Sah Kak Engku di ceraikan

Seorang lagi artis malaysia bercerai..hem dah habis jodoh nak buat camner kan. 

Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin ataupun yang lebih di kenali sebagai Kak Engku disahkan bercerai talak satu dengan suaminya Adzmin Osman pada 28 September yang lalu.

Mereka bercerai di mahkamah syariah di Selangor dalam prosiding tertutup atas permintaan pasangan tersebut.  Rumah tangga yang di bina atas dasar cinta sama cinta tidak dapat di selamatkan selepas masing-masing cuba mendapatkan kaunseling bagi menyelesaikan kemelut yang melanda sejak beberapa lama dan mereka bercerai secara baik dan menerima hakikat tiada lagi jodoh di antara mereka.

Raja Azura yang berkawin dengan Adzmin yang juga merupakan anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof pada 10 Mac 2001.

 dan di kurniakan tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq, 8 tahun, Megat Luqman Hakim, 7 tahun dan Puteri Mia Maizurah yang baru berumur 4 tahun.

Kak Engku memang amat bersedih di atas perceraian tersebut tapi hidup mesti di teruskan dan beliau meneruskan rutin sebagai penyampai radio Sinar FM dan pengcara beberapa program TV serta majlis rasmi.

Kak Engku juga tidak akan bercakap mengenai hal rumah tangga dah hal suaminya kepada orang lain dan dia tidak akan sekali-sekali mendedahkan aib sesiapa termasuk suaminya.

Sumber Harian Metro (Roslen Fadzil)

Tak per lah kak Engku..bersabarlah yer.  Mungkin selepas ini Kak Engku akan mendapat jodoh yang lebih baik lagi.  Dan bintang Kak Engku akan lebih bersinar lagi.  Dan jangan risau Kak Engku ..kami peminat-peminat Kak Engku akan sentiasa menyokong Kak Engku.  Dont worry k…(macamlah dia baca blog akak)

Adakah ni semua berpunca dari orang ke tiga?  Rasanya iyer kot….Apa-apa pun kebenaran akan terungkap jugak dan kita tenguk nanti yer..

Kesian orang perempuan ni kan..ashik teraniaya ajer..tapi yang lebih kecian ..ialah anak-anak kecil yang masih lagi mengharapkan kasih sayang dari ke dua ibubapa.  Semuga selepas bercerai Adzmin tidak melupakan tanggungjawabnya kepada anak-anak beliau bersama Raja Azura.