Restoran Nur Kasih Raihan Brinchang Cameron Highland

Assalammualaikum
 

Sedap nama restoran yang kami singgah untuk makan malam di Brinchang ni. Mula-mula nak makan kat pekan Brinchang tapi punyalah payah nak cari parking dalam suasana hujan sepanjang malam.

Akhirnya kami berhenti di restoran yang terletak di bahagian bawah Hotel Titiwangsa  menghala ke Tanah Rata sebab parking senang kat sini.

Hirup tomyam bila cuaca sejuk memang menyamankan
kailan ikan masin…sedap di makan bersama nasi putih yang panas
Telur Bistik
Udang goreng kunyit..4 ekor udang RM4.50..mahal rasanya
Ayam pedas..kira ok lah sebab rasa masakannya sesuai dengan tekak akak. 
 
Semua sekali termasuk air dalam RM40 lebih..kira oklah kan..yang 
akak suka sebab tandasnya bau wangii…

Kami singgah di pasar malam Tanah Rata, tapi sayangnya banyak tak buka..mungkin sebab hujan kot.  Tak beli apa-apa pun kat situ.

Beli barangan cenderahati di area pekan Tanah Rata sebab banyak pilihan..semuanya bentuk strawberi dan warna kegemaran akak merah dan pink..i likeeeeeeeee

Kalau jejalan bawa payung memang terasa agak payah sikit..dahlah sejuk kat Cameron ni..tambah lagi hujan sepanjang malam..memang kena pekena secawan kopi di bilik sebelum tidur barulah lena.