anak terunaku

Ni anak kedua ku…Firdaus namanya..panggil daus aje…dah 20 tahun umurnya…sekarang masih belajar di salah satu ipts di kuala lumpur…dalam ramai-ramai anak…melahirkan dialah yang paling meyakitkan dan membuatkan akak rasa serik nak bersalin lagi..tapi dah qada dan qadar allah swt… umur dia dia lebih kurang 5 bulan akak mengandungkan anak ke 3….Ni akak ceritakan pengalaman melahirkan dia……

Masa lahirkan firdaus kat …. hospital bersalin kuala lumpur..akak dah berhenti kerja sebagai kerani kat kementerian kesihatan ….jadi suri rumah tangga….hb pulak masa tu gaji dia kecil lagi..tak mampu nak bersalin di hospital swasta…..dah tak kerja gomen org pun tak pandanglah akak ni…masa bersalin anak yang sulung dulu…hem..layanan punyalah bagus(nanti akak ceritakan lainkali)

masuklah wad ke 3…campur mcm-mcm bangsa…kalau nak di ikutkan akak tak kisah..tapi tahap kebersihan dia..memang teruk…..mcm-mcm bau ada..sink pulak kotor…masa tu 20 tahun yang lepas….mungkin sekarang ni tak lagi kot..mungkin dah ada perubahan…..dahlah siksa nak keluarkan firdaus tu…sakit punyalah lama..masa nak teran bidan tu kata jangan teran…tunggu msk labour room..akak merungut dalam hati aje…tak berani nak kata apa-apa..lagi pun akak masih muda lagi….orang kata..jangan lawan…nanti kena sembur balik….nanti dapat malu lagi adalah….

Sakit bersalin ni mana boleh tunggu..bukan macam nak buang air besar ke…masa tu atas troli lagi..dah tak tahan sangat dah…resa nak meneran pun pun dah ada…..
…..akak pun teranlah……nurse kata jangan teran dulu..dia marah-marah…akak mana boleh tahan…akak teran jugak…rasanya kepala dia dah keluar …nurse/bidan tu dah merungut-rungut.. sampai kat labour room tu akak tgk muka nurse/bidan mcm nak marah aje…tak tahulah apa sebabnya…. ….kena pulak bangun pasal nak tukar ke katil di labour room..lepas tu barulah dia orang suruh teran..akhirnya akak pun selamat melahirkankan dia tanpa sebarang masalah……alhamdulliah….

agaknya mood nurse/bidan tu tu tak baik….masa nak jahit tu…muka dia dah masam semcm….
dia jahit punyalah ketat…..sakit o…..akak ckp sakit.. tak bubuh ubat bius ke…dia buat tak dengar aje…..nak buat macam mana….tahan ajelah..sampai meleleh air mata…..

dah keluar dari labour room tu dihantarlah ke wad 3 ni…akak dah nak menangis dah…pasal firdaus ni keluar nak dkt tengahari …perut dahlah lapar…..sakit kat bawah lagi…rasa letih semacam..hb pulak tak datang lagi……kebetulan ada seorang kakak di sebelah akak tanya……..

kenapa dik…..
sakitlah kak…lapar pulak tu….
keciannya…ada bawak termos tak?
ada….tapi tak ada air….
akak buatkan air milo….nak tak..
nak kak..tak tahan lapar dah ni….pas tu aku mintak tolong akak tu tolong call hb bagi tau akak dah bersalin….dahlah duit tak ada….akak tu gunakan duit dia…tuhan aje yang yang balas budi akak tu….barulah lega lepas minum air milo tu.tapi sakit kat bawah makin teruk rasanya…dah tak boleh lagi duduk mcm biasa..kena duduk senget…….beralaskan bantal…

hb sampai…….. dia bawak makanan..pasal akak suruh kakak tu bagitau dia suruh bawak makanan ..akak dah lapar giler ni….lepas hb azankan firdaus ni….dia tgk akak menyeringai aje….
kenapa ina ? sakit ke?
a..arlah …nurse tu jahit ketat sangat….nak duduk pun susah…
habis tu cammana?apa-apa pun makan dulu ye?
yelah…lepas makan ni ….ina nak mintak baliklah….sakit sgt ni…
nanti abg tanya nurse dulu…..
dia pun gi kat kaunter kat wad tu……tanya boleh balik ataupun tidak….

nurse kata kalau baby dah buang air besar dan kecil baru boleh balik…
tapi seblm balik doc nak check kat bawah tu dulu….
okeylah mcm tu…..

tak lama nurse panggil akak gi tpt bilik doc tulah..dahlah jauh…mengangkanglah jugak akak
jalan….masuk situ lagi haru…..kena seluklah pulak…menangis dalam hati..adusmak sakit wo…pasal nak sangat balik..terpaksalah buat mcm tak sakit..doc kata okey no problem…baby dah kecing dan buang air tak?
akak tipu doc tu…kata dah…memang dia dah kecing tapi belum buang air besar kagi…..
gi balik kat katil suruh hb phone kakak suruh datang ambil akak dihospital…hb takut nak pegang baby tu…dia kata leher baby ni lembek…dah masuk anak ke 2 pun hb akak masih takut lagi…

kakak pun sampai dgn mak…pack barang…nak turun ke bawah tu ..nak berjalan punyalah siksa ……masa tu tak ada kereta lagi..jadi naik ajelah teksi…nasib baik bila turun bawah teksi dah ada..
dlm teksi lagi haru..kan naik teksi jalan hentak-hentak..puaslah akak letak tangan bawah punggung nak menahan sakit dek jahitan tu….

sampai rumah…lega…baby mak bela..pastu mak suruh lumur dgn manjakani kat tempat jahit dan cebuk dengan air rebusan jambu batu….lama jugaklah nak sembuh…alhamdulliah selepas seminggu luka jahitan tu bertambah baik…..inilah pengalaman bersalin yang paling meyedihkan dan menyakitkan………..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s