Rendang Burung Puyuh aka Burung Dara

Sedap jugak bila burung puyuh akak burung dara ni di buat rendang…kebanyakkan burung puyuh ni agak liat isi dia..jadi kenalah rebus dulu. Akak masak rendang ni dah lama dah..baru teringat nak letak kat blog. Akak gunakan resepi yang mak akak selalu buat. Dah pernah dah tepek resepi ni..tapi akak nak tepek lagi sekali.

Bahan-bahan

  • 5 ekor burung puyuh
  • 8 biji bawang merah*
  • 5 biji bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 1 biji bawang besar
  • 1 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1 inci lengkuas*
  • 5 batang serai*
  • 1 sudu makan jintan manis#
  • 1 sudu makan ketumbar biji#
  • 1 camca teh lada hitam#
  • 10-15 cili kering (jangan basuh-kalau nak pedas tambah lagi)#
  • 1 camca makan kerisik-tak bubuh pun tak apa
  • 2 helai daun kunyit
  • 500 gm santan pekat
  • 1-2 cawan air
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak

Cara-cara

1. Bersihkan burung puyuh dan rebus dengan air selama 1/2 jam.
2. Sangai semua bahan bertanda # (masukkan ke dalam kuali dan goreng sebentar).
3. Kisar dengan sedikit air.
4. Kisar jugak bahan-bahan bertanda *.
5. Toskan burung puyuh tadi dan panaskan kuali dan tumiskan bahan yang telah disangai tadi sehingga naik bau.
6. Masukkan pulak bahan kisar bertanda # dan biarkan sehingga naik minyak.
7. Masukkan puluh burung puyuh bersama sedikit air..kacau lagi sehingga sebati.
8. Masukkan santan pekat bersama sedikit air dan perlahan api.
9. Biarkan santan pekat dan masukkan daun kunyit yang telah di carik bersama kerisik.
10.Perisakan rendang dengan garam dan bolehlah di angkat.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s