musim org kawin

Gambar Perkawinan Anak Saudara di Johor


Biasalah tu…kalau tak ada makanan berdamai ..mana bolehkan….lepas ni akak dapatlah cucu saudara lagi satu….

Tenguklah muka akak ni….orang selalu complain ….muka tu macam nak marah aje….rasanya dah senyum lebar tu….

Anak saudara yang kecil-kecil pun nak ambil gambar jugak…..

semua ni mak saudara pengantin…………..tema hijau be……….

Mak-mak saudara mengisi berkat untuk di bawa pulang…biasalahkan….lebih-lebih lagi masyarakat jawa……mak dan ayah pengantin orang jawa…..
Kebetulan kakak pengantin buat hari jadi anak dia……..nilah salah satu cucu saudara akak….dah dapat title Neneklah pulak………..Si kecil ni panggil Nek Da (muda selalulah jawabnya)perasanlah akak ni………..

Majlis Kawin di Dewan Felda

bilalah nak bukak penutup ni…perut dah berkeroncong….

Anak teruna pasal dah kelaparan…minum air dulu banyak-banyak…………..

Anak dara akak pun ambil gambar jugak…….

Si imran dah boring tahap gabanlah tu………….

Sebelum balik jumpa adik pengantin perempuan dulu…………selepas tu keluarga dia…..

Lawakan pengantin…mana ada pengantin tak lawa..betul tak?

Tenguklah pelamin………lawa giler………..



Ni dah lama dah simpan gambar ni….saje nak show kat sini..masa tu tak ada blog lagi….majlis perkawinan ni di adakan kat Dewan Perdana Felda…..anak Dato’ kawin..mestilah grand…tapi semuanya ikut acara………………hb malas nak gi majlis kawin cara macam ni…….lambat dapat makan katanya…………….tapi akak cuba juga ajak lagi…………….


jomlah bang gi sini…ina masak cincai hari ni….bila lagi nak merasa makan tpt orang kaya ….
malaslah…dah tentu makan ikut time…abang tak berapa suka mcm tu….
okeylah macam tu…abang tinggal seorg aje tau…anak-anak semua ina bawak….

anak-anak dah excited…first timelah nak makan kenduri mcm ni..kita ni kan org biasa aje…manalah pernah gi majlis mcm ni….
bertolak lepas maghrib….sampai kat sana orang pun belum ramai lagi…jadi senanglah nak parking….jadi satu masalahlah pulak nak cari meja nak duduk…kang main duduk aje..nanti kena halau…..tiap-tiap meja ada tanda….dari mana..dan sape….
lama-lama tanya kat waiter kat situ….

dik…boleh duduk mana-mana…..
tak boleh kak….semua dah ada nama..

pastu dia bagi tau ada meja untuk tetamu dari kenalan rapat ibu pengantin….akak dan anak-anak pun duduk kat situ……si imran tenguk makanan dah ada kat meja…mula dia membebel…………

apa pasal tak boleh makan lagi mak? Im dah lapar ni…..
eh..mana boleh…sini nak makan ikut time……tulah tadi kat rumah suruh makan dulu tak nak..kan sekarang ni dah lapar………..

yelah….budak-budak ni…bila dengar nak pergi rumah orang kawin…terus tak makan kat rumah.
kan selalu gi majlis kenduri kawin..terus beratur ambil makanan dan terus ngap…akak suruh dia makan kacang dan air yang disediakan………tenguk jam dah pukul 8.30 malam…tak datang lagi pengantin ni………….pengantin sampai dalam pukul 8.45 malam..lepas tu ada upacara renjis merenjis oleh ibubapa pengantin dan tetamu jemputan, kemudian acara ambil gambar lepas tu barulah ……..pengantin turun dari pelamin ..gi kat meja untuk makan berdamai………..barulah pelayan datang bukak bekas makanan tu…..dan bolehlah mula makan..perut dah lapar….tempat pulak sejuk…..memanglah laju aje makan..dah tak toleh kanan dan kiri……..si imran makan berselera betul…….siap tambah lagi………nasib baiklah boleh tambah..kalau idak……….balik kena cari kedai makanlah jawabnya………….

dengar cerita dekat rm70,000.00 beb…belanja majlis kawin ni…aduh boleh beli honda jazz…

akak tanya mak pengantin….

kak idah ..nak tanya jangan marah…mahal tak belanja nak buat majlis kawin ni….
hem….sate….menantu akak sponsor…..khemah abang mansur punya duit…belanja makan pun
duit abang mansur…gedebak gedebuk…..semuanya tak sampai pun rm6,000…..

amboi bezanya majlis perkawinan dua pasangan ni….tapi terpulanglahkan….kalau banyak duit lebih…… bolehlah buat secara besar-besaran….nak buat kat hotel ke ….kat taman ke….macam artis kawin ke……kat tepi laut ke …….semua boleh……..kalau kewangan tu maintain aje….buatlah macam orang biasa buat….sederhana………kalau duit pulak terhad…..nak jugak buat secara besar-besaran…..macamana pulak……………lu fikirlah sendiri..(pinjam kata nabil)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s