Udang Goreng Mentega (Versi Ke 2)

 Ala sorrylah.  Sebab tajuk  pagi tadi macam gempak ajerkan..tu tajuk orang jiwang tu. 
 Dah sibuk ker ibu rumahtangga nak fikir masak apa yang best untuk suami dan anak-anak makan.
Dulu pernah cuba buat udang goreng mentega tapi stail lain.  Kali ni  akak ambil resepi kat suratkhabar Harian Metro.  Resepi dari Chef Ibrahim Shiddiq dari Tanjung Seafoof, Ampang Waterfront kat sini.
Menurut Chef, udang tidak perlu di buang kulit kerana kulit udang adalah rahsia kesedapan serta kerangupannya.
Bahan-bahan
  • 300gm udang sederhana besar
  • 3 biji bawang putih-dicincang halus
  • Cili api di hiris serong-ikut kepedasan yang di ingini
  • 2 biji telur (pukul sebentar)
  • Tepung Jagung (untuk di lumur pada udang)
  • 250gm mentega (akak guna buttercup)
  • Daun kari-ikut suker
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara-caranya

1.  Basuh udang dan toskan.  Celupkan udang seekor demi seekor ke dalam tepung jagung dan goreng dalam minyak yang panas.  Toskan.
2.  Dalam kuali yang lain, panaskan mentega dan kacau sehingga naik bau.
3.  Masukkan telur ke dalam mentega yang telah di panaskan, kacau campuran mentega dan telur (akak gunakan garpu..putar-putar banyak kali) sehingga campuran tadi bertukar warna dan menjadi buih yang banyak.
4.  Masukkan bawang putih cincang, cili padi dan daun kari ke dalam campuran telur dan mentega tadi.
5.  Setelah naik bau, campurkan udang yang sudah digoreng tadi dan kacau sehingga pekat dan bahan tadi tersalut pada udang.
6.  Angkat dan toskan dalam penapis.  Biarkan minyak udang mengalir dan campuran telur dan mentega melekat pada udang.

7.  Bolehlah di hidangkan.  Sedap di makan panas-panas.