Berewang Kat Kenduri Kawin Di Melaka

Majlis kawin kat Melaka pada 25hb. Disember tahun lepas.  Banyak sangat nak di buat N3 langsung terlupa nak buat.  Maafkan Mak Uda yer pengantin.  
Dia ni bukan pengantin tapi adik pengantin.  Kesian tenguk dorang ni sebab mak dorang dah meninggal tahun lepas.  Nasib baik duk di sekelilingi dek sanak saudara, jadi taklah terasa sangat.
suka tenguk hiasan botol camni
Imran yang belum berapa baik bersunat kena kerah jadi kendarat..tapi sekerat jalan ajer..pastu hilang..ala budak-budak kan
Ipar dan biras pun rajin menolong basuh gelas
Kami yang tukang jaga duit sumbangan orang ramai..macam mak guardlah pulak..al maklumlah sekarang ni banyak kes kehilangan duit sumbang kat rumah orang kawin.  Berhati-hati sebelum terkena
Rajinnya manager@pa@anak akak ni kannnnn..walaupun penat tapi happy dapat merewang camni.  Sekarang ni orang dah tak rajin nak merewang kan
Selamat Pengantin Baru Jai dan isteri ..Mak Uda doakan agar kamu berbahagia selamanya yer..