Resepi Coconut Shakes

 Dulu pernah minum coconut shake kat Kelebang, Melaka.  Teringin nak buat.  Kebetulan masa balik kampung suami akak ada ambil se tandan kelapa muda pandan.  Apa lagi..akak teruja nak buat. Mungkin rasa tak sama kot..tapi bolehlah untuk lepas gian.

Bahan-bahan
  • 1 cawan air kelapa pandan (biasa pun boleh) bersama isinya
  • 2 cawan ais krim vanilla-akak guna jenama wall’s
  • 1/2 cawan ais
  • secubit garam
Cara-caranya
  Masukkan semuanya ke dalam blender. Blender semuanya dan boleh di minum.