Wets di Wet World

Bawak imran dan athirah gi ke Wet World Shah Alam pada 2 minggu yang lepas…kira dah basi dah cerita ni..tak apalah akak nak letak jugak dalam blog akak…..dah lama plan nak gi kesini..tapi ashik hujan ajer..apa guna gi berendam kalau hari hujan..takut mengigil kebiruan nanti..dahlah kena bayar..bukan macam orang dulu berendam dalam sungai ataupun parit.

Alhamdulliah bila cuaca panas kami berempat sampai jugak ke tempat ni…memang pernah pergi ke muzium shah alam dan pejabat jais tapi pada masa tu tak jumpa pulak tempat ni…nasib baiklah ada gps..senang sikit.
Dalam internet kata harga kanak-kanak dan dewasa bila weekdays ..baru RM6.00 dan RM8.00 tapi bila sampai kat sana rupernya dah naik harga…bayar ajerlah…kalau gi ke Sunway Lagoon lagi mahal giler..
 Seronok sungguh mereka berdua naik benda ni..sampai 3 kali..nasib baiklah orang tak berapa ramai. 
Yang best kat sini banyak orang melayu…tak macam kat Sunway Lagoon banyak orang cina …pastu puas tenguk free show kalau kat sana…orang lelaki memang suker kalau ada orang perempuan tayang body kat situ..kalau tak tenguk pun mesti jeling-jeling……orang perempuan…hemmmm..geram dengan keseksian tubuh badan mereka ataupun geram tenguk mereka pakai cuma 2 keping.
Anak-anak akak 2 orang ni suker main air…berjam-jam pun tahan…dari pukul 11.00 sampai nak dekat pukul 5.00 pun tak puas-puas berendam…
Ugut nak tinggalkan dia (imranlah tu) barulah nak balik…firdaus dah bising sebab orang dah balik kerja…takut jalan jem…memang betul pun jem di federal highway…dari pj hilton hingga ke pusat bandar…ikut jalan tol ke pwtc pun tak guna..jalan kat damansara pun jem giler..

 Dekat 2 jam baru sampai rumah..tu pun ikut lebuhraya duke…beli ajer nasi goreng 4 bungkus…sebab memang tak sempat nak masak hari ni…nasib baik cik abang tak tarik muka empat belas..tak apa kan bang…sekali-kali makan nasi bungkus.