kenangan masa dulu

nilah satu-satunya gambar yang ada kat rumah akak sekarang ni…..masa ni umur entah berapa tahun?mungkin dalam 5 atau 6 tahun kot?

gambar kenangan masa kecil banyak yang terendam masa kuala lumpur banjir besar tahun 70..an…..almaklumlah masa tu rumah akak kat kg puah hilir, setapak…….kat belakang dia sungai…jadi bila hujan lebat aje..banjir pun melanda…

nanti nak gi ziarahlah balik ke rumah jiran lama….nak snap balik gambar yang ada kat rumah dia org..doa-doa adalah gambar tu….

kami 3 beradik waktu kecil dulu kena tinggal kat rumah orang…..pasal mak dan abah kerja…dari kecil lagi dah tinggal kat rumah mak angkat kat kg abdullah hukum…(skrg ni dah didirikan kompleks beli belah mid valley.)…..abah dan mak jumpa kami bertiga hari sabtu dan ahad aje..

pasal mak masa tu selalu kena kerja shift…mak kerja kat malaysian tabaco sg besi..skrg ni mt ni dah pindah ke petaling jaya… dan nama pun dah tukar lain dah….mak kdg-kdg kerja pagi…kdg-kdg kerja petang…jadi nak menyenangkan mak (agaknya kot) kami duduklah kat situ dari baby sampai umur 5 atau 6 tahun barulah merasa balik duduk dgn mak dan abah balik…abah dah buat rumah masa tu kat kampung puah.. setapak…..

abah pulak kerja kedutaan british kat jalan tun razak…masa tu kedutaan tu taklah besar mcm skrg…masa mak kawin dgn abah…atuk dan wan (mak dan ayah abah kat melaka)tak suka…
pasal dia org dah ada pilihan sendiri….mak sebenarnya anak cina(nanti akak tunjuk gambar mak masa kecil)….di bela oleh keluarga melayu…kakak angkat mak (akak panggil mak su …dah arwah dah…alfatihah)yang dah bersuamikan org gomen..hb dia pegawai besar masa tu. (masa tu kalau org gomen..org pandang tinggi)pun tak suka dgn abah…pasal mengurat mak masa mak tengah sekolah….mak akak terror tau….cakap bahasa inggeris berabuk..akak pun tak pandai macam mak…..mak sempat ambil periksa lce (mcm pmr)..kat methodist girl school (MGS)… dan dapat keputusan yang bagus….masa tu kalau dah lulus lce mcm dah pas spm…jadi mak su suruh mak ambil periksa mce (mcm spm)….kononnya nak adik angkat dia berjaya …dan mendapat pekerjaan yang bagus….

mak agaknya dah jatuh cinta dgn kehandsomean abah (agaknya)tak nak lagi sambung belajar..mak su marah sampai tak mengaku adik dan tak nak jumpa lagi dah dgn mak akak….tapi mak tak peduli tu semua…mak mempertahankan juga cinta dia dan akhirnya memang dah jodoh mak dan abah mereka pun berkawin…mula-mula kawin menyewa rumah kat kg abdullah hukum..sampailah dapat anak 3 orang (rapat pulak tu..setahun satu….)

lepas perkawinan yang tak di restui keluarga..dan ada anak pun mereka tak nak jumpa mak dan abah…. nasib baik mak tinggal jiran yang baik hati dan sudi menjadi mak masa mak dalam pantang…..jadilah saudara angkat…mak angkat akak ni (panggil busu maya) masa tu belum kawin lagi..dia tinggal dengan ibu yang telah tua dan se orang abang…mereka 2 beradik aje…bapa mak angkat ni telah lama meninggal dunia….mereka ni pun asal dari tanjung keling melaka..

masa tu kg abdullah hukum ni jauh jugak dari tpt kerja mak dan abah..sebab tulah mak dan abah pindah ke setapak selepas melahirkan kami..tinggallah kami dibela oleh busu ni..bukan free tau..tiap-tiap bulan dibayar….alhamdulliah mak angkat akak ni jaga kami 3 beradik dengan penuh kasih sayang……

stop dululah….nanti cerita lagi…..

p.s…mak tak cerita pun kisah dia ni…paklong (sepupu abah yang cerita) mak malas nak cerita kisah menyedihkan ni….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s