Kek Span Coklat Untuk Ulang Tahun Perkawinan

 
Dah lama tak ada virus R nak buat kek.  Tapi mengenangkan 5hb. Januari yang lepas ialah ulangtahun perkawinan kami yang ke 26 tahun akak buat ajerlah kek buat makan anak beranak.  
Kek ni pernah akak buat untuk harijadi Athirah yang ke 13 tahun.  Akak deko dengan pertolongan Yana dan guna buttercream.  Nasib baik Ira suka walaupun hasilnya comot.  Tak kisahlah kann..Kalau korang nak baca N3 tu korang boleh ke SINI
Terima kasih buat member geng masak memasak yang sudi bagi resepi.  Resepi asal di  SINI
Bahan-bahan:
  • 5 biji telur gred B
  • 170gm gula kaster
  • 1 camt ovalette
  • 100gm tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 40gm serbuk koko-akak guna jenama serbuk koko van houten
  • 70gm minyak jagung atau minyak masak atau butter yg di cairkan

Cara membuatnya:

 
 mixer yang masih elok tetamu bagi hadiah perkawinan akak- dah 
26 tahun gak  umurnya cuma bekas dan pemegangnya dah rosak

Dalam satu adunan, telur, gula dan ovalette di putar hingga jadi seperti ini.. putar menggunakan kelajuan maksimum.. mesti kembang, pekat dan berwarna putih seperti ini, bila di angkat adunan tak jatuh ke bawah..

2.  Ayak tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik. Masukkan dalam adunan. Putar rata guna speed perlahan.
3.  Kemudian masuk minyak dan putar perlahan hingga adunan bergaul rata dan sebati.
4.  Tuang dalam loyang berukuran 8″
5.  Bakar pada suhu 170’c  selama lebih kurang 30 minit api atas bawah
 
6.  Bila kek yang dah siap.. masak je, terus hentak loyang tu, hentak perlahan je.. pas tu terus keluarkan kek dari loyang.. kalau biar dlm loyang nanti keknya kecut mecut… sejukkan atas redai
  • **utk ganache**
  • 2 cwn non dairy whipping cream
  • 500g cooking chocolate-akak guna milk chocolate jenama Selbourne
  • 1 sudu besar mentega/marjerin
  • badam cincang yang telah di sangai-pilihan 
  • whipping cream untuk hiasan-pilihan
 
**utk ganache**
  1. Dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
  2. Bila dah didih,padam api…dan masukkan cooking choc dan butter/marjerin dan  kacau sebati.
  3.  Tuangkan atas kek dan hiaslah ikut suka.  
  4. Akak hiaskan dengan badam dan whipping cream yang telah dipukul sebentar.