Jalan-jalan ke museum

Walaupun dah lama pergi ke sini..akak nak masukkan jugak..untuk kenangan…peduli apa orang nak kata…janji akak happy…

Masa duduk jakarta dulu akak tak pernah teringin nak pergi ke muzium di sini..tapi bila adik datang tahun 2006…dia ajak jalan-jalan ke situ…salah satu yang kami pergi ialah di Muzium Fatahillah…jauh betul dari rumah akak. Ejaan muzium kat indonesia museum.

Pemandangan dari tingkat atas muzium…dataran kat depan muzium..

Masa ni ambil di pintu masuk muzium.

Nak masuk ke sini kena bayar..tapi tak mahal…masa time tu dalam RP2,500..lebih kurang 0.90sen duit malaysia..yang seronok tu tenguk barang-barang jati…semuanya jenis yang lama..

Museum Fatahillah ni juga di panggil Museum Sejarah Jakarta atau Museum Batavia..letaknya di Jalan Fatahillah, Jakarta Barat..

Geram betul tenguk perabut jati lama ni…masih cantik lagi tau…berkenan dengan ukiran kat katil tu…

Tenguklah ukiran bidai yang besar ni…

Muzium ini dulu adalah Stadhuis atau Balai Kota, yang dibangun pada tahun 1707-1710 atas perintah Gabenur Jenderel Johan Van Hoorn. (akak ambil dari wiki)

Bangunan muzium ni serupa bentuk dengan Istana Dam di Amsterdam , terdiri atas bangunan utama dengan dua sayap di bagian timur dan barat serta bangunan sanding yang digunakan sebagai kantor, ruang pengadilan, dan ruang-ruang bawah tanah yang dipakai sebagai penjara. Akak ada pergi ke belakang muzium tenguk penjara tu..tapi tak teringat nak ambil gambar…penjara tu lebih kurang macam rumah kg di muar…bawah dia berpagar tapi pagar besi… yang ni lagi rendah lantai bangunan …..kalau jalan kat bawah penjara tu kena membongkok….

Pada tarikh 30 Mac 1974 gedung ini kemudian diresmikan sebagai Museum Fatahillah.

Kat dalam muzium ini ada beberapa peninggalan sejarah kota jakarta (Batavia) seperti kapak batu, lukisan Jan Pieterszoon Coen berasal dari Hoorn(Belanda), satu set batu timbangan mata wang real, perabut meja dan kerusi yang digunakan oleh Pemerintahan Hindia Timur.(pun ambil dari wiki–tak ingat nak catat dalam buku pun masa tu)

Yang banyak kat dalam muzium ni lukisan dan perabot jati.

Ni lukisan sape tah..tak baca pulak sape dia…

Adik akak bergaya depan arca…

Masa nak balik adik ipar ambil gambar depan pintu masuk muzium..anak dia dah start nak melalak…

Masa nak balik ambil gambar kat meriam di depan muzium…

Panas betul cuaca masa kami pergi ke situ…..lepas tu kami pergi ke satu lagi muzium…dekat aje..cuma seberang jalan aje…

nanti sambung lagi….

Ke Taman Mini Indonesia

Sepanjang 2 tahun lebih tinggal di jakarta..taman mini indonesialah yang selalu akak pergi..ada yang pergi dengan A…ada yang pergi dengan L…bawak adik akak pun pernah….tempat ni memang luas…kalau jalan memang penat..lebih-lebih lagi bila bawak budak kecik….lepas tu banyak pulak tempat yang nak kena pergi. ..ada muziumlah…ada permainan airlah..dan taman bunga…… setiap tempat di indonesia ada replika rumah mereka…..seperti rumah bali, sumatera…kira-kira kalau gi sini..macam dah melawat satu indonesialah……

Nak masuk sini kena bayar tau…murah aje bayarannya kalau nak dikira dalam rupiah…yang tak bestnya kat sini…kalau bawak kereta pun di bayarin jugak.kereta kena bayar Rp10,000…kalau naik motor lain pulak bayarannya ..murah sikit dalam rp6,000….lepas tu penumpang pun di kira ikut kepala…kalau kanak-kanak di atas 3 tahun kena rp9,000 setiap seorang.. Kat pintu masuk banyak betul orang pakai baju bentuk harimaulah…arnablah…nak ambil gambar kena bagi tip tau…bukannya free….

akak malas nak ambil gambar tapi anak-anak ni yang teringin…bagi ajelah Rp2,000 (RM0.80sen)…murah kan..

Mula-mula jumpa rumah jawa tengah dan semestinya replika borobodurlah yang ada kat situ…sebenarnya ada jugak pertunjukan kesenian kat belakang tu..tapi selalunya hari minggu baru ada..kami tak suka pergi hari minggu orang ramai…ni pergi dengan russhdi..masa ni dia datang seorang….masa tu cuti semester….tension dia…dia nak ambil gambar…budak-budak ni sibuk aje…

Masa ni pergi dengan adik lelaki dan isteri dia…

Yang ni bersama L…kalau pergi sini kami memang bawak air dan makanan…kat sini memang ada orang jual makanan dan minuman tapi tang makanan tu kena tenguk jugak…akak kan cerewet…lepas jalan-jalan..penat…lepaklah sekejap…

Saje aje nak bergambar kat tempat orang main gamelan…

Tak pergi bali pun tak apalah…ambil gambar dengan adik ipar kat pintu rumah bali…geram betul tenguk pintu….lawalah….kalau pasang kat rumah akak..tentu grand…

Russhdi pun nak ambil gambar jugak…

Tak ingat pulak ambil gambar ni kat rumah mana tah…

Tengah jalan-jalan dengan A…ada pulak pelancung dari korea nak ambil gambar..nak buat kenangan katanya…

Kat rumah jawa….masa ni anak buah akak ikut jugak…pasal mereka berlima termasuk mak dan abah ambil passport visitor…guna passort tu untuk sekali masuk aje…takkan mereka nak buat seorang satu passport….satu dah RM300…x 5 orang dah berapa….kalau guna passport tu cuma bayar RM250.00 sahaja…bukan mereka nak datang banyak kali pun…

Ambil di rumah orang Papua…bukan free tau…kena bayar…share dengan L….

Ni pun di rumah papua…




…banyak ambil gambar kat sini..pasal rumah ni yang paling best..yelah rumah orang asli kan..nak gi ke papua tu jauh sangat..semua dah pergi cuma firdaus aje yang belum pernah datang sini..entah kenapa akak pun dah lupa…

Kat rumah nusa tenggara timur…

Rumah Nangroe Aceh Darussalaam….kata belakang rumah nilah baru akak jumpa pokok kari…..punyalah seronok masa tu….pergi dengan L dan bibik….suruh bibik ambil banyak-banyak..kat jakarta mana ada daun kari….penduduk kat sini..tak tahu masak kari kot…

Kat dalam rumah acheh…

Depan pelamin pengantin daerah Acheh

Yang ni pulak di panggil Istana Anak-Anak Indonesia…nak masuk kena bayar jugak…ada jugak permainan

Imran bergaya depan patung kuda…masa ni akak pergi bertiga aje …anak-anak semua kat malaysia…tinggallah si bongsu ni aje buat penghibur hati…

Layan ajelah gambar ni ye…ni kat umah kalimantan timur..












Rumah mini banyak betul lah…rumah maluku..rumah kalimantan timur, tengah, selatan dan barat, rumah acheh, rumah jawa tengah, rumah papua, banten, sulawesi tengah, tenggara, selatan dan utara, rumah bengkulu, jambi, riau, sumatera utara, barat dan selatan, rumah jawa barat, rumah jawa timur, rumah jakarta, rumah yogjakarta, bali, nusa tenggara barat dan timur, rumah gorontalo…kan banyak yang di jenguk tu….tu sebabnya akak pergi banyak kali…satu hari tak boleh habis..
Imran masa ni boleh senyum lagi…bila dah cuaca panas dan penat berjalan dia punya angin pun datanglah….

Dah mula tarik muka….nak ambik gambar pun tak berapa hendak….

Oleh sebab kawasan tu luas..jadi di sediakanlah titihan samirono/aeromovel…ala macam monorail tu…nak naik pun kena bayar jugak….

Nak naik ni pun perlu di bayarin….

Yang ni di panggil di panggil skylift atau pun kereta angkut…..takut akak nak naik ni…takut jatuh dalam tasik nanti…semacam aje akak tenguk…harga nak naik ni Rp20,000 (lebih kurang RM8.00)..best lagi naik cable car genting tu…

Antara muzium yang ada kat sini..muzium indonesia namanya…

Ni pulak muzium telekomunikasi..

Ada taman jugak ..yang ni di panggil taman kaktus..

Ada juga taman burung..

Ada jugak kolam renang…



Tulah akak dah kata..tempat ni besar sangat sampai si imran tension bila ashik pergi kat sini..penat katanya…sampai terduduk dah..tak mau jalan lagi…jadi sesape yang sesat di jakarta tu dan nak pergi ke taman mini indonesia ni..akak nasihatkan pergi pagi-pagi tau…kalau idak jadi macam anak akak…..dan lagi satu bawak air banyak-banyak..kalau malas nak bawak..beli aje..kedai makan pun banyak kat sini…nak makan pun boleh..memang banyak sebenarnya gambar kat sini…tak kan nak show semua..nanti orang jemu tenguklah pulak…….

Jalan-jalan ke jakarta (1)


Oleh kerana Jakarta terbahagi ke 5 bahagian iaitu Jakarta Selatan (tempat akak tinggal), Jakarta Utara, Jakarta Barat, Jakarta Pusat dan Jakarta Timur jadi banyak betul shopping complex.kat sini orang panggil mal…ada yang akak pergi dan ada yang tak pergi…pasal jauh dan lagi satu tempat tu macam sama aje…akak gi yang dekat kawasan rumah aje seperti :-

Blok M Mall – selalu pergi – harga barang berpatutan. Kat sini selalunya tak boleh tawar barang..ya bu…harganya pas..ngak bisa di tawarin…..

Pasaraya Grande, Blok M..sebenarnya sebelah Blok M…kat sini jugak selalu ada Pesta Makanan Indonesia…hb suka gi kat sini…dapat rasa macam-macam masakan popular indonesia..

Senayan City..pergi sekali aje..barang berjenama….

Pemandangan kat dalam senayan city..memang tak pernah beli barang kat sini..

Pemandangan kat dalam Plaza Senayan.(tak sama dengan Senayan City) .kat sini ada tempat main bowling..boleh dikatakan setiap bulan memang pergi ke sini.. …pasal suami akak suka masuk pertandingan bowling yang selalu di adakan di sini..pastu…selalu pulak menang…selalunya hadiah dia wang tunai..rp lah..jadi akak dapat habuan sikit..tu sebab rajin ikut dia gi kat sini….akak dan imran jalan-jalan tenguk wayang sementara suami main bowling….atau pun lepak makan-makan kat mc donald ataupun kfc..barangan berjenama yang banyak di jual kat sini.

Nilah Plaza Indonesia..tempat barangan berjenama. window shopping bolehlah..

Hiasan di dalam Plaza Indonesia..memang tempat orang kaya shopping..akak jalan-jalan aje..takut masuk ke dalam butik..pasal poket kempis.

Tempat lepak kat dalam Plaza Indonesia..bestkan tempat lepak dia…

Pergi sekali aje…barangan pun banyak yang branded. Nama shopping complex ni Puri Indah Mall di Jakarta Barat. Agak jauh dari rumah akak.

Kat sini best shopping..harga barang berpatutan..nama shopping complex ni ITC Mangga Dua di Jakarta Utara..tapi jauh dari rumah akak..pergi pun 2-3 kali aje..itupun dah boring duduk rumah..

World Trade Centre (WTC) ni pun jauh dari rumah akak..kalau nak beli barang pun berpatutan..shopping complex ni di Jakarta Barat. Boleh beli barang kat sini….sebenarnya shopping complex ni baru bukak masa akak di sana..

Mangga Dua Square di Jakarta..kalau ikut travel agensi memang nilah salah satu tempat yang akan mereka bawak..

Pondok Indah Mall 2, Jakarta- pergi sekali aje..ni kat Jakarta Selatan-katanya tempat artis indonesia suka lepak..ni pun kat dalam Pondok Indah Mall..adus barang berjenama jugak tau..tak mampu akak nak beli.

Shopping complex jakarta city centre (Jacc Mall) pergi sekali aje…tu pun beli bantal yang bentuk katak..rama-rama dan butterfly..tak bestlah tempat ni..

Kat dalam jakarta city centre…masa akak di sana..shopping complex ni baru sangat di buka..jadi kedai tak banyak lagi yang dibuka…

Yang ni pun tempat org kembung poket belanja..Plaza Sudirman namanya..akak pergi sekali aje..banyak barangan berjenama..

Kat dalam Plaza Sudirman ni orang pun tak berapa ramai…sebenarnya yang buat ramai tu bila ada acara..spt pertunjukkan fesyen…yang jalan-jalan aje yg ramai..yang membeli kurang..macam akaklah tu….poket kempis…pergi pun pasal boring duduk kat rumah…

Kat Plaza Semanggi nilah boleh dikatakan setiap bulan kena pergi..pasal nak cari makanan made in malaysia…lagi pun dekat dengan rumah..kat Jakarta Selatan jugak.

Giant di Plaza Semanggi..kat sini kadang-kadang ada jual burger ramly..tapi yang dah siap di masak…kalau nak lepas gian..belilah jugak..selalunya si imran suka makan..akak ambil sikit..banyak jugak jual daging burger dan sosej kat sini..tapi keluaran indonesia..tekak akak ni mengada-ada…tak boleh masuk pulak…

ITC Cempaka Mas…kat sini pergi sekali aje…ni kat Jakarta Pusat. Tempat ni jauh betul dari rumah akak..pergi 2 kali…itupun ada member suami yang datang ke sini ajak beli kain batik dan telekung kat sini…kami ajak ke pasar tanah abang dia tak mahu…

Shopping complex Mal Taman Anggerik Tanjung Duren Jakarta Barat…orang sini kata kepunyaan anak Presiden Suharto…barang berjenama..pergi sekali..itupun dengan adik akak…

Bukan beli apa pun..adik ipar dan anak buah beli cenderahati untuk di bawa pulang ke kl..

Didalam Mal Taman Anggerik juga..di tempat yang berlainan..yang mereka pergi shopping complex ni ajelah..banyaknya beli kat Pasar Tanah Abang.

Shopping complex yang ni pulak..baru bukak masa akak nak balik kesini..memang dekat sangat dengan rumah akak..barangan berjenama…akak pergi pun sekali..pasal ada jualan kraf tangan indonesia.

Kat sinilah tempat yang shopping akak…. akak selalu pergi kalau nak beli telekung, kain batik, jubah,baju batik dan segala baranglah.(akak bila balik jual barang-barang ni semua).akak jarang masuk ke dalam shopping complex. tu..beli kat pasar di bawah..murah sikit harga dia…tapi kalau nak pergi ke sini..kena pergi pagi-pagi..kalau dah tengahari..panas berdentum…berpeluh wei….akak selalu pergi kat kedai yang sama….itu pun kadang-kadang sesat..kerna ada 4 ataupun 5 blok bangunan……
Kawasan pasar ni memang besar giler..kedai pun banyak…memang ambil masa jugaklah kalau masuk sini….. lagi satu kalau pergi ke pasar ni mestilah berdua, seelok-eloknya ada orang lelaki..ataupun bawak orang indonesia sebagai teman…bahaya kalau pergi seorang. Kalau nak beli barang mesti tawar ye..bila penjual dengar kita cakap aje dia orang dah tahu org luar..jadi mereka akan naikkan harga…

Bila nak balik..nak cari teksi payah…jalan jem..kalau nak naik teksi naik teksi yang tulis bluebird..kalau yang lain nanti kena tipu…pasal dia dengar kita cakap aje..pemandu teksi tu tahu..yang kita org luar..dia ingat org malaysia ni kaya..

Ibu mau kemana?
Mall Ambasador ye….di itc kuningan….

Nanti dalam teksi dia tanya lagi…

Ibu aslinya orang mana?
orang Palembang pak…..kadang-kadang tipu….orang medan pak…

Pernah sekali tu akak pergi bertiga naik teksi..bukan blue bird…..masa nak balik dari tanah abang…bila pemandu teksi dengar kita borak bahasa melayu…dia pun bawak pusing jauh…meter tu naik berganda-ganda..bengang jugak..tapi takutlah nak cakap…sejak tu serik nak naik teksi yang tulis nama lain.

Kalau nak solat pun senang kat shopping complex ni..tempat solatnya besar tapi di tingkat atas
sekali…kalau nak shopping dari pagi hingga ke malam pun boleh..

Pernah jugak makan kat sini…masa tu dah ada kereta…makan dengan suami dan imran…seperti biasa mestilah masakan sunda dan minang..food court ni kat tingkat 8.

Tempat yang sama jugak ni…tapi masa ni ada pesta makanan…


kat pasar ni jugaklah akak pernah kena ugut dengan penjual tuala (rupanya preman)..masa tu pertamakali ke sini…memang bawak bibik…imran akak tinggalkan kat rumah dengan ayah dia..bibik kata merbahaya bawak budak ke sini…..memang imran tak pernah datang ke pasar ni..kecuali ke shopping complex tanah abang..

belanja bu…belanja bu….
akak ni pun layanlah penjual ni….berapa?
15,000 bu….akak rasa murah…nak beli 2….tiba-tiba dia tanya….
ibu orang malaysia ya….akak pun jawab dengan jujur….
ya…benar….
bayarin pakai ringgit malaysia aja….
mana bisa..saya ada rupiah aje...
ibu bohong.…saya mau ringgit malaysia….dia dah pegang tangan akak…
akak dah takut….nasib baik bibik tarik tangan akak…..
lari bu..itu preman (samseng)…..akak dan bibik lari ke kedai berhampiran..
nasib ibu ngak di todong (dihulur pisau)
alhamdulliah…..ngak jadi apa-apa….terima kasih banyak ya nor…….

sejak tu akak serik nak beli dengan penjaja yang berkeliaran…beli kat kedai kat situ saje..memang kalau pergi mesti bawak bibik..

Kat sinilah tempat yang akak selalu pergi pasal ada C4..kan nak beli barang dapur….dipanggil ITC Kuningan.dari itc kuningan ke mal ambasador……sebenarnya ada jambatan yang bersambung di tingkat 4..jadi tak payahlah keluar dari itc ni cuma pergi ke tingkat 3 di itc langsung menyeberang ke mal ambasador ni..tak yah lintas jalan di bawah..

Ada lagi satu jalan bawah tanah yang menghubungkan complex ni dgn itc tadi..kat mal ambasador nilah tempat akak selalu gunting rambut, urutan kaki, manicure, padicure dan buat rawatan muka..urutan badan dan perkara yang berkaitan dengan wanita..bukan nak berlagak tau…pasal harga yang di tawarkan murah sangat…kalau urut kaki hingga ke tangan hingga ke kepala baru RM20.00 sape yang tak mau kan…balik kat sini tgk buat tu semua mahal giler…kat sinilah jugak baru pertama kali akak belajar ni semua..itu pun member yang ajar..yelah bila lagi nak rasa..dah masuk umur 40..an barulah merasa ni semua dan kebetulan pulak rezeki murah bila duduk kat sini..masa mak dan abah datang pun akak bawak mereka ke sini..

Masa kat dalam busway….tambang memang mahal sikit… yang bagusnya…jadi tak gangguan dari pengamen (peminta sedekah) kalau sape yang nak gi ke monas…wtc mangga dua….blok M..akak cadangkan naik bas ni….jangan naik bas yang lain bahaya..banyak pencopet (penyeluk saku)
Akak selalu naik teksi dari rumah akak gi ke stesyen Semanggi..tapi kalau tak biasa boleh sesat tau…

Macam nilah stesyen tempat nak naik bas ni…kat sini orang panggil bis…

Bila orang nak gi dan balik kerja..memang ramai orang…kalau hari cuti pun ramai….kalau penuh kena tunggu bus yang lain…selalunya tak lama…bas akan tiba..kalau akak nak naik bus ni..akak pergi masa pukul 10.00 pagi..masa orang pergi kerja..orang tak berapa ramai masa tu….balik sebelum orang balik kerja…

Nilah busway transjakarta…kalau ada kat malaysia kan bagus….tak yah naik teksi atau bawak kereta nak kemana…

Busway transjakarta ni ada jalan dia sendiri…bas lain atau teksi dan kereta tak boleh lalu kat jalan ni..nanti kena saman dek bapak polisi..

Berhenti kat sini dulu ye..nanti sambung lagi ye…


Jakarta (Bahagian 1)

Sebenarnya berat hati nak berhenti kerja bila suami akak nak pindah kerja ke Jakarta….fikirkan gaji dah banyak…walaupun kerja guru tabika tapi gaji lebih dari RM1,000…lebih..kerja pulak separuh hari..bila cuti sekolah…kita pun ada kat rumah…cuma yang tak tahan kena gi kursus…

Mula-mula suami balik kerja bagi tau:-

Macamana ina….abang kena transfer ke jakarta tau…lama juga dalam 2 tahun..nak ikut ke tidak?
Ala..apa pasal lah kena gi sana….payahlah…inakan kerja….nanti sape nak bagi mak duit dapur..?
Tak apa…fikir dulu…dia orang bagi masa sebulan nak prepare…kalau susah..ina duduk sini..abang pergi single status…kalau pergi single status rugi tau….tak dapat beli barang…kalau pergi family status….nanti nak balik dapat kontena…boleh beli barang jati….pastu anak-anak semua dapat buat international pasport….
Okeylah macam tu …ina fikir dulu. Rasa-rasanya macam malas aje nak ikut abang…

Dari akak dalam pantang masa melahirkan liyana…suami akak dah memang kena kerja kat.. sana..tapi taklah lama..lebih kurang 2 atau 3 bulan aje…pastu selalu jugak dia gi abu dhabi (pernah kena tinggal 6 bulan..2 kali pulak tu)…vietnam..tapi paling kerap ke jakartalah…jadi dah biasa kena tinggal…tapi kali ni 2 tahun..mana boleh jadi…kang jadi cerita lain pulak…

Masa tu akak ashik tanya pendapat emak, abah, kakak dan kakak ipar termasuk juga member-member di tempat kerja..ada yang kata ikut…ada yang kata tak payah ikut….ada pulak yang cakap… .jangan main-main..perempuan sana lawa-lawa..nanti suami bawak balik perempuan indon baru padan muka….walaupun akak tahu dia orang bergurau…tapi hati tu tetap cuak jugak….hi..hi.hi..sape yang tak sayang suamikan..lagipun anak ramai be….nanti sape nak tanggung …kalau suami buat pasal……fikir punya fikir lama-lama akak dengar nasihat emak dan abah..

Ngah..(mak dan abah panggil ngah) baik ikut suami ke sana…bahaya tau…kat situ kan tempat orang……nanti…kalau duduk seorang..makan dan pakai bibik yang siapkan…..terpikat pulak pulak suami dengan orang bibik tu….melopong nanti….nak fikirkan kerja ke atau nak fikirkan suami….duit boleh cari…suami kalau kena kebas…baru tau…..

Akhirnya sebelum cuti persekolahan akhir tahun 2004 akak bagi surat letak jawatan dengan berat hati….masa tu suami akak dah pergi dulu dah ke jakarta. Sebelum dia pergi kami anak beranak buat passport dulu..untunglah sebab semua company tanggung. Dapat tiket kapal terbang pergi ke sana. Sebelum tu kena packing barang-barang yang nak bawak.. … Company siapkan kontena…akak masukkan segala brg termasuk batu tumbuk dan basikal imran..kalau tinggal kat sini sape yang nak pakai. Bawak baju dan juga buku-buku imran dan ira. Kat rumah di jakarta tu segala keperluan rumah tangga dah ada…..jadi pinggan mangkuk tak payah bawak.

Nilah basikal yang akak angkut ke sana….masa nak balik sini…bagi kat anak bibik..

Cuti sekolah 2004 …akak berangkat ke Jakarta dengan perasaan sedih meninggalkan emak dan abah. Suami akak kebetulan balik dari sana. Yelah..manalah akak tahu nak naik kapala terbang ni…tak tahu nak check in dan benda-benda remeh temeh kat airport tu. Masa tu cuma ira, imran dan yana yang ikut..Russhid dan Firdaus tak dapat ikut …ada hal… Kami naik dari train dari KL Sentral aje..masuk beg pun kat situ jugak…oleh sebab suami ada..jadi akak tak gelabahlah..imran dan ira memang tak pernah naik flight…jadi mereka rasa seronok sangat.

Sampai kat airport di jakarta… driver dah tunggu…naik van kijang.(mcm unser di malaysia)..tenguk keadaan sama aje macam.kat kl..jadi tak kisahlah jugak…bila sampai kat depan pintu apartment…kami turun..ada pulak security jaga kat bawah.(lobby). mereka check apa yang dibawa…naik lif..terus ke tingat 17……..mak datuk tingginya..gayat jugak akak di buatnya.masa tu dah rasa tak best aje..manalah pernah duduk kat tempat tinggi macam ni kecuali masa duduk di tingkat 1 di johor dan di gombak..(rumahpangsa).

Masa ni abah, mak dan adik serta anak akak(liyana dan ira) datang bersama-sama ke jakarta..abah dan mak nak tenguk tempat tinggal akak…baru senang hati katanya…masa tu heboh pasal isu pulau ambalat..jadi banyak demo oleh penduduk jakarta..tulah yang buat mak risau…sampikan kat embassy malaysia pun dia org buat demo……nilah lobby tempat menunggu tu..tunggu van datang nak hantar semua balik ke airport..masa di airport si imran melalak nak ikut wan dan atok balik ke kl…..lepas sampai rumah akak pulak yangmenangis…pasal dia orang duduk nak dekat 10 hari..jadi bila dia orang balik rasa sunyilah pulak…masa ni ira dah sekolah balik di kl..ni cuti pertengahan tahun bulan jun (kot) tahun 2006.

Tenguklah keadaan dapur akak…bukan besar pun…

Nilah ruangan tempat permainan si imran….main basikal pun kat sini….nak buat macammana..tulah sebabnya dia boring duduk kat sini…

si imran dan ira bergaya kat bilik akak (master bed room)

Ni ruang makan …bukannya besar pun..sebenarnya ada 4 bilik tidur….1 master bed room. 2 bilik untuk anak.. ..pastu bilik untuk bibik 1..bilik air ada 3…satu bilik air kat bilik bibik..oleh kerana bibik tak duduk sini..bilik bibik jadi bilik stor..jadi apa kes…nak pakai bibik hari-harikan……nanti dia tak ada kerjalah pulak…akak tak suka tgk org lain mundar mandir kat rumah akak ni..
Tuan punya rumah ni suka collection lukisan..keliling dinding di luar dan di dalam bilik..ada aje lukisan…dia nak jual kat kami…akak tak mahu…bukannya murah pun…mahal giler…lagi satu kami dah tahu mana nak cari lukisan yang harga lagi murah dari ni…..

Ni pemandangan dari rumah akak..sayup mata memandang…

Rumah akak kat belakang tu.tingkat 17……orang panggil ITC Kuningan (Internasional Trade Centre)kat sini shopping complex sebenarnya….kalau nak beli baju…telekung, kasut, baju kanak-kanak….beg tangan.(sebenarnya kat Pasar Tanah Abang lagi murah)….boleh dikatakan semuanya ada…yang paling banyak vcd tiruan…murah beb..satu baru Rp6,000 (RM2.50) masa nilah si imran dan ira kalau ada cerita baru aje..ajak turun ke bawah beli dvd..akak pun collect beli cerita korea dan jepun..

Kalau nak exercise..gi aje kat sini…tapi akak jarang buat….malaslah…

Imran memang suka berenang… jadi selalu turun ke bawah nak buat dia happy..pasal dia boring bila kakak dia dah tak ada…

Antara kemudahan yang disediakan kat sini…kolam renang..gim dan sauna….

Nasib baik jugak apartment ni bersambung dengan C4…jadi senanglah nak beli barang dapur..ikan dan daging…tak yahlah nak pergi ke pasar lagi. Masa anak-anak ada bestlah jugak…merayau kat kedai di bawah..tak lama suami tanya akak……

Ina..nak pakai maid tak…kalau ada maid senang sikit nak kemana-mana..pastu boleh temankan ina bila nak beli barang…
Abang nak ambil dari mana bibik ni…
Ala..sepupu budak cleaner yang datang masa ina tak ada dulu..nanti abang suruh dia bawak sepupu dia ye..
Okeylah macam tu…

Besoknya cleaner tu datang bawak sepupu dia….kebetulan hari tu hari sabtu…jadi suami tak kerja…Akak tenguk muda lagi bibi tu….macam anak dara...alamak habislah laki akak kena sebat dek bibik indon kang….tanya punya tanya..rupanya dah ada anak seorang…dalam hati selamat akak…kah..kah..kah..cemburulah tu.memang dah jadi dengan suami akak..tak datang hari-hari..rumah pun bukannya besar sangat…lepas interview tu…suami buat keputusan bagi gaji Rp250.00 (RM120.00)sebulan..datang 3x seminggu ….kerja gosok baju (nilah kerja yang paling menyampah nak buat) mop rumah, basuh bilik air dan tolong akak potong bawang ke….ala…kerja rumahlah yang biasa di buat oleh orang perempuan.

Sebelah kanan tulah bibik kami…akak panggil dia noor..ni sepupu dia kawin..sepupu dialah yang jadi cleaner kat rumah akak dulu masa hb tinggal seorang(nasib baik lelakikan)…dia orang ni kalau kawin tak mahal…tak ada hantaran pun….rumah buruk tak apa..janji pelamin dan pakaian pengantin grand…….kalau tenguk macam rumah orang kaya kan…

Makan pun biasa-biasa aje..tak ada meja..kena pangku dengan tangan aje…oleh kerana mereka ni macam taraf rendah kat indon (yelah pengantin lelaki kerja cleaner..pengantin perempuan jurujual aje)…jadi tak adalah orang indon yang sama office dengan suami akak yang datang ke situ..tak ada kelas kata mereka..nak tau sape yang datang….orang perancis.. mat salleh….orang dari negara india….maksudnya bukan orang indonlah…yang datang pun jiran-jiran dia orang aje..kecian..tak meriah langsung.. bukan macam bunga lestari dan ashraf ….tukan artis glamour…lagipun mereka anak orang kaya…. buat pun kat hotel….lepas tu fofular….

Nilah anak bibik tu…selalu akak suruh bawak ke rumah akak..pasal si imran tak ada kawan..masa ni 2 keluarga tu dah balik ke malaysia..kakak dan abang pun tak ada..kecian betul imran masa tu….nak pergi rumah member malaysia yang lain tu..jauhlah pulak…

Hari pertama kerja… akak nak cakap indon tak pandai…jadi cakap yang perlu aje..lama-lama dah okey..macamana tak okey…tgk cerita indon..berita indon….rencana indon..lama-lama terrorlah akak…….yang geli hati tu…hari pertama gi C4 nak beli barang dapur (masa tu gi dgn anak-anak aje)…bila sampai kat cashier…barang semua dah scan….tulis Rp320.30…akak confius..eh..eh..tak tahu nak kira….orang lain dah beratur ramai kat belakang…lama-lama suruh cashier tu ambil sendiri duit kat tangan akak…selamat……

Dah ada bibik ni … okeylah sikit…ajak dia gi pasar. Kami pergi ke pasar manggarai..bukan nak berlagak……ya allah…akak tak boleh masuk kat situ…..lebih teruk dari chow kit road..dengan lecaknya..pastu bau (tau ajelah pasar..mana ada yang wangikan) dan dan keadaan ikan yang di jual memanglah akak tak lalu akak nak beli…membebellah akak dengan bibik……..
Ngapain kamu bawak saya ke sini...
Ya..ibu kan mau ke pasar..jadi saya bawak ke sini aja...saya selalu belanja di sini aja…(betul jugak..akak yang salah bagi arahan kot)
Pasar ni jelek..baunya busuk …bawak saya ke pasar yang bersih sedikit...
Maaf bu……..

Dia bawak ke Pasar Tebet…nasib baik pasar ni okey..ikan, sayur, daging dan buah fresh..harga pun boleh tahan..murah dari C4….lepas tu ada 2 family lagi datang…….. kami pergi ke pasar ni bersama-sama..selalunya hari sabtu..hb cuti..bolehlah hb jaga anak-anak…

L ialah salah satu jiran akak masa tu…dia ni kena berhenti kerja pasal nak ikut hb dia transfer kat sini…masa tu anak-anak dia masih kecil lagi… umur 7 tahun, 5 dan 2 tahun..bila dah duduk ni….sibuk nak balik ke kl….boring katanya..bila balik kl pulak..dia kena kerja..pastu complain penat dan anak-anak macam terbiar aje….pasal tahu ajelah duduk kl..kan banyak yang perlu di bayar……masa duduk kat sini… elaun memang lebat…bil-bil semua company tanggung…dapat elaun makan lagi..mana tak best…nak shopping kat bawah aje…kadang-kadang kami shopping kat pasar tanah abang…pasal kat sana lagi murah…keadaan macam pasar chow kit…..tapi sekarang kat sebelah pasar ni dah ada shopping complex yang nyaman..harga mahallah sikit..L ni selalu contact akak bila dah balik ke malaysia..

Yang ni A..ambil cuti tanpa gaji setahun….mengajar kat sekolah menengah di jalan pudu..kalau tak silap.lah..mula-mula dia tak ikut suami dia..entah macammana lepas tahun baru cina 2005 dia nak datang pulak..mungkin suami dia cerita dah ada 2 family kat sini…dia bawak bibik dia yang asal dari medan ke jakarta…ada 2 orang anak …4 tahun dan lagi satu nak dekat 2 tahun..dia senang sebab bibik dah ada..tapi lama-lama bibik pijak kepala dia…almaklumlah tanahair bibikkan ..dah pandai merayap jumpa bibik-bibik yang lain kat kolam atau pun dia pergi ke umah bibik tu bila majikan dia keluar kerja..A makan hati jugak tenguk perangai bibik ni…sampai bibik yang control cannel tv…tenguk sinetron dan lagu dangdut….pernah jugak bibik bangun lambat dari majikan….
sekarang dia dah pindah ke sarawak…hb dia kerja kat brunei….A mengajar di sempadan sarawak/brunei tu….jadi hb dialah ulang alik gi kerja kat sana….ni pun dah lost contact….

Kat sinilah bila ada acara berkaitan jakarta di adakan.seperti pesta makanan dan tarian tradisional…..kat sini pun banyak tempat shopping..tapi harga barang kat sini mahal sikit dari itc kuningan…suami pergi kerja selalu lintas jalan ni…tempat kerja dia kat seberang jalan…

Masa ni ada acara Pesta Makanan kot…lupalah pulak…..Ni pakaian orang betawi mainkan lagu mereka. ….mereka ni salah satu kaum di jakarta…kalau nak tahu loghat mereka..cuba tenguk cerita sampson betawi di astro aruna..

Panggil kak ana..kawin dengan orang uk…..umur dia dalam 40..an …husband dekat 60..an…loving couple…dia datang masa L dah balik ke kl…jadilah kawan akak jugak…husband dia pun kerja satu tempat dengan hb akak…skrg ni dah lost contact…

Ira kami sekolahkan kat sekolah agama swasta dekat dengan rumah..pergi balik naik van..yang tak best tu..dia kena masuk darjah 2 pasal kat sana semester pertama dalam bulan jun..semester kedua bulan januari..terbalik…di sekolah ni pulak tiap-tiap hari baju lain-lain…hari isnin baju hijau..hari selasa baju biru….dah pulak jenis baju yang dia pakai setiap hari..mula-mula masuk sekolah ni dia dah kata tak best…pasal dia tak pandai cakap indon lagi..lama-lama okeylah jugak..sekolah dari pagi hingga petang..bila masuk tahun 2006 dia tak nak sekolah kat sini pulak..terpaksalah akak balik buat urusan bersekolah balik ke malaysia. dia tinggal dengan mak akak masa tu..carilah sekolah yang terdekat..oleh sebab tak sekolah kat sini dalam masa 1 tahun lebih..dia tak boleh catch up matapelajaran kat malaysia….memang masa tu merosot teruk pelajaran dia..
Nilah anak L yang gi sekolah yang sama dengan si ira…irfan namanya..yang kesian tu..dia baru masuk darjah satu kat sini…bahasa indon dia lebih bagus dari bahasa melayu….balik semula ke kl ashik nak cakap indon aje…keluarga mereka tak lama di sini…setahun aje…

Bila dah nak gi sekolah aje..dia bad mood…

tv pun tuan rumah siapkan…

Ni masa nak hantar atirah balik ke malaysia bila dia tak ingin lagi sekolah kat jakarta..tak best katanya….nak sekolah balik di malaysia.

Kalau saja nak rasa makanan di jakarta..akak makan kat sini aje..akak boleh makan masakan orang minang dan padang aje….masakan org menado…sulawesi..tekak tak boleh terima…ni kat food court shopping complex mal ambasador..sebelah aje dari rumah akak…

kami selalu jugak gi kat sini…kerana ada giant jakarta..jadi banyak barang-barang made in malaysia kat situ seperti ikan sardin cap ayam…kalau gi… borong brg made in malaysia ajelah..

Akak pulang sekejap ke kuala lumpur pada 25hb disember 2004..pasal nak uruskan persekolahan yana dan firdaus dan nak uruskan russhdi masuk ke ikm, jalan kampun pandan……rupanya pada 26hb disember 2004 pulak terjadi tsunami….suami akak tak ikut…dia kerja masa tu..bila tanya..tak rasa apa-apa ke masa tsunami.
.alhamdulliah….tak ada apa-apa….ala ina…jauhlah jakarta dan acheh…tapi kat tv hari-hari tenguk pasal tsunami…ngeri tenguk mangsa tsunami tu….

Nantilah kita sambung lagi…