Biskut Bangkit Cheese


Oleh kerana tergiur dan kebetulan pulak bahan ada kat umah..akak pun buatlah biskut bangkit cheese ini.  Memang sodap dan meletuplah.


Akak ambil respi dari http://homekreation-recipes.blogspot.com/..memang cair di mulut bila makan biskut ni.

(rasanya 200 keping ada kot)
BAHAN-BAHAN

  • 250gm Mentega
  • 180g Gula Aising
  • 2 biji Kuning Telur
  • 250gm Tepung Ubi – sanggar 10 min
  • 225gm Tepung Jagung
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh garam
  • 70g parutan keju cheddar
  • Sedikit Paruan Keju – utk hiasan-tak buat


Cara-cara

1. Pukul mentega dan  gula sehingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan  pukul sehingga sebati.
3. Masukkan bahan-bahan kering.
4. Canai dan  terap.
5. Tabur parutan keju atas setiap biskut.
6.  Bakar 160C 15 minit-20 minit-bergantung kepada oven masing-masing.