Universal Studios Singapore ( Part 3)

Kalau nak baca Part 1 dan Part 2 boleh ke SINI  dan kat  SINI
Memang kelakar tenguk telatah klon Charlie Chaplin ni kat Zone New York..macam real ajer tenguk gaya dia.
tapi kan dia ni pakai tarik ajer orang pempuan, lepas ajak menari pastu dia cium kat pipi..sebelum apa-apa terjadi  baik akak bai akak gi dari situ lepas ambil gambar.  Manalah tau dia cium akak pulak nanti..jadi isulah pulak..(perasan)
Ada pembaca blog tanya nak tenguk layout kawasan USS ni.  Nasib baiklah akak simpan lagi benda ni. Kalau korang sampai kat 2 persimpangan tu korang boleh pilih nak ke kanan ataupun ke kiri dulu.

Kalau nak naik roller coaster dan permainan yang best-best baik korang ke kiri dulu.  Sebab belah kanan kebanyakkannya sesuai untuk kanak-kanak.

Kawasan ni berbentuk bulatan jadi kita takkan sesat.  Akak round dekat 3-4 kali…ada gak jalan potong ikut restoran fast food nak gi ke zone sci fi city.

Kalau korang rancang nak gi masa cuti sekolah ataupun cuti perayaan/umum baik korang beli tiket express walaupun mahal sikit tapi korang puas hati sebab tak payah beratur lama.  Tak buang masa tau.

Kalau tenguk map yang real leh ke USS Map
Oleh sebab anak-anak gi naik transformer tu akak masuk ke sini sebab tak payah menunggu lama nak masuk ke dalam.  Kat Zone New York ni salah satu tarikannya ialah Lights, Camera, Action! yang di hosted by Steven Spielberg (video ajer)
Tapi kan kalau ada anak kecil baik tak yah sebab sound effect dia memang menakjubkan dan boleh buat budak kecik terkezut..time akak ada yang anak mat salleh bila masuk ajer meraung..apa lagi kenalah keluar balik.

Ada 3 barisan kat dalam ni …akak berdiri di barisan ke 3 taklah rasa sangat..kalau duk depan akak tenguk cam best ajer sebab dekat kan.
Bila keluar akak nampak klon ini..sape tau nama dia ek..kena cepat beratur baru dapat ambil gambar dengan dia.  Nasib baik sempat ambik gambar.  Ira ada beli gak souvenior alat tulis bentuk camni..tapi akak tak ingat apa nama klon nilah.
Lepas tu akak pusing balik ke sini.
Sempat gak bergambar….oh yer staff kat sini ada gak ambil gambar tapi harga gambar tu mahal giler weiii
Bila tenguk barisan dah tak panjang akak pun tanya kat staff tu..dia kata kena beratur dalam 40 minit untuk single rider (maksudnya duk ajer kat tempat kosong) akak pun beratur nak naik TRANSFORMERS The Ride walaupun hati akak berdebar-debar.

Wow memang best giler..macam real aaa jumpa robot tu..akak duk paling depan pulak tu.  Bila muncul robot tu bergaduh  macam betullah.  Bila kereta tu bergerak laju akak tutup mata sambil menjerit kuat-kuat (bukan akak ajer orang lain pun sama)

Kalau korang nak video camner naik benda tu korang leh jengah kat SINI
Nak hilangkan rasa gemuruh akak lepak jap kat sini sambil beli air ..air botol Sprite/Coke di jual SD3 dan air mineral pulak SG2..oklah tu kan.

Akak cari gak anak akak tapi tak jumpa..walaupun masing-masing ada hp tapi kami guna 2 kali ajer sebab charge mahal aaa
Bila dah ok akak pergi pula ke Zone Hollywood nak tenguk  live rock musical kat pentas.  Kita cam tenguk dalam panggung wayang persembahan real ini,  jadi tak usah risau tempat tak cukup sebab ada 1,500 tempat duduk.  Kalau nak duk depan kenalah beratur 20-30 minit lebih awal.
Persembahan mengambil masa dalam 20-30 minit.
Dah janji dengan anak-anak yang akak duk lepak kat sini persimpangan ini yang juga berdekatan dengan panggung tadi.  Lama gak aa tunggu dorang muncul.