Perlukah Kita Sweeping(Halau) Rakyat Indonesia di Malaysia

 kredit gambar ..google
Geram betulkan tenguk dalam berita bila bendera  Malaysia di bakar.  Dahlah sebelum tu mereka lemparkan najis kat dalam Kedutaan Malaysia.  Penunjuk perasaan ni memang betul-betul kurang ajar..sakit hati tenguk mereka goncang dan panjat pagar.  Pastu mereka nak halau rakyat Malaysia keluar dari negara tersebut.
Macamlah ramai sangat rakyat Malaysia yang bekerja kat situ..sebenarnya lagi ramai rakyat Indonesia di sini  yang mencari makan tak kiralah samada pendatang izin ataupun tanpa izin,yang kalau kita halau lagi merana kaum kerabat mereka kat sana yang bergantung dengan kiriman wang dari sini.Sebab ada kerabat mereka sinilah mereka boleh beli tanah dan buat rumah kat sana.
Sebab kat sana bukan senang nak cari rezeki…kalau ada pun upah tak semahal kat sini.  Masa akak kat sana..gaji seorang buruh cuma RM7.00-RM9.00.  Kat sini mereka boleh dapat berkali-kali ganda.  Tu sebab mereka boleh hantar wang berjuta-juta rupiah kat sana.

Tak sedar diri betullah mereka ni.  Bibik pulak cuma di bayar dalam RM50-RM100 ajer sebulan.  Bila datang sini nak mintak sampai RM800.00.  Kalah gaji kerani..padahal kalau majikan  gi kerja mereka boleh rehat tenguk sinetron.

Tapi kan kat sana memang selalu ada demo…rasanya hari-hari ada demo….macam-macam demo yang mereka buat.  Kalau dah demo tu jalan jadi macet (jem).  Kebanyakkan dari pendemo (penunjuk perasaan) tu dapat upah dan dapat makan..tu sebab mereka sanggup jadi pendemo.  Kerja lain susah..kerja demo kan senang…cuma jerit, panjat pastu buat kacau…dapat makan dan duit.
Kalau ada demo, akak memang tak berani nak keluar.  Bahaya…..sebab masa kes Pulau Ambalat ..mereka demo mati-matian kat depan situ….pastu mereka nak sweeping (menghalau) rakyat Malaysia yang bekerja ataupun ada kat situ…  Dahlah akak  masa tu tinggal berdekatan dengan Kedutaan Malaysia..boleh jalan kaki ajer.  
Bila hebuh tentang hal tu..akak nak ke pasar pun akak takut. Memang takut betul sebab mereka ni kalau kata macam tu..mereka akan buat. Bila gi ke C4 , ke gym, ke kolam renang, sauna ataupun gi ke shopping complex… akak terpaksa mengaku dari Singapura sebab takut di apa-apakan.

Apa nak buat ..terpaksa tipu sunat.   Yang tak best sebab Imran ni banyak mulut..bila orang tanya kat dia..dia bagi tau jugak dia orang Malaysia..iyerlah dia kecik lagi masatu…mana tau nak menipu.   Suami akak pun terpaksa  menipu camtu.

Nasib baiklah kita ni bertamadun..tak terikut-ikut perangai mereka.  Kalaulah kita nak sweeping rakyat Indonesia memang boleh..tapi kitakan tak macam mereka.  Buat ni  semua tak  nak gunakan fikiran.

Pastu media kat situ memang suka cari pasal dan suka pulak menaikkan darah rakyat Indonesia.  Sebab semangat patriotik orang sana memang kuat tau.

Nak gi ke sana pun dah seram sejuk…takutlah.lagipun menteri dah bagi amaran jangan ke sana buat masa ni…..
.