Resepi Kerang Biji Nangka Bercili

Bila gi ke pasar tani Taman Melawati akak suka gi tempat orang jual macam-macam kerang ni.  Kebetulan ada pulak jual kerang jenis ni.  Tak pernah lagi rasa kerang camni.  Bila tanya dia kata kerang biji nangka.

Berebut orang membelinya sehingga akaklah pembeli yang terakhir dapat beli.  Habis sebab penjual tu tak bawak banyak.  Se kilo harga RM7.00.  Mahal kan…tapi tak apa…sebab nak merasa.
Bila dah masak..rasanya macam kepah pun ada…macam mentarang pun ada.  Oklah sape nak makan gi lah cari yer.
Bahan-bahan
 1 kg kerang biji nangka-rendam sekejap pastu toskan
5 biji cili merah*
4 biji bawang merah*
3 biji ulas putih*
2 cm halia*
2 batang serai-titik hujung
1 helai dua kunyit-carik dan simpul
sedikit minyak
garam   

Cara-cara
1.  Tumbuk  atau kisar bahan bertanda*.

2.  Panaskan  minyak dan tumis  serai dan bahan kisar sehingga wangi.
3.  Setelah pes berbau wangi, masukkan semua kerang biji nangka dan kacau rata.
4.  Masukkan sedikit garam dan daun kunyit.  Tutup dengan tudung periuk sebentar.
5.  Bila dah masak kerang ni akan terbuka.

6.  Siap untuk di makan.