Resepi Spaghetti Daging (Slurppppppppppp Aaaaaaaaa)



Resepi  spaghetti daging ni akak memang suka buat untuk hidangan kami sekeluarga.  Akak memang tak berapa gemar nak beli yang dah siap tu, lebih suka buat sendiri.
Bila ada yang bagi feed back camni lagi akak rasa happy sebab dapat berkongsi resepi ini dengan pembaca blog akak.  Alhamdulliah
Bahan
1 paket spaghetti
Air
Cara-cara
1. Panaskan air dalam periuk. Bila mendidih masukkan  sedikit garam, minyak zaiton dan spaghetti.
2. Spaghetti direbus hingga lembut kemudian toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun untuk menggelakkan spaghetti melekat.

Bahan-bahan
500gm daging kisar
1 tin besar pati tomato (puree)

1 tin air (gunakan bekas puree tomato tadi)
1 biji bawang besar (sebaiknya yang kuning)
3 biji bawang putih
2 biji tomato yang besar masak ranum
1 sudu teh oregano
1 sudu teh thyme 

garam (ikut citarasa masing-masing)
5 sudu makan tomato sos
2 sudu makan sos cili
2-3 sudu makan minyak zaiton/minyak masak/minyak jagung

Cara Untuk Buat Sos

1. Potong dadu bawang besar dan bawang putih.
2. Tomato di mesin dengan sedikit air.
3. Panaskan minyak (akak guna minyak zaiton) dalam 3 sudu makan.
4. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
5. Masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging masak dan masukkan tomato kisar dan tomato puree bersama-sama 1 tin air. Masukkan garam.
6. Masukkan juga oregano, thyme dan cili sos dan sos tomato dan biarkan mendidih dengan api perlahan.
9. Biarkan sos mendidih sehingga 10-20 minit (pekat) dan rasa dulu (agak-agaklah yer) barulah di padamkan api dan makan bersama
spaghetti.