan balik badan dah penat..Akak ambil kesempatan mengurut seluruh badan kat dalam bilik di hotel..murahnya..best pulak tu..masa tu hb dan anak-anak kena duduk luarlah…..Lepas makan..apalagi tidurlah…. ….nanti sambung lagi ye cerita ni….
Anak akak dan anak L berangan macam pengawal istanalah pulak…

Ini ajelah gambar yang ada…nanti sambung lagi ye ……..Tung..guu…….

p/s Nasib baik akak pergi awal..kerana pada 27hb. Mei 2006..Yogyakarta di landa gempa bumi..Candi Prambanan ni rosak teruk….kena repair balik…Kalau tidak ..dapat rasa macammana rasanya gempa bumi………A……tak mahulah kena gempa bumi..Takut….Kawan hb 2 orang kena gempa ni…bila dia org gi lawat kat sana…Alhamdulliah…mereka terselamat….Tak dengar pulak cerita dari 2 orang ni..pasal tak jumpa lagi……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s