Ikan Panggang/Bakar Portugis

Memang selalu dah buat ikan bakar ni…mcm-mcm ikan yang akak dah guna….seperti ikan pari, ikan kembung, ikan cencaru dan yang paling best..mestilah ikan terubuk….akak tumis semua bahan kisar tu dulu..sebab perut suami akak tak tahan kalau tak masak cili tu..

Ambil resepi dari cheff teruna yang fofular tu ...chef ah mat gebu…akak c & p ajelah cik mat..malas pulak nak menaip….resepi asal dari resipiogy.blogspot..terima kasih bagi resepi yang sedap ni…

Bahan Utama

  • 3 ekor ikan cencaru/kembung/terubuk/pari
  • 3 helai daun limau purut, dihiris halus-tak buat..anak-anak tak suka
  • 3 camca besar minyak bawang putih (resipi dibawah)
  • 3 camca besar cili kisar
  • 1 camca teh gula-akak bubuh gula melaka
  • 1 1/2 camca teh garam
  • Daun pisang dan aluminium foil secukupnya

Bahan Tumbuk Halus

  • 2 biji buah keras
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai-akak tambah 2 batang
  • 1 keping hirisan lengkuas-akak tak bubuh
  • 1 helai daun kunyit-akak tambah

Bahan Minyak Bawang putih

  • 1/2 cawan minyak masak
  • 6 ulas bawang putih, ditumbuk

Cara-caranya

  1. UNTUK MINYAK BAWANG PUTIH
  2. Panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan bawang putih dan goreng garing. Matikan api dan alih minyak dalam bekas. Sejukkan.
  3. Ikan dibersihkan, dikelar2 dan perap dengan jus lemon/limau kasturi dan garam 10 minit, cuci dan toskan.
  4. Campur semua bahan2 kisar bersama garam, gula dan cili kisar, gaul rata.
  5. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar tadi. Sejukkan.

Letak seekor ikan atas daun pisang, lumur rata dengan bahan-bahan dan minyak bawang putih. Balut dengan aluminium foil dan bakar hingga masak.

Akak masak atas kuali aje..

yang ni ikan pari

ikan kembung

ikan cencaru lagi

Lepas tu perah dengan air asam limau kasturi..adussss…..sedapnya makan dengan nasi panas-panas.

About these ads

5 thoughts on “Ikan Panggang/Bakar Portugis

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s