Berdosakah Aku-Cerekarama TV3 Terbaik

 Memanglah kalau hasil kerja  bersama Jinggo dan Sheila Rusly dalam cerekarama TV3  kali ni memang menarik dan memberi teladan kepada semua.  Kisah benar yang berlaku kepada seorang ibu bernama Azizah yang telah meninggal pada tahun 1996.  Al fatihah.

Team produksi J.S Pictures yang diketuai oleh Jinggo oleh suami beliau banyak memaparkan drama terbaik.  Tapi kan yang tak best cerita lagenda tu.  Anak Buluh Betong bahagian ke 2..yang pertama best.

Kisah mengenai seorang anak Yani (lakonan  Noorkhiriah yang telah tiap kali berlakon memang best termasuklah cerita papadom) yang merasa di pinggirkan kerna merasakan ibu kandung tidak menyayangi dirinya kerna dia di pelihara oleh tok wan (dipanggil mak) tanpa mengetahui sebab yang sebenarnya.

Setelah tok wan meninggal dunia,  Yani di ambil semula oleh bapa kandung dan beliau merasa kecil hati bila melihatkan layanan mak beliau terhadap adik beliau Dayah. Dia ashik di perli oleh ibu kandungnya yang di anggap membawa beban kedalam rumahnya. Dayah pula di tatang seperti minyak yang penuh kerna anak bongsu dan di beri apa sahaja yang dipinta termasuk wang ringgit. (tang ni tak setuju sebab bagi RM tanpa menanya nak buat apa)

Sehinggalah  Dayah tergamak menconteng arang  kedua ibuapanya apabila kebebasan yang di beri telah di salah gunakan apabila beliau memberi alasan  untuk belajar dengan rakan di sekolah kerana peperiksaan hampir tiba tetapi sebenarnya beliau berjumpa dengan teman lelaki  beliau dan telah melakukan perkara yang dilarang sehingga beliau mengandung.

Mak beliau tidak setuju Dayah yang masih bersekolah ingin mengawini Johan kekasih hatinya. (Hai budak sekarang ni ingat kawin senang ker? )

Abang Yani yang terkenal suka bertukar-tukar teman wanita tergamak hendak merogol adik kandung sendiri  tetapi selepas itu n beliau insaf.  Setelah Yani mengetahui cerita sebenar mengapa dia di serahkan kepada Tok Wan beliau merasa  amat bersalah terhadap emak kandung beliau.  Abang beliaulah yang telah menceritakan hal sebenarnya.

Mak beliau yang terkena angin meroyan selepas melahirkan Yani kerana bapa Yani telah membuat hubungan dengan wanita lain  semasa beliau mengandung  dan sentiasa bergaduh dengan suami beliau.  Orang perempuan yang baru melahirkan anak jikalau memendam perasaan dan tidak di jaga hatinya memang selalu terkena penyakit yang paling di takuti selepas bersalin.

Bapa Yani masih lagi berhubungan dengan wanita tersebut sehingga tertangkap basah dan menikah tetapi telah menceraikan isteri ke dua beliau.  Bila mak Yani terseliuh kaki apabila hendak turun tangga Yani telah menjaga mak beliau dengan sebaiknya tetapi mak dia merasa kecil hati kerana Yani masih tidak mahu memanggilnya emak.

Sehinggalah emak beliau meninggal disebabkan terkena angin ahmar (mak Yani ada penyakit lemah jantung, kencing manis dan darah tinggi).  Dayah menyesal  tak berlagu sebab tidak sempat meminta maaf dari emak beliau dan beliau di haramkan dari menyentuh arwah .

Masa Yani memandikah jenazah mak beliau akak memang dah tak boleh tahan dah…mengalir air mata tak berhenti-henti…terutama apabila Yani mencium telapak kaki emak beliau sambil menangis tak berhenti.  (Kelakar gak mulut Sheila Rusly tu..kadang-kadang elok..kadang-kadang senget..tapi tak perlah)  Memang tersentuh perasaan bila melihat cerita ini walaupun cuma lakonan sahaja.

Lagi satu drama keluaran Team produksi J.S Pictures yang diketuai oleh Jinggo ialah cerekarama bertajuk Demi Masa mengupas konflik dalam kehidupan seorang ibu tunggal, Mariam (lakonan Sheila) dan anaknya, Nazli (Shafie) pun menarik yang telah di siarkan pada tahun 2008.