Kenangan Ke Bandung

Walau gambar-gambar ni dah lama dan basi akak saje nak cerita pasal kenangan masa kat sana….Bila tenguk gambar member-member cyber gi bandung akak pun teringatlah balik….masa ni masih di tangkuban parahu lagi….pergi kali pertama kami sekeluarga sampai ke indonesia…..lepas tu kami turun balik ke bandung cari hotel nak tidur semalam…pergi dengan pak supir…masa ni belum ada kereta sendiri lagi..guna van kijang office suami akak…tak booked pun hotel…pakai cari macam tu aje..kat bandung ni banyak hotel..nak murah atau pun mahal..terpulang kepada diri sendiri…akak jarang duduk di hotel five star…


Bila pergi satu family…seronok .berjalan-jalan dengan anak-anak….oleh sebab suami hantu durian…bila jumpa durian kat sini pun suami akak sanggup beli…makan kat tepi jalan aje…padahal harga dia mahal sikit dari malaysia…

Masa kat bandung ni pergi ke shopping complex. lupa pulak nama shopping complex tu..lepas gian main bowling……lepas kami makan di pizza hut…

Kalau nak ke Bandung naik keretapi dari Jakarta…mesti lalu jalan keretapi ni..akak snap dari dalam kereta dalam perjalanan nak ke Bandung.

Ira kat depan f outlet Heritage…kat jalan Riau..sepanjang jalan riau ni ada Foc the summit, formen, osso, branded club, the oasis, the secret dan terminal tas (bags) semua di LLRE Marthadinata..bila dah pergi ke foc ni memang geram tenguk barang branded yang dijual murah giler…boleh menghabiskan duit berjuta-juta rupiah bila sampai ke sini…

tapi yang paling banyak foc ni kat jalan Dago dan Jalan Riau….imran kat depan Heritage salah satu tempat yang fofular kat sini. Kat depan heritage ni memang ada kolam ikan..besar giler ikan kat situ..kalau nak beli handbeg dan kasut beli kat Terminal Tas..macam-macam jenama ada….tapi semuanya ciplak….kalau tenguk hasil kerja tangan dia memang teliti..sebiji macam yang betul punya….tapi akak tak minatlah nak beli hand bag ni cuma akak suruh suami akak belikan dompet bonia tu kat sinilah…

Bila waktu malam kami suka jalan-jalan kat tepi jalan…macam-macam yang mereka jual kat jalan ni…lupalah pulak nama jalan dia …..imran tengah tunggu jagung bakar..pisang bakar pun ada jual kat sini…pengamen atau penyanyi jalanan pun ramai bila waktu malam…

Bila nak makan samada makan malam ataupun tengahari kami suka makan kat kedai makan sunda…jadi sape yang ke sana tak payahlah nak bagi maggi ke…pasal kat sini memang banyak makanan yang enak-enak…harga pun berpatutan..yang paling popular yelah ikan bakar samada ikan talapia atau ikan gurame/kaloi atau pun ayam kampung penyet..ayam goreng ataupun ayam bakar yang di makan bersama sambal dan lalapan…ulam-ulaman..

Suka tenguk pemandangan sepanjang perjalanan ke bandung..tenguk mereka tanam padi bertingkat.
Akak memang suka pemandangan hijau macam ni…

Landskap kat restoren sunda ni memang cantik…kalau tak silap restoren/rumah makan sunda ni dekat dengan jalan dago rasanya…

Ira bergaya kat shopping complex di bandung jugak..tempat yang sama masa main bowling..masa ni pergi berlima..russhdi dan firdaus tak dapat datang..pasal tak cuti…

Kalau ke bandung jangan lupa beli brownies jenama ni….memang popular tau…kalau setakat kek lapis yang di jual merata-rata kat bandung tu tak sesedap kat kartika sari ni…lagi satu kalau nak beli telekung ataupun kain kebaya baik beli di bandung…lagi murah dari pasar tanah abang…memang seronok bershopping kat indonesia ni pasal harga barang murah kerna tenaga kerja yang murah…kadang-kadang kesian bila dengar mereka bagi tau gaji mereka berapa…masa gi jepara nak beli perabot jati …lagi kesian tenguk ibu-ibu pangkat nenek masih bekerja melicin papan kayu jati yang nak di buat perabot..insaf tenguk kehidupan mereka yang susah tu…apa-apa pun malaysia juga di hati…bilalah nak gi lagi ni…..nantilah simpan duit dulu…

Pernah pergi jugak ke bogor, punchak, taman safari…tapi masa tu tak ada kamera..jadi tak adalah gambar kat situ…

Ke Tangkuban Parahu di Bandung


Bila dah duduk kat jakarta…..duduk kat sini ni punyalah tak best….dahlah duduk kat tengah bandar..pastu…..jalan selalu macet (jem)…pasal kat sebelah apartment akak ni shopping complex (itc kuningan-akak dah cerita dulu) pastu ada C4. Kat belakang tu Hotel JW Marriot yang kena bom pada 5hb. Ogos 2003..Sekarang ni kalau nak masuk ke hotel..kena periksa..ramai betul security..akak nak ambil gambar kat depan hotel tu pun tak boleh…mereka tak benarkan. Sejak hotel ni kena bom…kalau nak masuk mana-mana shopping complex ada security jaga..hendak-hendak kat area akak tinggal ni.


Kalau cuti panjang akak selalu ajak suami akak jejalan ke Bandung…tempat shopping…mana lagi tempat yang nak pergi…selalunya kami jarang booked hotel…kat situ banyak tempat tidur….tapi kena pandai cari.

Walaupun dah pergi ke sini agak lama..tapi akak nak cerita jugak kenangan masa pergi ke Tangkuban Perahu di Bandung. Kalau pergi ke Bandung rugi kalau tak pergi kesini..bukan senang nak tenguk gunung yang terakhir meletup pada tahun 1910..masih ada 9 kawah yang masih aktif sehingga sekarang.. Nak masuk ke sini kena bayar tau..Rp8,000 seorang. Dalam perjalanan nak kesini banyak nursery jual tanam-tanaman yang sesuai dengan cuaca kat sini yang sejuk. Tapi akak tak pernah beli…mesti mati kalau tanam kat apartment.

Masa akak duduk di jakarta….3-4 kali akak pergi ke Bandung dan 2 kali ke Tangkuban Perahu.

Pertama pergi dengan abah, mak, anak buah dan adik lelaki bersama isteri yang bawak anak kecil masa tu…kami bertolak dari jakarta pagi dan 21/2 jam kemudian kami sampai ke Tangkuban Perahu ni..turun aje dari mobil (van kijang) ..penjaja jalanan serbu…kalau dia tahu kita orang malaysia..lagilah dia ikut…dia orang ingat orang malaysia ni banyak duit….adik akak tak sabar…dia beli mahal giler…tak nak suruh suami akak tawarkan..dia beli angklung kecil dan cenderahati bentuk pen yang tulis nama tangkuban perahu.

Suami akak pasal tawar menawar ni memang terror…. kalau akak nak beli apa-apa..akak suruh aje dia tawarkan….suami beli baju…anak-anak beli t shirt bertulis tangkuban perahu.

Seronok tenguk bekas gunung berapi ni…kalau nak tenguk dari dekat pun boleh..tapi kena bayar dan kena bawa pemandu yang nak tunjuk arah jalan ke bawah.

Bertolak pagi dari Jakarta…sampai pun nak dekat pukul 10.00 pagi…masa tu ada supir yang bawak van kijang (unser)..oleh sebab tak muat firdaus, yana dan cd tinggal.

Anak buah ni ikut ke jakarta kerna nak cukupkan 5 orang..semua tak buat passport pasal mahal sangat RM300 seorang jadi ambil passport berkumpulan baru RM250.00.

Oleh sebab abah tak larat nak jalan…kami singgah minum kat sini..makan tahu bakar sumedang yang fofular tu…memang sedap tahu dia…tak sama dengan tahu kat sini..tak tahulah kenapa akak rasa tempe dan tahu kat sana lagi sedap.

Banyak betul orang berjualan…kat sini beli lagi murah dari penjaja jalanan…tapi kena jalan jauh sikit sampai ke bawah. Lagi satu jangan lupa tawar menawar. Minta separuh dari harga sebenar.

Oleh kerana pergi balik hari…masa pergi dgn abah dan mak…kami tak pergi ke bandar pun..cuma makan dan lepas tu balik semula ke Jakarta. Masa tak mengizinkan. Sampai kat Jakarta semula pun dah nak maghrib.

Sape-sape yang nak ke Bandung tu..akak syorkan gi ke sini…bukan senang nak tenguk bekas gunung berapi ni…kalau boleh tawar harga gila-gila kat penjual kat situ. Kalau tak beli jangan layan mereka. Kalau dah layan, mereka akan ikut sampai kita tak mampu nak menolaknya lagi.

Mengenai tempat ini…akak ambil dari website tentang bandung..
Tangkuban Perahu, merupakan salah satu gunung berapi yang berada di Lembang, Jawa Barat. kurang lebih 30 km sebelah utara kota Bandung. Nama Tangkuban Perahu berasal dari sebuah legenda tanah Sunda yang sangat terkenal, yaitu Sangkuriang. Gunung Tangkuban Perahu yang dari kejauhan nampak seperti perahu terbalik, konon diakibatkan oleh kesaktian Sangkuriang yang gagal meyelesaikan tugasnya dalam membuat perahu dalam waktu semalam untuk menikahi Dayang Sumbi yang tak lain adalah ibu kandungnya sendiri. Karena begitu kesalnya tidak dapat menyelesaikan pembuatan perahu tersebut, akhirnya Sangkuriang menendang perahu yang belum jadi tersebut. Lebih kurang macam tulah ceritanya.

Masa ni kat kami makan kat Restoren Sunda (Rumah Makan Sunda) memang kat Bandung banyak betul rumah makan orang sunda ni….makanan yang fofular ialah yang di panggil Nasi Timbel Lalab …lalab tu…ulam-ulaman yang dicicah dengan sambal..kalau nak makan sup bakso memang banyak…
Masa ni akak pergi dengan mak dan abah…kami makan ikan gurame (kaloi) bakar, ayam bakar dan nasi. Kat seberang jalan ada kedai-kedai yang jual barangan cenderamata dari rotan…mak dan adik ipar beli penutup makanan dan bakul pakaian bayi. Mereka kata murah bebenor..

Jalan-jalan ke museum

Walaupun dah lama pergi ke sini..akak nak masukkan jugak..untuk kenangan…peduli apa orang nak kata…janji akak happy…

Masa duduk jakarta dulu akak tak pernah teringin nak pergi ke muzium di sini..tapi bila adik datang tahun 2006…dia ajak jalan-jalan ke situ…salah satu yang kami pergi ialah di Muzium Fatahillah…jauh betul dari rumah akak. Ejaan muzium kat indonesia museum.

Pemandangan dari tingkat atas muzium…dataran kat depan muzium..

Masa ni ambil di pintu masuk muzium.

Nak masuk ke sini kena bayar..tapi tak mahal…masa time tu dalam RP2,500..lebih kurang 0.90sen duit malaysia..yang seronok tu tenguk barang-barang jati…semuanya jenis yang lama..

Museum Fatahillah ni juga di panggil Museum Sejarah Jakarta atau Museum Batavia..letaknya di Jalan Fatahillah, Jakarta Barat..

Geram betul tenguk perabut jati lama ni…masih cantik lagi tau…berkenan dengan ukiran kat katil tu…

Tenguklah ukiran bidai yang besar ni…

Muzium ini dulu adalah Stadhuis atau Balai Kota, yang dibangun pada tahun 1707-1710 atas perintah Gabenur Jenderel Johan Van Hoorn. (akak ambil dari wiki)

Bangunan muzium ni serupa bentuk dengan Istana Dam di Amsterdam , terdiri atas bangunan utama dengan dua sayap di bagian timur dan barat serta bangunan sanding yang digunakan sebagai kantor, ruang pengadilan, dan ruang-ruang bawah tanah yang dipakai sebagai penjara. Akak ada pergi ke belakang muzium tenguk penjara tu..tapi tak teringat nak ambil gambar…penjara tu lebih kurang macam rumah kg di muar…bawah dia berpagar tapi pagar besi… yang ni lagi rendah lantai bangunan …..kalau jalan kat bawah penjara tu kena membongkok….

Pada tarikh 30 Mac 1974 gedung ini kemudian diresmikan sebagai Museum Fatahillah.

Kat dalam muzium ini ada beberapa peninggalan sejarah kota jakarta (Batavia) seperti kapak batu, lukisan Jan Pieterszoon Coen berasal dari Hoorn(Belanda), satu set batu timbangan mata wang real, perabut meja dan kerusi yang digunakan oleh Pemerintahan Hindia Timur.(pun ambil dari wiki–tak ingat nak catat dalam buku pun masa tu)

Yang banyak kat dalam muzium ni lukisan dan perabot jati.

Ni lukisan sape tah..tak baca pulak sape dia…

Adik akak bergaya depan arca…

Masa nak balik adik ipar ambil gambar depan pintu masuk muzium..anak dia dah start nak melalak…

Masa nak balik ambil gambar kat meriam di depan muzium…

Panas betul cuaca masa kami pergi ke situ…..lepas tu kami pergi ke satu lagi muzium…dekat aje..cuma seberang jalan aje…

nanti sambung lagi….

Ke Taman Mini Indonesia

Sepanjang 2 tahun lebih tinggal di jakarta..taman mini indonesialah yang selalu akak pergi..ada yang pergi dengan A…ada yang pergi dengan L…bawak adik akak pun pernah….tempat ni memang luas…kalau jalan memang penat..lebih-lebih lagi bila bawak budak kecik….lepas tu banyak pulak tempat yang nak kena pergi. ..ada muziumlah…ada permainan airlah..dan taman bunga…… setiap tempat di indonesia ada replika rumah mereka…..seperti rumah bali, sumatera…kira-kira kalau gi sini..macam dah melawat satu indonesialah……

Nak masuk sini kena bayar tau…murah aje bayarannya kalau nak dikira dalam rupiah…yang tak bestnya kat sini…kalau bawak kereta pun di bayarin jugak.kereta kena bayar Rp10,000…kalau naik motor lain pulak bayarannya ..murah sikit dalam rp6,000….lepas tu penumpang pun di kira ikut kepala…kalau kanak-kanak di atas 3 tahun kena rp9,000 setiap seorang.. Kat pintu masuk banyak betul orang pakai baju bentuk harimaulah…arnablah…nak ambil gambar kena bagi tip tau…bukannya free….

akak malas nak ambil gambar tapi anak-anak ni yang teringin…bagi ajelah Rp2,000 (RM0.80sen)…murah kan..

Mula-mula jumpa rumah jawa tengah dan semestinya replika borobodurlah yang ada kat situ…sebenarnya ada jugak pertunjukan kesenian kat belakang tu..tapi selalunya hari minggu baru ada..kami tak suka pergi hari minggu orang ramai…ni pergi dengan russhdi..masa ni dia datang seorang….masa tu cuti semester….tension dia…dia nak ambil gambar…budak-budak ni sibuk aje…

Masa ni pergi dengan adik lelaki dan isteri dia…

Yang ni bersama L…kalau pergi sini kami memang bawak air dan makanan…kat sini memang ada orang jual makanan dan minuman tapi tang makanan tu kena tenguk jugak…akak kan cerewet…lepas jalan-jalan..penat…lepaklah sekejap…

Saje aje nak bergambar kat tempat orang main gamelan…

Tak pergi bali pun tak apalah…ambil gambar dengan adik ipar kat pintu rumah bali…geram betul tenguk pintu….lawalah….kalau pasang kat rumah akak..tentu grand…

Russhdi pun nak ambil gambar jugak…

Tak ingat pulak ambil gambar ni kat rumah mana tah…

Tengah jalan-jalan dengan A…ada pulak pelancung dari korea nak ambil gambar..nak buat kenangan katanya…

Kat rumah jawa….masa ni anak buah akak ikut jugak…pasal mereka berlima termasuk mak dan abah ambil passport visitor…guna passort tu untuk sekali masuk aje…takkan mereka nak buat seorang satu passport….satu dah RM300…x 5 orang dah berapa….kalau guna passport tu cuma bayar RM250.00 sahaja…bukan mereka nak datang banyak kali pun…

Ambil di rumah orang Papua…bukan free tau…kena bayar…share dengan L….

Ni pun di rumah papua…




…banyak ambil gambar kat sini..pasal rumah ni yang paling best..yelah rumah orang asli kan..nak gi ke papua tu jauh sangat..semua dah pergi cuma firdaus aje yang belum pernah datang sini..entah kenapa akak pun dah lupa…

Kat rumah nusa tenggara timur…

Rumah Nangroe Aceh Darussalaam….kata belakang rumah nilah baru akak jumpa pokok kari…..punyalah seronok masa tu….pergi dengan L dan bibik….suruh bibik ambil banyak-banyak..kat jakarta mana ada daun kari….penduduk kat sini..tak tahu masak kari kot…

Kat dalam rumah acheh…

Depan pelamin pengantin daerah Acheh

Yang ni pulak di panggil Istana Anak-Anak Indonesia…nak masuk kena bayar jugak…ada jugak permainan

Imran bergaya depan patung kuda…masa ni akak pergi bertiga aje …anak-anak semua kat malaysia…tinggallah si bongsu ni aje buat penghibur hati…

Layan ajelah gambar ni ye…ni kat umah kalimantan timur..












Rumah mini banyak betul lah…rumah maluku..rumah kalimantan timur, tengah, selatan dan barat, rumah acheh, rumah jawa tengah, rumah papua, banten, sulawesi tengah, tenggara, selatan dan utara, rumah bengkulu, jambi, riau, sumatera utara, barat dan selatan, rumah jawa barat, rumah jawa timur, rumah jakarta, rumah yogjakarta, bali, nusa tenggara barat dan timur, rumah gorontalo…kan banyak yang di jenguk tu….tu sebabnya akak pergi banyak kali…satu hari tak boleh habis..
Imran masa ni boleh senyum lagi…bila dah cuaca panas dan penat berjalan dia punya angin pun datanglah….

Dah mula tarik muka….nak ambik gambar pun tak berapa hendak….

Oleh sebab kawasan tu luas..jadi di sediakanlah titihan samirono/aeromovel…ala macam monorail tu…nak naik pun kena bayar jugak….

Nak naik ni pun perlu di bayarin….

Yang ni di panggil di panggil skylift atau pun kereta angkut…..takut akak nak naik ni…takut jatuh dalam tasik nanti…semacam aje akak tenguk…harga nak naik ni Rp20,000 (lebih kurang RM8.00)..best lagi naik cable car genting tu…

Antara muzium yang ada kat sini..muzium indonesia namanya…

Ni pulak muzium telekomunikasi..

Ada taman jugak ..yang ni di panggil taman kaktus..

Ada juga taman burung..

Ada jugak kolam renang…


Tulah akak dah kata..tempat ni besar sangat sampai si imran tension bila ashik pergi kat sini..penat katanya…sampai terduduk dah..tak mau jalan lagi…jadi sesape yang sesat di jakarta tu dan nak pergi ke taman mini indonesia ni..akak nasihatkan pergi pagi-pagi tau…kalau idak jadi macam anak akak…..dan lagi satu bawak air banyak-banyak..kalau malas nak bawak..beli aje..kedai makan pun banyak kat sini…nak makan pun boleh..memang banyak sebenarnya gambar kat sini…tak kan nak show semua..nanti orang jemu tenguklah pulak…….

Jalan-jalan ke jakarta (1)


Oleh kerana Jakarta terbahagi ke 5 bahagian iaitu Jakarta Selatan (tempat akak tinggal), Jakarta Utara, Jakarta Barat, Jakarta Pusat dan Jakarta Timur jadi banyak betul shopping complex.kat sini orang panggil mal…ada yang akak pergi dan ada yang tak pergi…pasal jauh dan lagi satu tempat tu macam sama aje…akak gi yang dekat kawasan rumah aje seperti :-

Blok M Mall – selalu pergi – harga barang berpatutan. Kat sini selalunya tak boleh tawar barang..ya bu…harganya pas..ngak bisa di tawarin…..

Pasaraya Grande, Blok M..sebenarnya sebelah Blok M…kat sini jugak selalu ada Pesta Makanan Indonesia…hb suka gi kat sini…dapat rasa macam-macam masakan popular indonesia..

Senayan City..pergi sekali aje..barang berjenama….

Pemandangan kat dalam senayan city..memang tak pernah beli barang kat sini..

Pemandangan kat dalam Plaza Senayan.(tak sama dengan Senayan City) .kat sini ada tempat main bowling..boleh dikatakan setiap bulan memang pergi ke sini.. …pasal suami akak suka masuk pertandingan bowling yang selalu di adakan di sini..pastu…selalu pulak menang…selalunya hadiah dia wang tunai..rp lah..jadi akak dapat habuan sikit..tu sebab rajin ikut dia gi kat sini….akak dan imran jalan-jalan tenguk wayang sementara suami main bowling….atau pun lepak makan-makan kat mc donald ataupun kfc..barangan berjenama yang banyak di jual kat sini.

Nilah Plaza Indonesia..tempat barangan berjenama. window shopping bolehlah..

Hiasan di dalam Plaza Indonesia..memang tempat orang kaya shopping..akak jalan-jalan aje..takut masuk ke dalam butik..pasal poket kempis.

Tempat lepak kat dalam Plaza Indonesia..bestkan tempat lepak dia…

Pergi sekali aje…barangan pun banyak yang branded. Nama shopping complex ni Puri Indah Mall di Jakarta Barat. Agak jauh dari rumah akak.

Kat sini best shopping..harga barang berpatutan..nama shopping complex ni ITC Mangga Dua di Jakarta Utara..tapi jauh dari rumah akak..pergi pun 2-3 kali aje..itupun dah boring duduk rumah..

World Trade Centre (WTC) ni pun jauh dari rumah akak..kalau nak beli barang pun berpatutan..shopping complex ni di Jakarta Barat. Boleh beli barang kat sini….sebenarnya shopping complex ni baru bukak masa akak di sana..

Mangga Dua Square di Jakarta..kalau ikut travel agensi memang nilah salah satu tempat yang akan mereka bawak..

Pondok Indah Mall 2, Jakarta- pergi sekali aje..ni kat Jakarta Selatan-katanya tempat artis indonesia suka lepak..ni pun kat dalam Pondok Indah Mall..adus barang berjenama jugak tau..tak mampu akak nak beli.

Shopping complex jakarta city centre (Jacc Mall) pergi sekali aje…tu pun beli bantal yang bentuk katak..rama-rama dan butterfly..tak bestlah tempat ni..

Kat dalam jakarta city centre…masa akak di sana..shopping complex ni baru sangat di buka..jadi kedai tak banyak lagi yang dibuka…

Yang ni pun tempat org kembung poket belanja..Plaza Sudirman namanya..akak pergi sekali aje..banyak barangan berjenama..

Kat dalam Plaza Sudirman ni orang pun tak berapa ramai…sebenarnya yang buat ramai tu bila ada acara..spt pertunjukkan fesyen…yang jalan-jalan aje yg ramai..yang membeli kurang..macam akaklah tu….poket kempis…pergi pun pasal boring duduk kat rumah…

Kat Plaza Semanggi nilah boleh dikatakan setiap bulan kena pergi..pasal nak cari makanan made in malaysia…lagi pun dekat dengan rumah..kat Jakarta Selatan jugak.

Giant di Plaza Semanggi..kat sini kadang-kadang ada jual burger ramly..tapi yang dah siap di masak…kalau nak lepas gian..belilah jugak..selalunya si imran suka makan..akak ambil sikit..banyak jugak jual daging burger dan sosej kat sini..tapi keluaran indonesia..tekak akak ni mengada-ada…tak boleh masuk pulak…

ITC Cempaka Mas…kat sini pergi sekali aje…ni kat Jakarta Pusat. Tempat ni jauh betul dari rumah akak..pergi 2 kali…itupun ada member suami yang datang ke sini ajak beli kain batik dan telekung kat sini…kami ajak ke pasar tanah abang dia tak mahu…

Shopping complex Mal Taman Anggerik Tanjung Duren Jakarta Barat…orang sini kata kepunyaan anak Presiden Suharto…barang berjenama..pergi sekali..itupun dengan adik akak…

Bukan beli apa pun..adik ipar dan anak buah beli cenderahati untuk di bawa pulang ke kl..

Didalam Mal Taman Anggerik juga..di tempat yang berlainan..yang mereka pergi shopping complex ni ajelah..banyaknya beli kat Pasar Tanah Abang.

Shopping complex yang ni pulak..baru bukak masa akak nak balik kesini..memang dekat sangat dengan rumah akak..barangan berjenama…akak pergi pun sekali..pasal ada jualan kraf tangan indonesia.

Kat sinilah tempat yang shopping akak…. akak selalu pergi kalau nak beli telekung, kain batik, jubah,baju batik dan segala baranglah.(akak bila balik jual barang-barang ni semua).akak jarang masuk ke dalam shopping complex. tu..beli kat pasar di bawah..murah sikit harga dia…tapi kalau nak pergi ke sini..kena pergi pagi-pagi..kalau dah tengahari..panas berdentum…berpeluh wei….akak selalu pergi kat kedai yang sama….itu pun kadang-kadang sesat..kerna ada 4 ataupun 5 blok bangunan……
Kawasan pasar ni memang besar giler..kedai pun banyak…memang ambil masa jugaklah kalau masuk sini….. lagi satu kalau pergi ke pasar ni mestilah berdua, seelok-eloknya ada orang lelaki..ataupun bawak orang indonesia sebagai teman…bahaya kalau pergi seorang. Kalau nak beli barang mesti tawar ye..bila penjual dengar kita cakap aje dia orang dah tahu org luar..jadi mereka akan naikkan harga…

Bila nak balik..nak cari teksi payah…jalan jem..kalau nak naik teksi naik teksi yang tulis bluebird..kalau yang lain nanti kena tipu…pasal dia dengar kita cakap aje..pemandu teksi tu tahu..yang kita org luar..dia ingat org malaysia ni kaya..

Ibu mau kemana?
Mall Ambasador ye….di itc kuningan….

Nanti dalam teksi dia tanya lagi…

Ibu aslinya orang mana?
orang Palembang pak…..kadang-kadang tipu….orang medan pak…

Pernah sekali tu akak pergi bertiga naik teksi..bukan blue bird…..masa nak balik dari tanah abang…bila pemandu teksi dengar kita borak bahasa melayu…dia pun bawak pusing jauh…meter tu naik berganda-ganda..bengang jugak..tapi takutlah nak cakap…sejak tu serik nak naik teksi yang tulis nama lain.

Kalau nak solat pun senang kat shopping complex ni..tempat solatnya besar tapi di tingkat atas
sekali…kalau nak shopping dari pagi hingga ke malam pun boleh..

Pernah jugak makan kat sini…masa tu dah ada kereta…makan dengan suami dan imran…seperti biasa mestilah masakan sunda dan minang..food court ni kat tingkat 8.

Tempat yang sama jugak ni…tapi masa ni ada pesta makanan…


kat pasar ni jugaklah akak pernah kena ugut dengan penjual tuala (rupanya preman)..masa tu pertamakali ke sini…memang bawak bibik…imran akak tinggalkan kat rumah dengan ayah dia..bibik kata merbahaya bawak budak ke sini…..memang imran tak pernah datang ke pasar ni..kecuali ke shopping complex tanah abang..

belanja bu…belanja bu….
akak ni pun layanlah penjual ni….berapa?
15,000 bu….akak rasa murah…nak beli 2….tiba-tiba dia tanya….
ibu orang malaysia ya….akak pun jawab dengan jujur….
ya…benar….
bayarin pakai ringgit malaysia aja….
mana bisa..saya ada rupiah aje...
ibu bohong.…saya mau ringgit malaysia….dia dah pegang tangan akak…
akak dah takut….nasib baik bibik tarik tangan akak…..
lari bu..itu preman (samseng)…..akak dan bibik lari ke kedai berhampiran..
nasib ibu ngak di todong (dihulur pisau)
alhamdulliah…..ngak jadi apa-apa….terima kasih banyak ya nor…….

sejak tu akak serik nak beli dengan penjaja yang berkeliaran…beli kat kedai kat situ saje..memang kalau pergi mesti bawak bibik..

Kat sinilah tempat yang akak selalu pergi pasal ada C4..kan nak beli barang dapur….dipanggil ITC Kuningan.dari itc kuningan ke mal ambasador……sebenarnya ada jambatan yang bersambung di tingkat 4..jadi tak payahlah keluar dari itc ni cuma pergi ke tingkat 3 di itc langsung menyeberang ke mal ambasador ni..tak yah lintas jalan di bawah..

Ada lagi satu jalan bawah tanah yang menghubungkan complex ni dgn itc tadi..kat mal ambasador nilah tempat akak selalu gunting rambut, urutan kaki, manicure, padicure dan buat rawatan muka..urutan badan dan perkara yang berkaitan dengan wanita..bukan nak berlagak tau…pasal harga yang di tawarkan murah sangat…kalau urut kaki hingga ke tangan hingga ke kepala baru RM20.00 sape yang tak mau kan…balik kat sini tgk buat tu semua mahal giler…kat sinilah jugak baru pertama kali akak belajar ni semua..itu pun member yang ajar..yelah bila lagi nak rasa..dah masuk umur 40..an barulah merasa ni semua dan kebetulan pulak rezeki murah bila duduk kat sini..masa mak dan abah datang pun akak bawak mereka ke sini..

Masa kat dalam busway….tambang memang mahal sikit… yang bagusnya…jadi tak gangguan dari pengamen (peminta sedekah) kalau sape yang nak gi ke monas…wtc mangga dua….blok M..akak cadangkan naik bas ni….jangan naik bas yang lain bahaya..banyak pencopet (penyeluk saku)
Akak selalu naik teksi dari rumah akak gi ke stesyen Semanggi..tapi kalau tak biasa boleh sesat tau…

Macam nilah stesyen tempat nak naik bas ni…kat sini orang panggil bis…

Bila orang nak gi dan balik kerja..memang ramai orang…kalau hari cuti pun ramai….kalau penuh kena tunggu bus yang lain…selalunya tak lama…bas akan tiba..kalau akak nak naik bus ni..akak pergi masa pukul 10.00 pagi..masa orang pergi kerja..orang tak berapa ramai masa tu….balik sebelum orang balik kerja…

Nilah busway transjakarta…kalau ada kat malaysia kan bagus….tak yah naik teksi atau bawak kereta nak kemana…

Busway transjakarta ni ada jalan dia sendiri…bas lain atau teksi dan kereta tak boleh lalu kat jalan ni..nanti kena saman dek bapak polisi..

Berhenti kat sini dulu ye..nanti sambung lagi ye…


Jakarta (Bahagian 1)

Sebenarnya berat hati nak berhenti kerja bila suami akak nak pindah kerja ke Jakarta….fikirkan gaji dah banyak…walaupun kerja guru tabika tapi gaji lebih dari RM1,000…lebih..kerja pulak separuh hari..bila cuti sekolah…kita pun ada kat rumah…cuma yang tak tahan kena gi kursus…

Mula-mula suami balik kerja bagi tau:-

Macamana ina….abang kena transfer ke jakarta tau…lama juga dalam 2 tahun..nak ikut ke tidak?
Ala..apa pasal lah kena gi sana….payahlah…inakan kerja….nanti sape nak bagi mak duit dapur..?
Tak apa…fikir dulu…dia orang bagi masa sebulan nak prepare…kalau susah..ina duduk sini..abang pergi single status…kalau pergi single status rugi tau….tak dapat beli barang…kalau pergi family status….nanti nak balik dapat kontena…boleh beli barang jati….pastu anak-anak semua dapat buat international pasport….
Okeylah macam tu …ina fikir dulu. Rasa-rasanya macam malas aje nak ikut abang…

Dari akak dalam pantang masa melahirkan liyana…suami akak dah memang kena kerja kat.. sana..tapi taklah lama..lebih kurang 2 atau 3 bulan aje…pastu selalu jugak dia gi abu dhabi (pernah kena tinggal 6 bulan..2 kali pulak tu)…vietnam..tapi paling kerap ke jakartalah…jadi dah biasa kena tinggal…tapi kali ni 2 tahun..mana boleh jadi…kang jadi cerita lain pulak…

Masa tu akak ashik tanya pendapat emak, abah, kakak dan kakak ipar termasuk juga member-member di tempat kerja..ada yang kata ikut…ada yang kata tak payah ikut….ada pulak yang cakap… .jangan main-main..perempuan sana lawa-lawa..nanti suami bawak balik perempuan indon baru padan muka….walaupun akak tahu dia orang bergurau…tapi hati tu tetap cuak jugak….hi..hi.hi..sape yang tak sayang suamikan..lagipun anak ramai be….nanti sape nak tanggung …kalau suami buat pasal……fikir punya fikir lama-lama akak dengar nasihat emak dan abah..

Ngah..(mak dan abah panggil ngah) baik ikut suami ke sana…bahaya tau…kat situ kan tempat orang……nanti…kalau duduk seorang..makan dan pakai bibik yang siapkan…..terpikat pulak pulak suami dengan orang bibik tu….melopong nanti….nak fikirkan kerja ke atau nak fikirkan suami….duit boleh cari…suami kalau kena kebas…baru tau…..

Akhirnya sebelum cuti persekolahan akhir tahun 2004 akak bagi surat letak jawatan dengan berat hati….masa tu suami akak dah pergi dulu dah ke jakarta. Sebelum dia pergi kami anak beranak buat passport dulu..untunglah sebab semua company tanggung. Dapat tiket kapal terbang pergi ke sana. Sebelum tu kena packing barang-barang yang nak bawak.. … Company siapkan kontena…akak masukkan segala brg termasuk batu tumbuk dan basikal imran..kalau tinggal kat sini sape yang nak pakai. Bawak baju dan juga buku-buku imran dan ira. Kat rumah di jakarta tu segala keperluan rumah tangga dah ada…..jadi pinggan mangkuk tak payah bawak.

Nilah basikal yang akak angkut ke sana….masa nak balik sini…bagi kat anak bibik..

Cuti sekolah 2004 …akak berangkat ke Jakarta dengan perasaan sedih meninggalkan emak dan abah. Suami akak kebetulan balik dari sana. Yelah..manalah akak tahu nak naik kapala terbang ni…tak tahu nak check in dan benda-benda remeh temeh kat airport tu. Masa tu cuma ira, imran dan yana yang ikut..Russhid dan Firdaus tak dapat ikut …ada hal… Kami naik dari train dari KL Sentral aje..masuk beg pun kat situ jugak…oleh sebab suami ada..jadi akak tak gelabahlah..imran dan ira memang tak pernah naik flight…jadi mereka rasa seronok sangat.

Sampai kat airport di jakarta… driver dah tunggu…naik van kijang.(mcm unser di malaysia)..tenguk keadaan sama aje macam.kat kl..jadi tak kisahlah jugak…bila sampai kat depan pintu apartment…kami turun..ada pulak security jaga kat bawah.(lobby). mereka check apa yang dibawa…naik lif..terus ke tingat 17……..mak datuk tingginya..gayat jugak akak di buatnya.masa tu dah rasa tak best aje..manalah pernah duduk kat tempat tinggi macam ni kecuali masa duduk di tingkat 1 di johor dan di gombak..(rumahpangsa).

Masa ni abah, mak dan adik serta anak akak(liyana dan ira) datang bersama-sama ke jakarta..abah dan mak nak tenguk tempat tinggal akak…baru senang hati katanya…masa tu heboh pasal isu pulau ambalat..jadi banyak demo oleh penduduk jakarta..tulah yang buat mak risau…sampikan kat embassy malaysia pun dia org buat demo……nilah lobby tempat menunggu tu..tunggu van datang nak hantar semua balik ke airport..masa di airport si imran melalak nak ikut wan dan atok balik ke kl…..lepas sampai rumah akak pulak yangmenangis…pasal dia orang duduk nak dekat 10 hari..jadi bila dia orang balik rasa sunyilah pulak…masa ni ira dah sekolah balik di kl..ni cuti pertengahan tahun bulan jun (kot) tahun 2006.

Tenguklah keadaan dapur akak…bukan besar pun…

Nilah ruangan tempat permainan si imran….main basikal pun kat sini….nak buat macammana..tulah sebabnya dia boring duduk kat sini…

si imran dan ira bergaya kat bilik akak (master bed room)

Ni ruang makan …bukannya besar pun..sebenarnya ada 4 bilik tidur….1 master bed room. 2 bilik untuk anak.. ..pastu bilik untuk bibik 1..bilik air ada 3…satu bilik air kat bilik bibik..oleh kerana bibik tak duduk sini..bilik bibik jadi bilik stor..jadi apa kes…nak pakai bibik hari-harikan……nanti dia tak ada kerjalah pulak…akak tak suka tgk org lain mundar mandir kat rumah akak ni..
Tuan punya rumah ni suka collection lukisan..keliling dinding di luar dan di dalam bilik..ada aje lukisan…dia nak jual kat kami…akak tak mahu…bukannya murah pun…mahal giler…lagi satu kami dah tahu mana nak cari lukisan yang harga lagi murah dari ni…..

Ni pemandangan dari rumah akak..sayup mata memandang…

Rumah akak kat belakang tu.tingkat 17……orang panggil ITC Kuningan (Internasional Trade Centre)kat sini shopping complex sebenarnya….kalau nak beli baju…telekung, kasut, baju kanak-kanak….beg tangan.(sebenarnya kat Pasar Tanah Abang lagi murah)….boleh dikatakan semuanya ada…yang paling banyak vcd tiruan…murah beb..satu baru Rp6,000 (RM2.50) masa nilah si imran dan ira kalau ada cerita baru aje..ajak turun ke bawah beli dvd..akak pun collect beli cerita korea dan jepun..

Kalau nak exercise..gi aje kat sini…tapi akak jarang buat….malaslah…

Imran memang suka berenang… jadi selalu turun ke bawah nak buat dia happy..pasal dia boring bila kakak dia dah tak ada…

Antara kemudahan yang disediakan kat sini…kolam renang..gim dan sauna….

Nasib baik jugak apartment ni bersambung dengan C4…jadi senanglah nak beli barang dapur..ikan dan daging…tak yahlah nak pergi ke pasar lagi. Masa anak-anak ada bestlah jugak…merayau kat kedai di bawah..tak lama suami tanya akak……

Ina..nak pakai maid tak…kalau ada maid senang sikit nak kemana-mana..pastu boleh temankan ina bila nak beli barang…
Abang nak ambil dari mana bibik ni…
Ala..sepupu budak cleaner yang datang masa ina tak ada dulu..nanti abang suruh dia bawak sepupu dia ye..
Okeylah macam tu…

Besoknya cleaner tu datang bawak sepupu dia….kebetulan hari tu hari sabtu…jadi suami tak kerja…Akak tenguk muda lagi bibi tu….macam anak dara...alamak habislah laki akak kena sebat dek bibik indon kang….tanya punya tanya..rupanya dah ada anak seorang…dalam hati selamat akak…kah..kah..kah..cemburulah tu.memang dah jadi dengan suami akak..tak datang hari-hari..rumah pun bukannya besar sangat…lepas interview tu…suami buat keputusan bagi gaji Rp250.00 (RM120.00)sebulan..datang 3x seminggu ….kerja gosok baju (nilah kerja yang paling menyampah nak buat) mop rumah, basuh bilik air dan tolong akak potong bawang ke….ala…kerja rumahlah yang biasa di buat oleh orang perempuan.

Sebelah kanan tulah bibik kami…akak panggil dia noor..ni sepupu dia kawin..sepupu dialah yang jadi cleaner kat rumah akak dulu masa hb tinggal seorang(nasib baik lelakikan)…dia orang ni kalau kawin tak mahal…tak ada hantaran pun….rumah buruk tak apa..janji pelamin dan pakaian pengantin grand…….kalau tenguk macam rumah orang kaya kan…

Makan pun biasa-biasa aje..tak ada meja..kena pangku dengan tangan aje…oleh kerana mereka ni macam taraf rendah kat indon (yelah pengantin lelaki kerja cleaner..pengantin perempuan jurujual aje)…jadi tak adalah orang indon yang sama office dengan suami akak yang datang ke situ..tak ada kelas kata mereka..nak tau sape yang datang….orang perancis.. mat salleh….orang dari negara india….maksudnya bukan orang indonlah…yang datang pun jiran-jiran dia orang aje..kecian..tak meriah langsung.. bukan macam bunga lestari dan ashraf ….tukan artis glamour…lagipun mereka anak orang kaya…. buat pun kat hotel….lepas tu fofular….

Nilah anak bibik tu…selalu akak suruh bawak ke rumah akak..pasal si imran tak ada kawan..masa ni 2 keluarga tu dah balik ke malaysia..kakak dan abang pun tak ada..kecian betul imran masa tu….nak pergi rumah member malaysia yang lain tu..jauhlah pulak…

Hari pertama kerja… akak nak cakap indon tak pandai…jadi cakap yang perlu aje..lama-lama dah okey..macamana tak okey…tgk cerita indon..berita indon….rencana indon..lama-lama terrorlah akak…….yang geli hati tu…hari pertama gi C4 nak beli barang dapur (masa tu gi dgn anak-anak aje)…bila sampai kat cashier…barang semua dah scan….tulis Rp320.30…akak confius..eh..eh..tak tahu nak kira….orang lain dah beratur ramai kat belakang…lama-lama suruh cashier tu ambil sendiri duit kat tangan akak…selamat……

Dah ada bibik ni … okeylah sikit…ajak dia gi pasar. Kami pergi ke pasar manggarai..bukan nak berlagak……ya allah…akak tak boleh masuk kat situ…..lebih teruk dari chow kit road..dengan lecaknya..pastu bau (tau ajelah pasar..mana ada yang wangikan) dan dan keadaan ikan yang di jual memanglah akak tak lalu akak nak beli…membebellah akak dengan bibik……..
Ngapain kamu bawak saya ke sini...
Ya..ibu kan mau ke pasar..jadi saya bawak ke sini aja...saya selalu belanja di sini aja…(betul jugak..akak yang salah bagi arahan kot)
Pasar ni jelek..baunya busuk …bawak saya ke pasar yang bersih sedikit...
Maaf bu……..

Dia bawak ke Pasar Tebet…nasib baik pasar ni okey..ikan, sayur, daging dan buah fresh..harga pun boleh tahan..murah dari C4….lepas tu ada 2 family lagi datang…….. kami pergi ke pasar ni bersama-sama..selalunya hari sabtu..hb cuti..bolehlah hb jaga anak-anak…

L ialah salah satu jiran akak masa tu…dia ni kena berhenti kerja pasal nak ikut hb dia transfer kat sini…masa tu anak-anak dia masih kecil lagi… umur 7 tahun, 5 dan 2 tahun..bila dah duduk ni….sibuk nak balik ke kl….boring katanya..bila balik kl pulak..dia kena kerja..pastu complain penat dan anak-anak macam terbiar aje….pasal tahu ajelah duduk kl..kan banyak yang perlu di bayar……masa duduk kat sini… elaun memang lebat…bil-bil semua company tanggung…dapat elaun makan lagi..mana tak best…nak shopping kat bawah aje…kadang-kadang kami shopping kat pasar tanah abang…pasal kat sana lagi murah…keadaan macam pasar chow kit…..tapi sekarang kat sebelah pasar ni dah ada shopping complex yang nyaman..harga mahallah sikit..L ni selalu contact akak bila dah balik ke malaysia..

Yang ni A..ambil cuti tanpa gaji setahun….mengajar kat sekolah menengah di jalan pudu..kalau tak silap.lah..mula-mula dia tak ikut suami dia..entah macammana lepas tahun baru cina 2005 dia nak datang pulak..mungkin suami dia cerita dah ada 2 family kat sini…dia bawak bibik dia yang asal dari medan ke jakarta…ada 2 orang anak …4 tahun dan lagi satu nak dekat 2 tahun..dia senang sebab bibik dah ada..tapi lama-lama bibik pijak kepala dia…almaklumlah tanahair bibikkan ..dah pandai merayap jumpa bibik-bibik yang lain kat kolam atau pun dia pergi ke umah bibik tu bila majikan dia keluar kerja..A makan hati jugak tenguk perangai bibik ni…sampai bibik yang control cannel tv…tenguk sinetron dan lagu dangdut….pernah jugak bibik bangun lambat dari majikan….
sekarang dia dah pindah ke sarawak…hb dia kerja kat brunei….A mengajar di sempadan sarawak/brunei tu….jadi hb dialah ulang alik gi kerja kat sana….ni pun dah lost contact….

Kat sinilah bila ada acara berkaitan jakarta di adakan.seperti pesta makanan dan tarian tradisional…..kat sini pun banyak tempat shopping..tapi harga barang kat sini mahal sikit dari itc kuningan…suami pergi kerja selalu lintas jalan ni…tempat kerja dia kat seberang jalan…

Masa ni ada acara Pesta Makanan kot…lupalah pulak…..Ni pakaian orang betawi mainkan lagu mereka. ….mereka ni salah satu kaum di jakarta…kalau nak tahu loghat mereka..cuba tenguk cerita sampson betawi di astro aruna..

Panggil kak ana..kawin dengan orang uk…..umur dia dalam 40..an …husband dekat 60..an…loving couple…dia datang masa L dah balik ke kl…jadilah kawan akak jugak…husband dia pun kerja satu tempat dengan hb akak…skrg ni dah lost contact…

Ira kami sekolahkan kat sekolah agama swasta dekat dengan rumah..pergi balik naik van..yang tak best tu..dia kena masuk darjah 2 pasal kat sana semester pertama dalam bulan jun..semester kedua bulan januari..terbalik…di sekolah ni pulak tiap-tiap hari baju lain-lain…hari isnin baju hijau..hari selasa baju biru….dah pulak jenis baju yang dia pakai setiap hari..mula-mula masuk sekolah ni dia dah kata tak best…pasal dia tak pandai cakap indon lagi..lama-lama okeylah jugak..sekolah dari pagi hingga petang..bila masuk tahun 2006 dia tak nak sekolah kat sini pulak..terpaksalah akak balik buat urusan bersekolah balik ke malaysia. dia tinggal dengan mak akak masa tu..carilah sekolah yang terdekat..oleh sebab tak sekolah kat sini dalam masa 1 tahun lebih..dia tak boleh catch up matapelajaran kat malaysia….memang masa tu merosot teruk pelajaran dia..
Nilah anak L yang gi sekolah yang sama dengan si ira…irfan namanya..yang kesian tu..dia baru masuk darjah satu kat sini…bahasa indon dia lebih bagus dari bahasa melayu….balik semula ke kl ashik nak cakap indon aje…keluarga mereka tak lama di sini…setahun aje…

Bila dah nak gi sekolah aje..dia bad mood…

tv pun tuan rumah siapkan…

Ni masa nak hantar atirah balik ke malaysia bila dia tak ingin lagi sekolah kat jakarta..tak best katanya….nak sekolah balik di malaysia.

Kalau saja nak rasa makanan di jakarta..akak makan kat sini aje..akak boleh makan masakan orang minang dan padang aje….masakan org menado…sulawesi..tekak tak boleh terima…ni kat food court shopping complex mal ambasador..sebelah aje dari rumah akak…

kami selalu jugak gi kat sini…kerana ada giant jakarta..jadi banyak barang-barang made in malaysia kat situ seperti ikan sardin cap ayam…kalau gi… borong brg made in malaysia ajelah..

Akak pulang sekejap ke kuala lumpur pada 25hb disember 2004..pasal nak uruskan persekolahan yana dan firdaus dan nak uruskan russhdi masuk ke ikm, jalan kampun pandan……rupanya pada 26hb disember 2004 pulak terjadi tsunami….suami akak tak ikut…dia kerja masa tu..bila tanya..tak rasa apa-apa ke masa tsunami.
.alhamdulliah….tak ada apa-apa….ala ina…jauhlah jakarta dan acheh…tapi kat tv hari-hari tenguk pasal tsunami…ngeri tenguk mangsa tsunami tu….

Nantilah kita sambung lagi…

Ke Yogyakarta (bahagian akhir)

Hari Terakhir

Oleh kerana kami akan bertolak semula ke Jakarta pada pukul 6.00 petang (kat sana cepat 1 jam dari Malaysia) adalah masa kami nak jalan-jalan di sekitar bandar . Cadang nak cari baju buatan batik dan cenderamata. Kami tak ambil pemandu hari ni. Kami naik teksi dari hotel dan di bawa ke sekeliling pusat bandar termasuk ke Universiti GadjahMada yang terkenal tu. Pasangan N dan L keluar berasingan. Tak tahulah mereka nak kemana…akak malas nak tanya…

Beca boleh dilihat di mana-mana…
Kami di bawa ke tempat ni juga.. Selepas tu suruh pemandu teksi gi kat Jalan Bantul…dimana terdapat banyak yang jual perabot jati…………Suami bagi deposit nak beli katil, sofa dan meja makan. Nanti akan di hantar ke Jakarta….. Akak pun… suka hatilah….orang nak beli…..kita terima ajelah…kemudian kami naik taksi ke Jalan Malioboro.

Macam nilah suasana di Pasar Beringharjo…..macam-macam ada………

Di Pasar Beringharjo di Jalan Malioboro…kami beli cenderahati seperti t-shirt, baju batik, topi dan segala macam barang dari batik. Di sini kena pandai tawar menawar..suami akaklah yang menawar tu….akak tak pandai. Suami akak beli baju batik untuk diri sendiri dan 3 orang anak lelaki. Yang perempuan akak belikan t-shirt. Suami akak beli juga topi jawa tu..di panggil belangkon…pastu sedikit cenderahati.

Jalan punya jalan perut pun dah lapar..tenguk jam dah pukul 12.00 tengahari..banyak betul orang jual bakso dan mee urat….kat jakarta ada dah makanan ni…jadi akak dan suami gi kat tempat orang yang jual gudeg….jalan kaki aje ke tempat makan tu……….

Ni memang banyak orang jual kat sini………..

Ni jugak salah satu pemandangan kedai makan (lesehan) yang banyak terdapat dijalan-jalan utama di yogyakarta ni………..kalau nak makan burung dara (puyuh) atau pecal lele (ikan keli)
memang banyak………..minuman dalam botol tu di panggil teh botol………….tapi ni ada di waktu malam aje……..masa makan adalah pengamen (org minta sedekah tapi dengan cara terhormat selalunya dia orang nyanyi lagu sambil bermain gitar)bagi ajelah upah dalam Rp5,000 (RM2.00)..

Nilah salah satu bahan yang dimakan dengan gudeg tu…..ada telur…hati ayam..serunding…dan semua di makan dengan nasi…………akak tak ambil tu semua….sebab tak biasa dengan tekak.
Jadi nilah makanan kami tengahari tu…makan dengan nasi dengan ayam kampung bakar.Mcm nilah lebihkurang makanan kami hari tu……air pulak minum air suam..takut…pasal petang nanti dalam keretapi … takut cirit birit. Ada yang beli bawak balik gudeg ni ke jakarta..dimasukkan kedalam pasu tanah………

Dah kenyang perut kami naik kereta kuda(andong) ni balik ke hotel…suami akak tawar menawar dengan pemandu andong ni….dapatlah dalam Rp15,000 (RM5.50)..best jugak naik ni…kami suruh pemandu dia bawak jalan jauh sikit……..
Sampai aje kat hotel……bersihkan diri dan solat..pastu tidur sekejap sebelum check out……nak extend ke pukul 4.00 petang tak di benarkan kerana bilik penuh…….masa akak sampai kat bilik pasangan N dan L belum sampai lagi………sakan diorang berjalan……….

Dalam pukul 2.00 akak anak beranak dah tunggu kat lobby hotel….nampak pasangan ni baru balik….kelam kabutlah di buatnya…..nasib baik mereka dah kemas barang dia orang….cuma nak bersihkan anak yang kecil tu…………janji dengan pemandu di hotel suruh hantar ke stesyen keretapi tugu tu………..

Selepas semua dah settle……ajak pulak pemandu pergi beli bakpia sejenis makanan khas (asal)yogyakarta…. inti di perbuat dari pes kacang hijau di campur gula (ala mcm inti kacang hijau) dan di salut dengan tepung gandum dan di panggang…….yang asal memang dari inti kacang hijau ni…..tapi sekarang ni mereka dah buat rasa keju dan inti coklat…memang sedap bakpia kat sini…tak sama macam kat jakarta………..

Nilah contoh bakpia tu…….memang sedap….

Lepas tu beli pulak geplak yang di perbuat dari kelapa kering dan gula dan di bubuh pewarna.
Geplak ni memang manis rasa dia….kat malaysia ada jugak geplak ni..lupa lak apa namanya.

Setelah membeli bakphia pathuk dan geplak, kami dihantar ke stesyen keretapi Tugu. Oleh kerana masa banyak lagi…kami menunggu aje kat stesyen ni…..

Bila dah pukul 5.00 petang…perut pun dah lapar…kami makan nasi goreng aje di kedai makan yang ada di stesyen ni…..

Dalam pukul 6.00 petang, kereta api pun sampai dan bermulalah perjalanan pulang semula ke Jakarta……..nasib baik tempat duduk bernombor…………jadi tak payahlah nak berebut-rebut..
Bila naik keretapi ni…kami terperanjat……….nama aje koc bisnes….ingatkan tempat duduk macam naik bas transnational tu…..tapi tempat duduk macam zaman 80..an di malaysia..ala kerusi yang di perbuat dari kayu dan di salut dengan plastik hijau tu dan boleh di tukarke dua hala……kalau ke selatan boleh di tolak ke selatan………..(teringat masa zaman persekolahan dulu)…..dahlah tingkap susah nak diturunkan……pastu panaslah pulak……….nak buat macam mana………terima ajelah…………..kesian anak kecil pasangan N dan L tu…bila tidur ashik terjaga pasal tak selesa……..

Setiap kali berhenti distesyen…menyerbulah peniaga yang menjual air kopilah, mee segeralah…macam naik keretapi zaman 80..an dululah………….lepas tu banyaklah pulak pengamen (peminta sedekah)…tension betul di buatnya……..bayangkan perjalanan sepanjang 8 jam tu……….berapa banyak peminta sedekah………….akak buat taktik……..bila ada aje dia orang akak pura-pura tidur………….kebetulan di salah satu stesyen tu naiklah orang yang jual kipas yang di perbuat dari buluh………alhamdulliah…..suami beli 3 dan pasangan N dan L pun beli 3….nak tahu harganya Rp2,000 (RM0.70) tu pun suami akak tawar…dapat pulak tu…dalam RM0.50 sen satu………..dah ada kipas…bestlah sikit…..dapatlah digunakan sepanjang perjalanan…..(akak seriklah nak naik lagi keretapi bisnes ni lagi………..bukan nak berlagak………tapi tak sesuailah)

Akhirnya dalam pukul 2.00 pagi kami selamat sampai di stesyen ni……….waktu pagi ni teksi pun letak harga mahal……….alhamdulliah dapat bapak teksi yang baik……..dia setuju dengan harga yang kami bagi……….dalam pukul 2.30 pagi sampailah balik ke rumah…..di apartment ambasador..jakarta selatan….penat giler dan mata pun mengantuk………..apalagi…….zzzzzzzz

Jika orang yang sukakan suasana relax dan minat dengan sejarah…memang sesuai ke sini…makanan, hotel dan cenderahati memang murah sangat….tapi hati-hati dengan beg tangan dan dompet kerana banyak pick pocket dan banyak jugak peminta sedekah…….sekarang ni dah senang nak ke sini ………..kerana air asia ada buat penerbangan terus ke sini……..kalau orang yang suka shopping gilah ke bandung dan jakarta…..

Bilalah lagi nak gi lagi ni…………

Ke Yogyakarta Bahagian Ke 2

Nilah rupanya stesyen keretapi di Yogyakarta dimana tempat kami turun dari kereta api..di panggil juga Daerah Istimewa Yogyakarta….

Nilah gambar sebenar Candi Borobudur di Jogjakarta, Indonesia…akak cilok dari laman web…

Ni ukiran kat tepi dinding…ada ceritanya..mcm akak cerita dulu..kena bayar pada orang
yang menterjemahkannya. Ni gambar ukiran kat dinding di Candi Borobudur….


Ni antara ukiran yang ada kat dinding di Candi Prambanan….

Candi Prambanan di waktu malam..

Bila waktu malam di candi prambanan ni ada pertunjukan kebudayaan..akak tak gi pun..

Hari Kedua

Pagi tu lepas sarapan..tenguk-tenguk pemandu dah ada…bila tenguk van..alhamdulliah syukur….van tu nampak macam baru lagi…

Pagi tu kami ke Gunung Merapi di Sleman…. dalam 25 km dari Yogyakarta….nak tenguk gunung yang pernah meletus dan mengorbankan banyak nyawa…nak masuk kat kaki gunung ni pun kena bayar….tenguk macam jauh aje nak naik…tingginya…..ada budak kecil lagi…kami tak jadi naik…

Ni gambar gunung tu keluarkan asap…takutkan bila tenguk real….Jadi kami gi jejalan kat kedai yang jual cenderahati dan makanan..ada jugak penduduk yang jual hasil pertanian seperti jagung yang telah di rebus dan pisang….

Dah tak tempat nak gi kat kaki gunung ni …. saje-saje jadi kanak-kanak riang….naiklah benda ni…kelakarkan……berpusing kat area ni aje….murah aje..dlm Rp3,000(RM1.20)seorang. Kat sini ada jugak di sediakan tempat penginapan…kalau duduk sini susahlah nak gi jalan-jalan kat jogja. Tak payahlah nak tidur sini..tak best….nak shopping pun susah………

Ni pulak kat kawasan tempat perlindungan bagi penduduk jika gunung ni meletup di panggil Bunker Darurat Kaliurang.Kat sini ada taman rekreasi..adalah permainan kanak-kanak….dan taman bunga…nak ambil gambar gunung merapi tu kat sinilah …bila cuaca baik bolehlah ambil tapi bila cuaca buruk…..lu fikirlah sendiri..

Lepas tu kami ke Kota Gede…kat sini banyak tinggalan sejarah dan tempat pertukangan perak….kami pergi ke salah tempat pertukangan perak..lupa lak nama dia….oleh sebab kami tak minat perak…kami window shopping aje….

Anak akak dan anak N ambil gambar kat perkarangan pertukangan perak di Kota Gede, Jogjakarta.

Lepas tu gi kat Kraton Yogyakarta ….Ni kat pintu hadapan..sebenarnya tempat tu luas…
Cuba tenguk hiasan kat atas bumbung tu…..cantikkan…..berwarna-warni…

Muzium di panggil Muzium Hamengku Buwono . Ditunjukkan barang-barang lama peninggalan Sultan yang terdahulu…

Ni gambar kami di depan Bangsal Srimanganti

Tempat yang sama….selalunya ada pertunjukkan kebudayaan..tapi hari Jumaat tak adalah pulak…jangan gi hari Jumaat tau..nanti menyesal macam akak…kempunan tak dapat tenguk….


Ni di panggil tarian uyon-uyon…masa kami sampai tu hari jumaat…jadi bila hari tu orangkan gi sembahyang Jumaat…jadi tak dapatlah kami tenguk tarian ni…frust betul….tapi akak dan L berserta anak-anak lepak kat sini sementara suami kami pergi sembahyang…takut nak gi mana-mana..tak berani …..
Masa tu jugak ada seorang pekerja istana berbual-bual dengan akak..L diam aje…lebihkurang begini perbualan akak dengan dia….

Pak,berapa bapak terima setiap bulan kerja di istana……
Ada cuma …….. (akak tak berapa ingat antara Rp100,000 atau Rp 200,000)
Wah murah bangat sih…….gimana bapak bisa hidup……..
Kami di beri rumah, beras dan barangan dapur….
Jadi anak bapak gak gi sekolah…
Semua di tanggung oleh Sultan……………………

Bila tenguk gaji pekerja tu rendah sangat…akak pun hairan….macammanalah diaorang boleh bertahan duduk di jogjakarta ni…mungkin dia ada buat kerja luar kot……ataupun sara hidup di sana masih rendah……kalau akak………sedih o…..gaji hb kalau banyak tu…………nangis…..

Ni gambar di pintu masuk Pagelaran….

kat sini di tunjukkan kehidupan di dalam istana….tempat tidur, pakaian putra dan putri sultan dan acara yang di adakan di istana……


ni pun di situ jugak…tak tahulah upacara chitanam tu upacara apa..tak ambil tukang penterjemah…tenguk ajelah….

Kanak-kanak riang di perkarangan muzium…kat belakang tu ukiran bergambar…..

nilah gambar ukiran kat belakang kanak-kanak tadi…cerita tentang sejarah indonesia…..

Yang ini pula Perkampungan Keraton…kebanyakkan pekerja istana tinggal kat sini…

Lawakan lukisan yang di jual di perkampungan Keraton ni…Murah giler..tapi kena pandai tawar menawar…silap akak masa ni tak beli apa-apa lukisan pun………menyesal……….

Tempat tinggal sultan ni kami tak sempat pergi…masa terlalu suntuk…padahal dekat aja tu…
Ni pintu masuk ke istana sultan….tgk tulisan jawa lama tu…..boleh faham tak? akak memang tak faham..ni pun tak sempat gi….
Ni pun kami tak sempat pergi…..kat sana kalau naik beca kena bincang dulu tau harganya…kalau naik aje …kena tipu…..

Ni di panggil andong….(doker) sebelum naik tawar menawar dulu tau…..

Selepas suami Bersama N balik dari sembahyang jumaat di masjid berhampiran..kami di bawa ke restoran yang menjual makanan khas jogjakarta iaitu gudeg…tulah kadang-kadangJogjakarta ni di panggil di panggil Kota Gudeq……..sebenarnya gudeg ni …. bahan asas dia dari nangka….tapi dimasak dengan rempah khas (disini panggil bumbu)…lama pulak masak tu.. akak tak tahu pulak macammana cara masaknya… di restoren tu kami minum air kelapa dan es jeruk (air limau) masa makan. Dan semestinya ayam kampung yang di panggang….. yang telah diperap dgn rempah dan di bakar di atas arang kayu …sedap sangat..harga dia….murah pulak tu…akak , suami dan anak 2 orang makan sampai 2 ekor…orang kedai pun hairan..macam tak pernah makan aje kita orang ni…


Selepas kenyang…kami ke tempat pertukangan batik…

Kat sini pun banyak lukisan… cantik-cantik pulak tu…akak tak beli jugak…masa tu tak terbukak pulak hati nak beli…..dahlah harga dia murah giler…kalau pandai tawar lagi bagus……..apa nak buat ..benda dah lepas..ada jual jugak baju batik..kain batik tulisan tangan ………topi dan sewaktu dengannya..semua di buat corak batik..kreatif betul diaorg ni…..tapi kami tak beli..harganya mahal lagi rasanya..pasal kami cadang nak beli product batik ni ke jalan malioboro aje…tapi kat sini barang dia memang berkualiti….almaklumlah tempat ramai pelacung datang…..

Hari pun dah petang..kami gi pulak kat kedai yang jual barang jati…..seronok…berderet-deret kedai yang jual barangan jati ni..rambang mata di buatnya….macam-macam ada……………
Murah giler…….masa nilah suami akak terkenan dengan meja makan, katil dan kerusi jati…
…..akak pun sukahatilah….dulu masa kat malaysia … dia tak minatpun… dia kata harga kat m’sia mahal sangat….kat sini ….dia pulak yang lebih…. tapi dia mintak sebut harga dulu….

Pasangan N dan L confirm tak nak beli apa……dia orang ingat nak beli kat Jepara, Jawa Tengah, Indonesia tempat pembuatan barangan jati yang fofular…. tapi akhirnya dia beli aje kat Jakarta…pasal tak sempat pergi nak gi ke sana……akak sekeluarga pulak yang dapat pergi ke Jepara…..N dan L menyesal tak sudah lepas tu…..


Dalam perjalanan balik ke hotel jumpalah pulak orang jual durian….apalagi..suruh pemandu berhenti ……….sebenarnya durian kat indonesia ni mahal giler………..kat jakarta lagilah up harga dia…..kadang-kadang kalau gi kat C4 di jakarta tenguk harga durian…….boleh kempis poket di buatnya…..di jogjakarta ni taklah mahal sangat….lepaslah gian……………yang si imran dan athirah yang makan beria-ia sangat……….

Sampai kat bilik dah penat….makan malam pun kat sekitar hotel aje…
Nanti sambung lagi…………

JOM JALAN-JALAN (1)

Ni lepas dari pintu masuk…peniaga asongan (peniaga jalanan)takboleh masuk kat sini…….ada orang jaga…

Ni masa kat bawah lagi ni..belum capek lagi (penat)masih boleh senyum lagi….

Ni muka dah penat..nak senyum pun dah tak larat dah…….
Hari ni nak cerita pulak jalan-jalan ke Yogyakarta, Jawa Tengah, Indonesia.

Masa akak tinggal di Jakarta..akak dapatlah jalan ke sini.Kami bertolak dari Jakarta pagi-pagi lagi. Masatu cuti hari raya cina( kat sini di panggil Tahun Baru Imlek) bulan Februari 2006, pergi pulak last minute punya pogram. Sebab tiket kapalterbang (kat sana panggil pesawat) dan habis cuma tinggal tiket keretapi..kamipun tak ada pilihan lagi. Nak naik bas tak sanggup pulak rasanya pasal pergi dengan satu pasangan malaysia yang ada 3 orang anak yang masih kecil.

Dari rumah di Kuningan kami bertolak dalam pukul 7.00 pagi. Naik teksi ke stesyen(stasion) keretapi di Gambir, Jakarta (disana panggil kereta dan kereta pulak panggil mobil).Kononnya ambillah tiket executive pergi dan balik tiket bisnes. Sampai kat situ punyalah ramai orang..yang nak bercuti..nasib baik tpt nak naik yang keretapi executive tu ada lorong dia sendiri. Jadi tak payahlah berebut. Ingatkan mcm dalam kapal terbang tu rupanya.dan pun executive dan harga tiket yang mahal…rupanya mcm naik keretapi di malaysia aje..cuma tempat duduk dia besar sikit.. dan makanan dan minuman yand disediakan pula……bolehlah untuk menahan lapar dan dahaga. Nasib baik ada bawak bekal nasi goreng dan air kotak..jauhnya..anak-anak dah penat dalam keretapi..tidur dah..main dah..makan dah..tak sampai-sampai lagi…

Setelah menempuh perjalanan dari jam 8.00 pagi hingga ke pukul 3.30 petang (jauhkan)
pekerja hotel telah tunggu di stesyen keretapi Tugu. Kami semua menginap di Hotel Saphir Yogyakarta. Masa tu pemandu tu tanya :-
Pak Supir : Bapak mahu mobil ngak…Kalau bapak mau..saya bisa urusin…
Kata N :-Mobilnya bagus ngak…Harganya berapa?
Pak Supir : Kalau bapak mau…saya ada teman..mobilnya jenis kijang (mcm unser tapi yang lama)..Harganya bisa di tawarin….
N : Bapak bagi aje no h.p.nya..nanti saya akan tanya sama dia…
Pak Supir : Ni no h.p.nya..Nanti bapak bagitau nama saya ya..ni kad saya..(dia ni dpt komisen nanti)
Kami malas nak cari lagi van ni pun setuju aje. Dia pun bagi no phone. Selepas mandi N call orang yang setuju nak sewa van dia. Harga dalam Rp250,000…Setelah berbincang kami setuju
dengan harga ni…Dah tak boleh tawar menawar lagi..
Dah settle dah pasal pengangkutan nak jalan-jalan untu esok hari. Lepas maghrib kami di bawa makan ke satu tempat yang di panggil Rumah Makan (sebenarnya restoren) dalam 2 km dari hotel tu. Memang sedaplah…Makan ayam kampung dan nasi berserta sambal belacan (sambal terasi).
Bila sampai bil…hem…msg-msg tergelak..ingatkan mahal sgt pasal kami makan ayam dalam 4 ekor (kan ayam kg kecil) rupanya murah giler…tak apalah mcm tu…jimat belanja…

Nak balik ke hotel, van hotel dah balik. Pasal kami tak suruh tunggu. Jadi pasangan N dan L berserta anak dia tak larat nak jalan kaki balik ke hotel. Diaorg naik teksi.Akak sekeluarga jalan kaki aje..saja nak tgk pemandangan malam. Sepanjang jalan tu tkg beca ashik panggil aje..agaknya dia hairan..apa pasal bawak anak kecil jalan malam-malam..dia orang tau kami orang luar..pasal kat sana mana ada orang pakai tudung stail akak pakai….tapi kami buat tak tahu aje…Letih jugak jalan malam ni..singgah beli kacang rebus dan jagung bakar. Sampai ke bilik semua cepat tidur pasal dah penat.

Hari kedua…..Masa tu van yang dibooking dah ada depan hotel. Lepas bf kami pun ingat nak jalan-jalan ke Candi Borobodur dan Candi Pramban…sebenarnya banyak candi di jogja…..tapi yang popular 2 candi ni. Masa tgk van ni dari luar okey aje…..tapi bila dah jalan…alamak aircond kat tpt penumpang rosak. Terpaksalah bukak tingkap..Kami semua dah naik angin..suruh tukar aje van yang lain. Mungkin dia org ni saja nak sabotaj kami..dia kata van lain org lain dah book…

Sambil merungut tu…dan kepanasan dalam van…sampailah di Candi Borobudur kat Magelang.Kat Borobudur ni tempat sembahyang orang Buddha..Bila Hari Wesak..penganut dia sambut secara besar-besaran. Nak masuk sini kena bayar dalam Rp9,000.00 (Rm4.20) masa dulu.. Kalau org tempatan harga lain..kalau org luar seperti pelancung mat salleh lagi mahal harganya..berganda-ganda. ..banyak pulak beza tu….nasib baik tukang supir (pemandu) baik hati..dia belikan tiket utk harga org tempatan. Baru aje masuk ke dalam…….aduh dah di serbu oleh peniaga asongan dan pengamen
(peminta sedekah)… peniaga ni nak suruh beli barangan cenderahati dan sewa payung (hairan jugak buat apa dia org ni suruh sewa payung).Yang pengamen pulak minta sedekah… Kalau boleh jangan di layan peniaga asongan dan pengamen ni..kalau beli kat satu peniaga..berduyun lagi yang datang..lagi satu jangan nak beri sedekah kat sini..bagi kat seorg..nanti ramai yang datang.. Pasangan N dan L sewa payung pasal dia ada anak dia kecik atas kereta sorong bayi tu. Kita org ni berlagaklah konon..malas nak sewa..pada hal bukannya mahal pun…Rp2,000 dalam RM1.00. Mungkin masa cuti..jadi orang agak ramai.

Suami akak malas nak naik atas..dia tunggu kat bawah aje..Kesian tgk N sekeluarga..Dahlah tempat tu tinggi…. dgn kereta sorong bayi yang berat..Pelan-pelan akak memanjat dgn anak akak.. Tgk-tgk tingginya lagi… . cuaca mula panas terik ..Patutlah dia org buat perkhidmatan sewa payung..rupanya memang payung tu berguna untuk menahan pancaran matahari..Padan dgn muka akak..Tadi berlagak.. Aduh naik longgar kaki akak…tapi tgk pasangan tu boleh naik dgn kereta sorong dan anak kecil lagi..akak pun kena kuatkan semangat. Sebenarnya candi ni candi buddha..kalau hari wesak….orang buddha sembahyang kat sini…Disekeliling tu penuh dgn ukiran patung-patung. Kalau nak penterjemah kena bayar tau..Tapi kena pandai tawar menawar..Kalau diaorg tgk org luar lagi dia org cekik harga. Tukang ambil gambar pun ramai.

Berpeluh dah atas bawah..barulah sampai kat atas…Hush…nasib baik pemandangan cantik….Masa tu tak ada kamera..harap belas ekhsan pasanganni…Kalau tidak..orang tak percaya yang akak dan anak dah sampai di 7 tempat ajaib di dunia..Dah puas bergambar akak dan pasangan N turun….kalau nak turun gunakan balik jalan masa naik ni…kalau tidak nanti sesat…..Nak turun laju pulak tu..Cari tempat orang jual air…Dah minum kemudian jalan-jalan kat tempat orang jual barangan cenderamata..belilah baju t-shirt dan benda yang banyak dijual adalah replika borobodur dan replika kepala buddha….(ni akak tak beli…pasal hb tak bagi)

Dah keluar dari tempat tu pun kena serbu lagi dgn peniaga jalanan ni…nasib baik pemandu tu bawak van cepat..kalau tidak..tak tahulah..dia orang mcm memaksa kita suruh beli…Iyelah dia orang cari makan dengan cara ni….Perut pun dah lapar..suruh pemandu cari tempat makan yang best..dia bawak gi tempat makan di tepi jalan..best..tepi sawah padi…bersih dan duduk atas lantai aje..(lesehan)..Rasanya dalam jalan-jalan cari makan akan tunjuk tempat ni. Ikan yang popular kat sini ikan gurame (ikan kaloi) dan ikan keli (dipanggil ikan leleh). Kami suruh tkg masak bakar ikan ni… dan cicah dgn sambal yang disertakan dengan timun…..dan kacang panjang mentah….yum..yumm..memang sedap .Pastu order pulak ayam kampung…kat sini memang guna ayam kampung… jarang jumpa orang jual ayam bandar…anak-anak pun suka makan ayam….ayam tu digoreng dan akak teringin nak makan sup buntut (sup ekor). Air pulak air es dawet (mcm cendol) es jeruk (air limau) dan air alpukat (ovacado campur coklat).dan juga es teller (segala jenis buat ada kat dalam ni..mcm kelapa..nangka…).Kat sini avacado murah giler….Yang bagusnya ..ada tempat solat Memang kelas makanan dan kebersihan kat tempat ni..Pasal kalau tak biasa makan dan kebersihan tak di jaga seperti makan di sebarang tempat..kalau perut tak tahan….alamat kena cirit birit..kalau gi sini kalau boleh beli air dalam botol..jangan suka-suka minum air tepi jalan..ni nasihat akak…pasal banyak dah orang terkena penyakit ni..almaklumlah kalau dah kena cirit birit..tak boleh buat apa- apa..nak jalan-jalan pun dah tak larat…ashik ke toilet lah jawabnya….Sayang si N tak ambil gambar masa kita orang makan kat sini. Selepas perut kenyang dan solat kami pergi ke satu lagi candi yang popular..Candi Prambanan…

Candi Prambanan ni letaknya tak jauh dgn candi borobodur .Ni tempat sembahyang orang hindu zaman dulu. Nak masuk kena bayar jugak tapi taklah mahal mcm kat Candi Borobudur.. dalam Rp8,000.00 (RM3.00) .Kat sini ada 3 candi yang terbesar..Candi Sewo, Candi Plaosan dan Candi Kalasan..yang bestnya kat sini tak ada gangguan dari peminta sedekah dan peniaga asongan…Mcm-mcm makanan ada di jual kat sini..tak akak tak ada seleralah nak makan…Kat sini orang tak seramai di borobudur.Tapi tempat dia lagi luas…jalan memang penatlah….yang bagusnya tak payah panjat memanjat…Oleh kerana hujan kami terpaksalah sewa payung…Dah puas bergambar…kami ke tempat jualan cenderamata. Belilah skt-skt cenderamata sebagai kenangan…

Dalam perjalanan balik badan dah penat..Akak ambil kesempatan mengurut seluruh badan kat dalam bilik di hotel..murahnya..best pulak tu..masa tu hb dan anak-anak kena duduk luarlah…..Lepas makan..apalagi tidurlah…. ….nanti sambung lagi ye cerita ni….
Anak akak dan anak L berangan macam pengawal istanalah pulak…

Ini ajelah gambar yang ada…nanti sambung lagi ye ……..Tung..guu…….

p/s Nasib baik akak pergi awal..kerana pada 27hb. Mei 2006..Yogyakarta di landa gempa bumi..Candi Prambanan ni rosak teruk….kena repair balik…Kalau tidak ..dapat rasa macammana rasanya gempa bumi………A……tak mahulah kena gempa bumi..Takut….Kawan hb 2 orang kena gempa ni…bila dia org gi lawat kat sana…Alhamdulliah…mereka terselamat….Tak dengar pulak cerita dari 2 orang ni..pasal tak jumpa lagi……